Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

S Y A R A T & P E R A T U R A N

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sila baca dengan teliti Syarat & Peraturan Keahlian Wattpaders Academy. Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

*°• 🌻🌻🌻 •°*

💛 Pelajar yang bakal menduduki PT3, SPM dan BERASRAMA PENUH tahun 2020 tidak dibenarkan untuk masuk Wattpaders Academy.

Kami berharap anda memberi tumpuan pada peperiksaan terlebih dahulu.

💛 Niat kerana nak belajar penulisan. Bukan menggedik dengan lawan jantina atau kerana penulis kegemaran awak ada bersama.

💛 Sanggup menerima jumlah mesej yang banyak di Groupchat.

💛 Lelaki dan perempuan boleh sertai.

💛 Anda mestilah berumur 14 TAHUN dan ke atas jika ingin memasuki Wattpaders Academy ini.

(Sebarang penipuan umur akan dikenalpasti dan akan disenaraihitam lalu ditendang keluar dari Academy. Sila jujur.)

💛 Anda Melayu, Cina, India atau apa sekali pun kami akan terima tetapi Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

💛 Kami tidak memerlukan ahli ‘CCTV’.
Anda perlu aktif atau sekurang-kurangnya ambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan sama ada di akaun Wattpad atau di Groupchat.

💛 Anda dibenarkan untuk menyuarakan sebarang pendapat dan idea kepada ahli-ahli lain sama ada tips penulisan, dalam Groupchat atau apa sahaja untuk kebaikan Academy.

💛 Anda perlu menghormati ahli kelab lain terutama di Groupchat dan tidak menimbulkan sebarang isu.

💛 Dilarang ‘Spam’ mesej yang tidak berkaitan dan kurangkan perbualan yang sia-sia.

💛 Maklumkan kepada salah seorang Senior sekiranya ingin left groupchat berserta sebab.

Jika anda left groupchat tanpa maklumkan kepada Seniors, anda serta-merta akan disenarai hitam dari menjadi Ahli Academy untuk masa akan datang.


💛 Sebarang perkara berkaitan Wattpaders Academy adalah sangat rahsia dan privasi.

💛 Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ketidakpuasan hati, sila maklumkan kepada salah seorang Seniors. Jangan jadikan ia isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

💛 Sila ikuti kelas dan aktiviti yang disediakan dalam GroupChat. Penglibatan ahli dalam sesi berikut akan diperhatikan.

💛 Usai saja anda diterima masuk sebagai ahli, Wattpaders Academy akan mengikuti akaun Wattpad dan Instagram anda. Jadi sila ikuti semula akaun kami.

Wattpaders Academy hanya follow ahli sahaja dan akaun tertentu.

Wattpaders Academy mempunyai instagram rasmi iaitu @wattpadersacademy

Oleh itu, segala data ahli seperti nama, umur, nombor telefon dan username Wattpad akan disimpan oleh Senior bahagian HR Management.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang penipuan.

💛 Sekiranya anda menukar username Wattpad selepas keahlian, sila maklumkan kepada mana-mana Senior.

*°• 🌻🌻🌻 •°*

Sekian
Terima Kasih
😊

Borang Keahlian (Google Form) di Message Board.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro