Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

P E R S O A L A N

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mungkin saja berlaku kekeliruan tentang Syarat & Peraturan kemasukan ahli. Jadi kami akan menjawab persoalan yang tidak dilontarkan di ruangan komen tapi kami tahu ia ada dalam kepala anda 😎

Umur Ahli

Sekiranya pada tahun 2020 anda bukan pelajar UPSR, PT3, SPM dan bukan pelajar berasrama penuh... Anda layak mengisi borang keahlian.

Sekiranya pada tahun 2020 anda ialah pelajar UPSR, PT3, SPM dan berasrama penuh... Sila fokus dengan peperiksaan penting anda dan tunggu kemasukan pada tahun 2021.


Tarikh Kemasukan

Tarikh kemasukan ahli 19/20 adalah pada 1 Oktober 2019.

Aktiviti Dalam Groupchat

Seniors dan Intern akan ajar tentang penulisan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kami bukan hanya bagi Tips & Tricks penulisan. Tapi kami juga ajar pelbagai selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kami juga dedahkan kepada anda tentang kerjaya yang mudah untuk watak anda. Bagaimana doktor melakukan kerjanya, apa lagi yang CEO lakukan selain masuk mesyuarat dan tandatangan fail. Pengaruh seorang mafia dan banyak lagi!

Kelas penulisan bukan setiap hari tapi diselangi dengan aktiviti untuk lihat sejauh mana peningkatan anda 👍

Mengapa tidak ambil wattpaders yang menghadapi peperiksaan penting?

Rasionalnya, banyak kelas dan aktiviti dalam Groupchat nanti. Kami tidak mahu ganggu fokus anda.

Kami tidak mahu ahli sertai Groupchat sekerat jalan atas alasan "Exam dah nak dekat. Mak tak bagi main handphone dan saya perlu left group."


Kalau saya nekad nak masuk juga?

Baiklah. Isi saja borang. Tak aktif, kami kick dari Groupchat. Kalau aktif, kami benarkan anda stay. Sekian 🌟


Adakah setiap minit saya perlu aktif dalam Groupchat?

Tidaklah begitu.

Maksud aktif bagi kami adalah hari ini anda join kelas, esok anda hilang dan lusa anda ada semula... No problem! Hantar 1 daripada 3 aktiviti untuk minggu itu pun dah memadai.

Tapi kalau anda CCTV setiap hari, hanya sekali dua saja muncul dan aktiviti pun tak buat... Baik tak payah sertai Groupchat ☺

Ada Seniors yang memerhati 😋


Mengapa strict sangat?

Tak akan ada peningkatan jika tak ada disiplin dan perangai tak munasabah 💛


Adakah saya perlu mempunyai karya untuk menjadi ahli WA?

Anda ada karya atau tidak, kami terima saja sebagai ahli 😊 Jangan malu-malu.


Umur saya dah boleh dikatakan sebagai warga emas, masih boleh sertai?

Ya 😊




Sekiranya ada soalan lain boleh tinggalkan komen. Jika anda tidak puas hati, sila Private Message kami.

Sekian
Terima Kasih
😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro