| PUSINGAN KEDUA |
Semua peserta yang berjaya ke pusingan kedua ini sudah bersedia untuk menerima soalan anda?
21 Peserta Deluna
.❀。• *₊°。 ❀°。
ARAHAN : Anda dikehendaki mereka satu cover bagi setiap soalan yang telah diberi :-
SOALAN PERTAMA
Tajuk : Beautiful Crown
Quote : (idea sendiri)
Genre : Fantasy
Username : Dearestaiha
Blurb
Bila manusia dikawal oleh nafsu,
Keadilan menjadi salah,
Penindasan dan pergolakan,
Yang lemah dijadikan hamba,
Yang berkuasa menjadi yang terhormat.
Yang berkata benar dibilang salah,
Yang salah dibilangnya benar,
Ini semua tentang kuasa,
Kau berkuasa kau disanjung,
Kau lemah kau dipijak.
Hidup berajakan nafsu,
Keadilan dipandang enteng,
Maruah tidak lagi diambil kira,
Dan menjadi manusia yang berajakan nafsu.
+++++
SOALAN KEDUA
Tajuk : The Musketeers Princesses
Quote : True courage is pursuing your dream, even when everyone else says it's impossible.
Genre : Teen Fiction + Romance
Username : wasyashiemi
Blurb
Lima orang puteri yang lebih dikenali sebagai The Musketeers cuba mengejar impian dan cinta mereka.
Pertama, mereka harus menjelajah seluruh dunia. Kedua, menambat hati lima putera yang hot yang sering menjadi bualan rakyat marhaen.
Ketiga, cipta kebahagiaan mereka sendiri.
+++++
Tips
• Gambar untuk soalan kedua, tidak semestinya perlu ada lima watak. Kami tidak mahu anda serabutkan kepala dan menjadikan kreativiti anda luntur.
• Tema adalah bebas namun anda harus mencari tema yang sesuai dan kemaskan design anda.
• Background? Kami akan share satu tips, 'manip background'
• Untuk menaikkan markah anda dalam pusingan ini, kekemasan dan pilih font yang sesuai sangat penting.
• Kombinasi warna juga sangat penting. Kami terlalu teliti setiap inci rekaan anda.
Delivery 📲
Penghantaran : [email protected]
Tarikh Akhir : 08 Mei 2020
.❀。• *₊°。 ❀°。
Kami ulang sekali lagi, buat kedua-dua soalan yang telah diberi. BUKAN pilih. Setiap soalan hanya SATU COVER sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh diutarakan di ruangan komen atau Message Board.
pssst : Kami mungkin jawab soalan anda menggunakan akaun peribadi kami jika tidak aktif disini.
𝐃𝐄𝐋𝐔𝐍𝐀 𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐄𝐒𝐓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro