Mesin Penstabil Zarah
Derapan langkah Adam semakin perlahan. Jarak antara jasad badannya dengan pintu stor dibelakang makmal berjarak kurang sedepa. Tanpa ragu-ragu, dia menekapkan telinga untuk mendengarkan dengan lebih jelas bunyi-bunyian pelik yang datangnya daripada bahagian dalam bilik kecil itu. Bunyi ketukan menjadi semakin kuat dan tiba-tiba, lampu yang berada di dalam makmal terpadam. Pada masa yang sama, pintu bilik stor belakang itu terkuak luas dengan sendirinya. Seakan-akan ada satu tenaga kuat yang datangnya daripada dalam bilik stor ini menolak pintu bilik stor yang selama ini berkunci.
Kelihatan, sebuah mesin dengan lampu-lampu pada punat beserta bunyi berdesing dengan tag penanda 'Mesin Penstabil Zarah' yang sedikit usang tetapi sedang beroperasi. Mesin itu dalam keadaan berhabuk tetapi kelihatannya masih boleh beroperasi dengan baik. Papan pemuka skrin analog pada mesin ini menunjukkan beberapa abjad dan nombor yang tidak difahami. Segala wayar dan suis sudah terpasang pada bahagian dinding yang menghubungkan arus elektrik bangunan.
'Mesin Penstabil Zarah' ini berada dalam keadaan bergegar-gegar menghempas dinding, yang mana menerangkan secara logik akal bagaimana bunyi ketukan daripada bahagian bilik stor makmal terhasil sehingga didengari diluar makmal. Gelombang elektromagnet yang tidak stabil dan datangnya daripada mesin penstabil zarah itu tadi telah menyebabkan pintu bilik stor itu terkuak dengan sendirinya.
Beberapa saat kemudian, gelombang elektromagnet yang tidak stabil menyala buat kali kedua. Gelombang ini disusuli bunyi getaran yang tidak sekata dan bernada tinggi. Sebuah vorteks bercahaya yang berwarna biru keputihan terang muncul di tengah bilik setor, lalu menyedut segala perkara yang berada di sekelilingnya. Sebelum sempat Adam mematikan suis mesin tersebut, dia sendiri yang tersedut ke dalam pusaran vorteks itu, hilang tanpa jejak.
Kegelapan menyelubungi Adam ketika dia membuka matanya. Pandangannya kabur. Kepalanya terasa berdenyut-denyut kesan akibat pusaran yang baru sahaja menyedutnya sebentar tadi. Kakinya terasa lenguh-lenguh seakan-akan seperti baru terhentak jatuh daripada tingkat dua bangunan. Telinganya masih berdesing kesan sedutan mesin penstabil zarah itu tadi. Ketika menghela nafas, udara di sekelilingnya terasa tebal dan berbau asap diesel. Adam perlu mengambil masa sedikit ketika menghela nafas untuk menyesuaikan diri dengan ketebalan udara dan cemaran asap yang ada disekelilingnya. Posisinya ketika itu terasa seperti sedang tertiarap ditengah-tengah jalan berpasir yang merekah.
Pandangannya masih gelap-gelita disekeliling. Hanya sedikit pencahayaan yang datangnya daripada liukan cahaya api pada serpihan bangunan yang musnah dan juga sinaran cahaya berkilat yang berwarna biru di langit. Kedua-dua tangannya mengoles-oles pasir yang terdapat pada tempat dia berbaring. Terasa sedikit kelembapan yang wujud pada butiran pasir itu. Adam mencuba bangun tetapi terasa berat graviti disekelilingnya. Setelah beberapa minit, akhirnya dia berjaya membangkitkan dirinya selepas tertiarap. Dia cuba memahami keberadaan dirinya, tetapi disekelilingnya kelihatan seperti mimpi buruk yang nyata.
Di hadapannya terdapat runtuhan bangunan tinggi yang telah terbakar. Nun dikejauhan, barulah bangunan-bangunan tinggi pencakar langit dapat dilihat sayup-sayup. Tetapi, semuanya kelihatan suram, hitam seperti arang. Tidak ada tanda-tanda matahari menyinari di kaki langit. Hanya kegelapan pekat yang diterangi oleh kristal-kristal bercahaya yang terapung-apung diudara.
Kristal-kristal ini memancarkan cahaya berwarna biru suram, lalu menciptakan bayangan yang bergerak-gerak di sekitar runtuhan permukaan bangunan yang telah musnah dam rosak. Adam berjalan perlahan-lahan, kakinya memijak tanah yang berpasir. Sesekali, kebasahan dapat dirasai pada pasir yang dipijak.
"Di mana aku?" gumamnya, namun suara kecilnya itu hampir tidak mampu menembusi keheningan yang luar biasa itu. Tiada siapa yang menjawab soalan Adam itu, hanya gema suaranya sendiri yang kembali kepadanya.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro