Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kota Tanpa Matahari

Tiba-tiba, bunyi jeritan bergema daripada kejauhan. Adam memalingkan kepalanya, matanya ligat mencari sumber bunyi tersebut dalam suasana kegelapan. Daripada arah celahan sisa runtuhan bangunan yang telah musnah, dia dapat melihat bayangan sosok seorang lelaki sedang berlari sambil menjerit ketakutan. Di belakang lelaki itu, beberapa ekor makhluk mekanikal berbentuk seperti labah-labah besar sedang mengejarnya disusuli bunyi dentingan logam.

Adam berdiri kaku di tengah-tengah jalan, kakinya langsung tidak mampu bergerak. Makhluk-makhluk itu, dengan tubuh mereka yang berkilat kelam dan mempunyai sepasang mata merah menyala. Makhluk-makhluk mekanikal itu kelihatan seperti mesin pembunuh. Lelaki misteri itu tiba-tiba tersadung lalu jatuh ke tanah. Lalu, makhluk-makhluk mekanikal itu menerkamnya tanpa belas kasihan. Jeritannya terhenti serta-merta.

Ketika Adam menyaksikan kejadian itu, jantungnya berdegup kencang. Tidak pernah sekali dalam pengalaman hidupnya menemui makhluk ganas seperti makhluk mekanikal itu. Situasinya seperti sang harimau yang menerkam mangsanya di tengah hutan belantara. Dia cuba berpaling dan melarikan diri, tetapi langkah kakinya terasa berat. Seolah-olah, kakinya tertanam dikawasan pasir jerlus. Sebelum Adam sempat bergerak jauh, dia terdengar satu suara halus yang datangnya daripada bahagian belakangnya.

"Jangan bergerak."

Tubuh Adam membeku. Suara itu lembut dan halus tetapi tegas, seperti perintah. Dia berpaling perlahan-lahan dan mendapati seorang wanita berdiri di hadapannya. Wanita itu, yang kelihatan berusia dua puluhan, memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan tekstil tebal yang kelihat sudah kusam tetapi masih tetap utuh. Rambutnya diikat ke belakang, matanya yang hitam dengan pandangan yang tajam seakan-akan mencerminkan semangat keberanian yang tinggi.

"Jika kau bergerak sekarang, Sentinel akan dapat mengesan kedudukanmu," wanita itu melontarkan kata-kata sambil perlahan-lahan mendekati Adam.

"Sentinel?" Adam bertanya dengan nada suara berbisik.

"Makhluk mekanikal itu," jawab wanita itu sambil menunjukkan ke arah tempat lelaki malang tadi diserang.

"Araknodroid. Mereka memburu sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan di dunia ini." tambah wanita itu lagi.

"Siapa kau, dan bagaimana kau boleh sampai ke sini?"

"Saya... saya tak tahu." jawab Adam penuh kejujuran.

"Saya berada di makmal universiti, dan kemudian... vorteks muncul, dan saya tiba-tiba berada di sini."

Wanita itu memadang Adam dengan penuh perasaan kecurigaan. Tetapi, akhirnya dia menghela nafas panjang.

"Namaku Lira," katanya.

"Jika kau ingin terus bertahan hidup disini, kau ikut aku. Tetapi, jangan buat bising."

Lira membawa Adam melalui lorong-lorong gelap yang terdapat antara bangunan. Mereka berjalan dalam keadaan senyap, lalu mengelak daripada kawasan terbuka yang diterangi cahaya kristal biru. Sesekali, perjalanan Adam dan Lira terhenti bagi mengelakkan pergerakkan mereka dijejaki oleh cahaya kristal biru yang berterbangan di awangan. Di sepanjang perjalanan, Adam dapat melihat ramai manusia lain yang bersembunyi di sebalik celahan runtuhan bangunan. Mata mereka hitam berkilat yang mencerminkan ketakutan yang mendalam. Tubuh mereka kelihatan kurus kering dan lemah, seperti kekurangan nutrisi pada pemakanan.

"Apa sebenarnya tempat ini?" tanya Adam perlahan.

"Kota Tanpa Matahari," jawab Lira tanpa menoleh.

"Dunia ini adalah tempat di mana cahaya sang suria tidak pernah sampai. Sentinel menguasai segala-galanya, dan manusia hanya bertahan dengan sisa pengharapan yang kian pudar saban hari."

Mereka akhirnya tiba di sebuah bilik kecil yang tersembunyi dibawah sisa runtuhan. Lira menyalakan obor kecil yang memancarkan cahaya bagi menerangi bilik itu selain memberikan sedikit haba.

"Kau selamat di sini buat sementara waktu," katanya.

Adam duduk di lantai, cuba mencerna apa yang sebenarnya sedang berlaku terhadap dirinya.

"Aku perlu kembali ke dunia aku. Ada cara untuk aku keluar dari sini?"

Lira memandangnya dengan wajah yang serius.

"Ada lagenda tentang Pemegang Kunci Masa," Lira meneruskan bicara.

"Dikatakan, dia adalah satu-satunya manusia yang mampu membuka pintu antara dimensi. Jika benar kau datang daripada dunia lain, mungkin kau adalah orang yang kami tunggu-tunggu."

Adam tergelak kecil, hampir-hampir sahaja dia tersedak mendengar kata-kata Lira itu.

"Aku? Pemegang Kunci Masa?"

"Aku cuma seorang pelajar, orang biasa yang langsung tidak ada apa-apa kuasa. Aku cuma seorang insan yang tiba-tiba tersesat ke dalam dunia kau disebabkan tanpa dirancang pun."

Lira mendekati Adam.

"Jika kau bukan orangnya yang tertulis dalam Lagenda Pemegang Kunci Masa, maka kau harus mencari jalan untuk buktikan. Dunia ini penuh dengan ketidaktentuan dan bahaya. Dan masa langsung tidak menyebelahi kita. Sentinel semakin ganas setiap hari, dan aku tak pasti berapa lama lagi kita dapat bertahan!"

Adam termenung sejenak, memandang ke arah obor yang menyala di sudut bilik. Dia tidak tahu apa yang bakal menantinya, tetapi satu perkara yang pasti-dia perlu mencari jalan untuk keluar dari dunia ini, atas apa pun risikonya.

Malam itu, buat pertama kalinya dalam hidupnya, Adam merasakan bahawa dirinya telah menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar dan lebih rumit daripada mata pelajaran di fakultinya itu. Perjalanannya baru sahaja bermula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro