Di 'ganggu' ketika berada di makmal
SETELAH selesai memenuhi tuntutan panggilan Ilahi di tingkat paling atas, Adam mematikan segala suis lampu dan kipas yang terpasang tadi. Pintu surau dikatup lalu sepasang stokin sepatunya disarungi pada kedua belah kaki. Selesai menyarung sepatu, dia memalingkan sedikit pandangan matanya kearah tingkap kaca yang terletak bersebelahan surau. Suasana sekeliling diluar sudah separa gelap. Hanya bayang-bayang dahan pepohon meninggi yang kelihatan menutupi cahaya senja yang samar-samar daripada kejauhan. Sesekali kedengaran kicauan burung Cabak yang bertenggek pada dahan kayu sambil berlatarbelakangkan awan senja yang berlapis-lapis. Awan senja yang berlapis-lapis itu turut menciptakan templat warna biru gelap, biru cair dan juga keungguan pada latar langit. Sesekali kelihatan pergerakan lampu kereta dan motosikal pelajar yang datangnya dari bahagian jalan.
Langkah kakinya terhenti seketika pada satu sudut gelap berhadapan ruang surau. Padangan mata Adam segera dilarikan pada sudut gelap berkenaan. Seakan ada bunyi berdesing yang datangnya daripada sudut terbabit.
"Ah, mungkin tikus mondok barangkali."
Adam menyedapkan hati. Dengan segera, kakiku melangkah keluar daripada bilik surau itu. Niat dihati, ingin terus menuju ke bahagian makmal. Laluan menuju ke bahagian makmal pula kelihatan semakin samar tanpa kewujudan pencahayaan lampu yang mencukupi. Bangunan yang agak lama seperti ini sememangnya sinonim dengan kadar limpahan pencahayaan yang agak malap oleh kerana lampu-lampu yang ada tidak diselenggara secara berkala ataupun bahagian sekeliling lampu sudah dilitupi sawang labah-labah.
Suasana sekeliling pula dirasakan sedikit suram oleh kerana hanya sososk Adam sahaja yang berada di bangunan itu. Bunyi mendecit seolah-olah bunyi tikus dan cicak yang sedang bermain-main kedengaran disudut ruang yang gelap dan terlindung daripada limpahan cahaya dan juga pandangan mata. Kadangkala, terdengar sayup-sayup bunyi seperti sebuah jasad besar, seakan-akan seperti almari ataupun meja besar yang diseret secara berulang kali. Perlahan sahaja bunyinya, tetapi jelas kedengaran. Namun, dia tetap gagahi jua langkah kakinya, menderap perlahan-lahan walaupun jauh disudut hati ini merasakan ada sesuatu yang agak aneh.
"Mungkin, ini semua hanyalah permainan perasaan sahaja." jauh disudut hati Adam.
Derapan langkah demi langkah pada setiap langkahan kakinya yang melalui ruang menuju ke bahagian makmal itu kedengaran bergema-gema.
"Srett... srettt.... srettt..."
Bunyi seretan tapak getah kasut dengan lantai bangunan itu telah memangkinkan lagi perasaan tidak enak yang menyelubungi diri ini, kelihatannya seperti seolah-olah sedang diperhatikan oleh sesuatu. Baik disudut kawasan tandas, mahupun dikawasan tangga, semuanya terasa ada sesuatu yang sedang memerhatikan. Mahu sahaja dia kembali ke bahagian lif lalu menekan punat yang ada untuk cepat-cepat keluar daripada bangunan ini. Apa yang dimaksudkan disini bukanlah kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dipenjuru bangunan. Perasaannya seperti sesuatu yang boleh dirasai kehadirannya tetapi tidak dapat melihat dengan mata kasar. Sesuatu yang membuatkan bulu roma tegak berdiri.
Perjalanan daripada bahagian surau menuju ke makmal terasa jauh. Padahal, jaraknya tidaklah sampai dua puluh meter memandangkan surau dan bahagian makmal berada pada paras yang sama. Perasaan seram yang membungkam itu diburukkan lagi dengan keberadaan tandas gelap sebelum tiba di bahagian makmal. Pelbagai cerita aneh, seram dan tidak sesuai untuk diimbas kembali pada saat-saat begini. Tandas itu berkeadaan cerah sahaja pada waktu siang oleh kerana tingkapnya yang membenarkan cahaya matahari menembusinya. Ramai pensyarah, pelajar serta kakitangan yang menggunakan tandas terbabit.
Walaubagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila tibanya waktu malam ataupun ketika cuaca mendung yang disusuli hujan lebat. Lampu kalimantan yang sudah terpasang dalam tandas itu langsung tidak dapat berfungsi dengan baik. Kali terakhir aku memasuki tandas itu pada waktu malam minggu lepas, lampunya sudah berkelip-kelip, seakan-akan sudah berada dipenghujung hayat. Malam ini pula, lampu ini sudah tidak dapat menghasilkan pencahayaannya lagi lalu menghasilkan kegelapan didalam tandas yang tidak berpenghujung. Jadi, kegelapan yang datangnya daripada bahagian tandas paras empat yang berada dalam bangunan lama ini sudah cukup membuatkan suasana menjadi sedikit hening sehingga bulu roma berdiri.
Adam tidaklah menyalahkan tukang cuci bangunan ataupun pensyarah atas perkara-perkara ini, tapi inilah realitinya yang menjadi penambah rasa kepada kemunculan perasaan tidak selesa serta menyeramkan yang menghantui bangunan ini. Mungkin, itu hanyalah permainan perasaannya sahaja memandangkan dia seorang yang agak penakut dan over-thinker. Ramai sahaja pelajar-pelajar pra-siswazah yang stay-up dalam makmal terutamanya pelajar tahun akhir yang berusaha menyiapkan projek tahun akhir masing-masing. Terkadang, ada yang bersengkang mata sehingga awal pagi iaitu pukul dua atau tiga pagi bagi menggunakan peralatan makmal untuk jangka masa yang agak lama.
Maklumlah, ketika sesi kuliah pagi dan petang, kebiasannya pelajar tahun satu, dua dan tiga akan menggunapakai peralatan makmal berkenaan. Kebanyakkan peralatan makmal seperti mikroskop tidak dapat digunakan untuk satu jangka masa yang lama. Oleh itu, keberadaan masa yang senggang ini wujud hanyalah pada waktu malam sahaja. Perkara ini juga tidaklah menjadi satu kesalahan dalam misi, visi dan peraturan universiti itu sendiri kerana pelajar bebas untuk menggunakan peralatan makmal yang digunapakai khususnya bagi menyelesaikan kajian tahun akhir masing-masing. Begitu pula, bukan hanya pelajar pra-siswazah tahun akhir yang menggunakan makmal yang ada. Pelajar pasca-siswazah dan kedoktoran juga kebiasaannya akan menggunapakai peralatan makmal terbabit. Cuma, penggunaan itu haruslah dilakukan secara berintegriti dan tidaklah sehingga merosakkan kemudahan fakulti mahupun universiti.
Sambil menggendong seutas beg yang berisi komputer riba, buku nota serta peralatan menulis yang lainnya, aku akhirnya tiba dihadapan pintu bilik makmal. Pintu bahagian makmal dikuak, maka terlihatlah pelbagai peralatan makmal seperti teleskop, penunu bunsen dan lain-lain yang sudah terang bercahaya itu, kecuali di bahagian belakang makmal. Lampu dibahagian belakang makmal tidak dibuka kerana tidak ada keperluan selain mempunyai sebuah pintu yang berkunci dan tidak pernah dibuka. Menurut pembantu Makmal, saudara Faizan, bilik itu dipercayai merupakan bilik stor penyimpanan peralatan yang sudah usang dan digunakan untuk proses pelupusan. Kebiasaanya, pintu bilik makmal tidak akan dikunci kecuali apabila berlaku kes-kes tertentu diluar jangka seperti kes kecurian, pelajar ditangkap khalwat serta pelajar menggunakan makmal untuk tujuan berhibur.
Adam mengetik punat komputer lalu mendekatkan teleskop beserta kaca keratan nipis untuk memulakan proses analisa. Wayar penyambung dipasang antara mikroskop dengan komputer riba untuk proses dokumentasi dan penafsiran bahan kajian. Kamera telefon pintar pula digunakan untuk merakam segala aktiviti. Tiba-tiba, dalam tidak dia sedar, kamera telefon pintar merakamkan suatu pergerakan dibahagian belakang makmal disusuli bunyi ketukan yang kuat.
"Tokk...tokk...tokkk..."
Sudahlah berada sorang-sorang sahaja dalam makmal ditingkat atas. Kemudian, ada pula yang cuba mengacau disaat aku baru sahaja hendak memulakan kerja. Hendak turun dan lari menyelamatkan diri, rasa tidak berbaloi pula memandangkan jam baru sahaja menunjukkan pukul lapan malam. Terlalu awal untuk diganggu serta melarikan diri.
Adam nekad. Dia akhirnya mengenepikan rasa takut yang menyelubungi dirinya ini tadi. Dia ingin melihat sendiri dengan mata kepalanya, gerangan 'apakah' atau 'siapakah' yang mengetuk-ngetuk pintu di bahagian belakang makmal ini tadi. Selagi tidak diketahui 'apakah' dan 'siapakah' gerangan makhluk itu, dia pasti yang bunyi ketukan itu akan berulang-ulang kembali. Seolah-olah 'ia' hendak mengganggu urusannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro