Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SPECIAL CHAPTER [LAST]

Kau tak kenal siapa bapa dia.

Ryan senyum sinis. Berani buat berani tanggung. Hina anak aku tengok nasib kau sendiri.

Aryan berlari mendapatkan Ryan dan Ryanna. Telefon canggih Ryan dipeluk nya. Kadang kala skrin tersebut dicium berkali kali.

"Mummy! I win! I win! " ujar Aryan.

Aisyah di skrin telefon senyum lebar melihat anak nya begitu gembira dengan kemenangan. Yelah pertama kali bertanding dan menang siapa sahaja yang tidak gembira kan?

"That's my boy! "

"Eh tengok tu. Geli pula aku tengok. Baru menang duit pun dah macam itu. Entah entah miskin. Pujuk juri supaya menang itu yang dapat itu. Kesian bet--- "

"Cukup! " bentak Ryan secara tiba tiba. Talian dimatikan agar isterinya tidak dengar tentang itu. Boleh tekanan isterinya kalau dia dengar ada orang hina anaknya.

"Ey kau perempuan tak boleh ke tutup mulut jalang kau itu! " gertak Ryan.

"Eh eh kau siapa nak masuk campur? Mulut aku suka hati aku lah nak buat apa pun. Sibuk aje! " balasnya dengan jelingan.

Ryan mencebik. Ya Allah, punya lah mulut tu. Tak reti nak berlapis betul. Memang buat dosa ini ada ganjaran ke? Asal dapat duit ke?

"Daddy.. " Ryanna menarik tepi baju Ryan. Gerun dia melihat mak cik tersebut. Muka pun buat orang takut.

"Bawa anak anak aku masuk dalam kereta. Perempuan ini heret dia ke belakang! Aku tak nak pendengaran anak aku kotor sebab perempuan ini. " arah Ryan tegas. Dia berjalan tenang ke belakang dewan. Hakikatnya hatinya membara sahaja.

"Bawa dia ini. " arah Jordan.

"Eh eh kau asal aku pula? Kau lah! Kau yang kena suruh kan? " bentak Syaril.

"Ey! Kerja senang pun nak gaduh ke? Asal jijik sangat je mak cik ini? " celah Wong.

"Eh kau tak tahu ke? Mak cik ini memang jijik pun. Jijik dari sampah. Ada hati nak hina anak orang. Kena dekat kepala sendiri baru tahu. " ujar Syaril sambil menjeling.

"Oi! Yang kauorang ini bila nak buat kerja! " jerit Ryan. Bergema satu dewan tersebut. Sehingga semua disana melihat nya.

"Cepat lah. " Jordan mengheret tangan Wong dan Syaril ke tempat duduk perempuan tersebut.

Jordan mengalihkan segala kerusi yang menghalang jalan mereka. Sampai sahaja tangan perempuan tersebut dipegang nya.

"Eh asal pegang aku ini-- " terhenti percakapan nya melihat tiga orang jejaka kacak berdiri depan nya.

Spontan dia berdiri tegak. Sekali sekala dia membetulkan tudung nya. Senyuman lebar diberi pada tiga lelaki tersebut.

"Mak.. Mak jom kita balik. " kata anak kecil tersebut.

"Eh! Kamu balik dulu lah! Sibuk aje! Rumah dekat sana kan? Balik lah! "

Kasar sungguh percakapan pada anak kecil tersebut. Naufal terkelu apabila dia dimarahi oleh emak nya sendiri di hadapan rakan dan guru gurunya.

Dengan perlahan dia mengangkatnya kotak hadiah yang baru sahaja dia terima tadi. Syaril menggeleng kepalanya.

Ibu jenis apa macam ni? Apa yang lagi penting pada perempuan tersebut melainkan seorang anak?

"Adik sayang.. Jom abang teman balik rumah? " ajak Syaril. Namun Naufal menggeleng dan tetap berdiri di belakang ibu nya.

Perempuan yang bernama Latifah tersebut menjeling tidak suka pada anaknya. Inilah salah satu dia tidak suka akan anak ini. Buat seperti mereka ini kurang kasih sayang.

"Dah lah jom balik! Mengada ngada! " tangan Naufal ditarik kasar sehingga semua nya terhenti.

"Eh mak cik! Cerita kau dengan bos aku belum habis tau! Baik kau ikut kami sebelum kamkr sendiri heret kau ke sana dengan cara kasar! " celah Wong dengan berpeluk tubuh.

Latifah menjeling.

"Apa lagi yang tak kena huh?! Siapa bos kauorang? Tak habis lagi nak buat masalah? " katanya.

"Bawa dia. Malas aku bertekak dengan perempuan ini. " arah Jordan.

Syaril dan Wong menghela nafas berat. Kedua tangan perempuan tersebut dipegang dan diheret ke belakang dewan.

"Abang nak buat apa dengan mak saya? Mak nak pergi mana? " soal Naufal ingin tahu.

"Bos abang cuma nak ajar mak kamu sahaja. Biar beradab sedikit mulut dia itu. "

"Abang jangan lah sakitkan mak saya. Saya nak mak saya. Dia sahaja yang ada dengan saya sekarang. " pujuk Naufal.

Jordan mengeluh. Terpaksa lah dia membawa budak ini kepada ibunya semula. Apa yang dia boleh lakukan? Kasih seorang anak kepada ibu nya tiada gandingan nya.

Ryan melabuh punggung di kerusi kayu dengan memandang tajam ke arah Lafitah yang duduk melutut di hadapan nya.

"Apa hak kau nak hina anak aku? " soal Ryan.

Latifah tidak membalas sebaik nya lagi menundukkan wajah nya. Dia tidak tahu pula dia hina anak orang depan bapa dia sendiri.

"Aku tanya apa hak kau nak hina anak aku!? " jerkah Ryan.

"Mak! " jerit suara anak kecil itu. Naufal berlari mendapatkan ibunya.

Saat sampai tubuh si ibu dipeluk. Kotak hadiah nya sudah hilang entah kemana. Teresak esak di di dakapan si ibu.

"Asal budak ini ada dekat sini? Apa kau nak aku pukul perempuan ini depan anak dia? " ujar Ryan. Matanya tajam mengerling ke arah Latifah.

Dengar sahaja Naufal terus melutut dan memeluk kaki Ryan. Dia tidak mahu ibunya di apa apa kan. Dengan kehidupan mereka yang kurang senang mana dia nak cari duit untuk ibunya nanti?

"Abang.. Abang jangan lah pukul mak saya. Saya tahu mak saya buat jahat dekat abang tapi tolong lah jangan pukul mak saya. Dia sahaja yang ada dengan saya sekarang. "

Rayu Naufal. Dia tidak peduli seberapa maruah pun, dia tetap akan melutut dan merayu demi ibunya.

Ryan mengeluh. Nasib ada anak aje. Kalau tak memang dah lama makan padang perempuan ini.

"Bawa budak ini pergi dulu. Aku nak settle kan perempuan ini sekejap. " arah Ryan. Jordan mengangguk.

"Naufal tak nak! Naufal nak dengan ibu! " dia berlari ke arah ibunya. Leher ibu nya dipeluk nya erat.

"Abang nak pukul mak saya, pukul sekali dengan saya! Saya tak nak mak saya menderita seorang! " jerit nya. Tangisan nya kuat bergema.

Ryan datang dekat. Kepala anak kecil itu diusap nya.

"Abang tak pukul abang janji. Abang nak adik pergi buat sementara sahaja. Lepas ini kamu dan mak kamu boleh pergi. " ujar Ryan memujuk.

"Janji? "

Ryan mengangguk. Betapa bertuah nya perempuan ini memiliki anak yang tidak mahu melihat ibu nya menderita seorang diri. Tapi malang dapat ibu yang sebegini rupa.

Hilang sahaja bayang Jordan dan Naufal, Ryan kembali menatap Latifah.

"Itu nasib anak kau merayu dekat aku. Kau tak kenal aku siapa. Nyawa kau bila bila sahaja boleh melayang. Hina anak aku. Hina keluarga aku memang tempah maut jawab nya. "

"Dan aku tahu kau bukan lah yang senang nak dengar cakap. Jadi aku nak hadiahkan kau satu benda. "

Ryan senyum sinis tatkala melihat wajah takut Latifah. Apa dia kisah? Dia mungkir janji? Ada dia kata janji tadi? Siapa suruh perempuan ini kacau dia dulu. Terima lah padah nya.

"Tolong... Jangan sakiti saya.. " rayu nya.

Ryan tidak membalas apa apa sebalik nya dia mengambil pisau lipat yang memang sentiasa ada dengan nya.

Pisau tersebut di hiris sedikit di bibir wanita tersebut. Latifah memejamkan matanya apabila sakit mula menguasai diri.

Sumpah! Kalau dia tahu nasib nya akan jadi macam ini tidak berani dia mahu menghina anak orang.

Ryan melempar sampul duit tepat di muka Latifah.

"Duit itu bukan untuk kau tapi anak kau. Kau jangan mimpi nak gunakan duit ini untuk kepuasan kau. Kau ingat orang orang aku akan sentiasa memerhati kan kau. " ujar Ryan memberi amaran.

"Blah! " arah Ryan. Dia berjalan penuh berkarisma daripada tempat tersebut.

Itu prinsip nya. Memang tak aman lah manusia yang membuat onar dalam kehidupan nya.



"Mummy kita nak kemana? " soal Ryanna. Dari tadi dia asyik memandang ke luar tingkap sahaja.

"Mummy pun tak tahu. Daddy kamu inilah macam macam. Entah apa yang difikirkan. " balas Aisyah. Sesekali di berpusing ke belakang melihat anak anak nya.

"Hubby ada bawa minyak angin tak? " tanya Aisyah. Perut nya diusap berkali kali.

Ryan menoleh sekilas. Tangan si isteri diambil lalu diletakkan di peha nya sambil digenggam olehnya.

"Ada. Kenapa? Sakit ke? Sakit kita pergi ke hospital. " Ujar Ryan risau.

"Eh tak. Tanya saja. Buat persediaan dekat sana. Mana tahu sakit perut ke nanti. "

Ryan hanya mengangguk. Tangan si isteri tidak henti henti diusap. Ada kalanya dicium.

Masuk sahaja ke perkarangan tempat tersebut Ryanna membulat matanya besar. Tubuh Aryan digoncangkan berkali kali.

"Port Dickson! Abang abang abang! Bangun! " jerit Ryanna girang.

Aryan mencelik sedikit mata nya. Ryanna kalau berteriak memang tak boleh bawa bincang. Sakit dia itu hanya yang pernah merasa sahaja tahu.

Sama sangat perangai macam mummy nya. Kalau dah naik angin memang masuk bilik kunci pintu terus. Lagi lagi kalau memang dah terlebih naik angin. Kena bersedia mendengar bebelan. Tak pun kadang dijerit sahaja.

"Ye abang tahu. " layan Aryan. Ryanna bertepuk tangan suka.

"Daddy nak pergi pantai. Kita nak mandi laut! " pinta Ryanna.

"Boleh. Tapi kena kiss daddy dulu. "

Ryanna tidak banyak songeh. Leher Ryan dipeluk lalu diberi ciuman kasih sayang di pipi Ryan. Ryanna senyum suka. Suka dapat mandi laut.

"Aik? Daddy je? Mummy tak kiss? "

Ryanna berlari pula ke arah Aisyah. Pertama disalam nya Aisyah lalu dipeluk. Setelah itu dicium seperti biasa.

Tidak cukup dengan itu si abang pun dicium nya. Dia mengejar Aryan yang lari daripadanya. Dapat sahaja dipeluk nya si abang dan dicium.

"Ryanna sayang semua! " jerit nya suka. Aisyah tertawa kecil. Ryanna Ryanna. Manja tak bertempat.

"Assalamualaikum. " sapa seseorang.

Aisyah berpaling. Ya Allah rindunya dia dengan wajah ini.

"Waalaikummussalam! Ya Allah rindu nya aku dengan kauorang. Asal lambat? " soal Aisyah pada keluarga nya yang lain.

Siapa lagi ahli keluarga nya kalau bukan Hyder dan Riana. Dayang dan Aarif. Dan Evan. Tak lupa juga dengan Wong, Jordan dan Syaril.

"Anak aku muntah tadi. Tak boleh jalan jauh. " ujar Riana. Dia menoleh sekilas ke arah Syakira anak sulung nya yang bermain dengan Ryanna.

"Biasalah itu budak lagi kan. "

Riana menangguk setuju. Syukur nya dapat berkumpul bersama keluarga besar ini semula. Rindu rasanya.

Dayang yang baru sampai menepuk belakang badan Aisyah. Dia tersenyum kambing pada Aisyah.

Aisyah menjeling.

"Salam tak ada main terjah je. Siapa ajar? " sinis Aisyah. Tak sedar diri itu mengandung anak kedua perangai tak ubah ubah.

"Maaflah. Assalamualaikum saudara ku sekalian. Apa khabar? " balas Dayang.

"Waalaikummussalam. Sihat sahaja saudara ku disana. " balas Riana dan Aisyah.

Dan mereka akhirnya ketawa. Aisyah mengusap perutnya lembut. Seketika terasa perit di bawah rahim nya.

Berkerut dahi Aisyah apabila sakit tersebut mula merebak ke seluruh badan. Bibir diketap.

"Eh Aisyah kau ok tak ini? " soal Riana. Risau pula dia melihat Aisyah seperti menahan sakit.

Aisyah menangguk dalam masa yang sama dia menggeleng. Perut nya kejap sakit kejap tidak.

"Eh Aisyah kau nak beranak ke? Ini kenapa basah kain kau ini?! " tanya Dayang gelabah.

Aisyah tidak membalas sebaik nya di diam sahaja menahan diri dari menjerit. Dan akhirnya...

"Argh! Hubby! " jerit Aisyah. Kaki kusyen digenggam nya erat.

Ryan hang sibuk bercerita dengan Aarif terhenti mendengar suara isterinya menjerit. Dia memaling dan terkejut melihat keadaan isterinya.

Semua di sana pergi ke arah Aisyah. Syaril yang sibuk minum terbuang balik air yang diminum nya apabila mendengar Aisyah menjerit.

Segera Syaril ke arah Aisyah.

"Ketepi ketepi doktor nak lalu! " ujar nya dan..

Buk!

"Doktor kepala botak kau. Sana! " ujar Aarif.

Syaril memegang kepalanya. Tak botak pun. Ok sahaja. Rambut lebat sahaja. Celah mana botak nya?


"Argh!! " jerit Aisyah. Dia sedaya upaya nya meneran dengan baik.

"Bagus puan. Sekarang saya kira sampai tiga puan kena teran sekuat hati ok? " ujar doktor perempuan tersebut.

Aisyah menggenggam tangan si suami erat. Inilah pertama kalinya beranak secara normal.

"Satu.. Dua.. Tiga.. Teran! "

"Argghh!! " jerit Aisyah sekuat hati. Air mata nya tidak henti henti keluar.

"Ok Puan dan nampak kepala. Kita cuba lagi sekali ok? Sekarang saya nak Puan bertenang sahaja. " ujar Doktor tersebut. Nurse yang lain sibuk membantu. Dan ada yang mengusap perutnya Aisyah.

"Hubby.. Sakit.. " adu Aisyah. Tangan si suami digenggam erat seerat nya.

"Ye aku tahu. Kejap sahaja lagi ok? " kepala Aisyah diusap. Dahi Aisyah dicium berkali kali. Sebak rasanya melihat isterinya sakit beranak seperti ini.

"Kita mula kan lagi puan. Saya kira sampai tiga puan kena teran sebaik mungkin ok? Ikut seperti yang saya ajar tadi. " kata nya.

"Satu.. Dua.. Tiga.. Teran puan! "

"Arghh!!! " Aisyah meneran sekuat hatinya. Serentak itu dia merasa ada yang meluncur laju di bawah rahim nya dan kedengaran bunyi tangisan bayi bergema di bilik operation itu.

Senyuman lebar terukir di bibir Aisyah. Dia kini kembali bernafas seperti biasa. Matanya dipejam sebentar.

"Syabas Puan. Puan dapat anak lelaki! " kata seorang jururawat dan meletakkan bayi yang baru lahir di dada Aisyah.

"Thank you sayang. I love love love you.. " dahi Aisyah dicium nya berkali kali.

Aisyah senyum gembira. Air mata kegembiraan mengalir keluar. Syukur dia masih diberi peluang untuk hidup bersama orang tersayang.

Ya Allah ini pun sudah memadai. Terima Kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat.


-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro