Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8 ❤

"Hei bro! Asal lambat? " soal Aarif terus apabila melihat kelibat Ryan.

"Entah budak sewel mana langgar kereta aku. Yang tak boleh blah tu dia calarkan kereta aku! " geram Ryan.

"Apa apa jelah! Sekarang ni aku nak tau apa rancangan dia. Aku tak nak keluarga aku jadi mangsa keadaan. " datar Aarif.

"Macam kau tak kenal si bangsat tu. Dari mak kau meninggal sampai sekarang tak puas puas nak balas dendam. Apa masalah dia hah?! "

"Aku malas nak cerita lebih lebih. Sekarang ni apa yang perlu kita buat. Dia dah mula mengganas sekarang. " ujar Aarif. Seketika dia mengerling sekeliling nya kerana musuh berada di mana mana sahaja.

"Aku rasa baik kau jaga keluarga kau dulu. Aku takut dia gunakan keluarga kau jadi tebusan macam arwah mak kau. " kata Ryan.

"Pasal tu kau jangan risau. Pandai pandai aku lah jaga. Cuma yang aku risau tentang adik aku. Dah berapa kali dia kata dia asyik kena perhati je dekat kl tu. "

Risau Aarif. Benda bukan sekali dan berkali kali. Takkan dia berdiam diri. Sekali adik dia kena jentik parah hidup manusia tu.

"Kau ada adik? Sejak bila? Aku tak tahu pun. "

"Kau tak ingat ke waktu mak aku meninggal adik aku lahir. Sebab bangsat tu lah. "

"Adik kau lelaki ke perempuan? " tanya Ryan lagi.

Belum sempat Aarif mahu menjawab telefon nya berdering kuat minta diangkat. Melihat sahaja pemanggil Aarif terus menjawab nya.

"Assalamualaikum! Kenapa? "

"Abang ambik adik dekat
kedai pak mat sini boleh tak? "

"Abang ada kerja ni. Kenapa? "

"Kaki adik luka lah. Adik jatuh. "

"Ya Allah! Macam mana boleh jatuh?
Takpa lah abang datang sekarang."

"Okey. Adik tunggu. "

"Bro sorry ah! Aku nak jemput adik aku. Nanti aku free kita jumpa lagi. "

Ryan hanya menangguk sebagai jawapan. Aarif berjabat tangan sebelum beredar dari situ.

"Siapa adik dia? " fikir Ryan sejenak sebelum dia juga turut beredar dari kedai makan tersebut.

❤❤❤

"Adik! Macam mana boleh jatuh ni!? Meh abang nak tengok. " gopoh Aarif. Kaki adik nya dibelek. Kelihatan calar pada buku lali adiknya.

"Sikit je ni. Adik cuma tak larat nak jalan tu yang panggil abang datang sini. Maaf lah kalau susah kan abang pula. "

Pinta Aisyah. Mana tau lah abang dia tengah cari rezeki aku siok siok telefon dia minta ambil. Tak ke minta penampar tu. Calar sikit je bukan patah pun!

"Ini adik kata sikit! Adik baru duduk dua hari dekat sini dah macam macam berlaku! Jom pergi klinik. " tegas Aarif.

"Adik tak nak! Adik tak suka! Kalau dia jahit kaki adik macam mana? Asam keping Dayang pula? "

Aarif sudah agak jawapan adiknya. Semua jenis klinik atau pun klinik haiwan memang dia takkan jejak kaki dia. Apa lagi hospital. Ngada!

"Biar je tu semua. Kaki adik ni dah luka teruk. Nanti pulang macam ni ayah nampak bukan setakat adik je kena abang sekali kena! Jangan nak banyak songeh sana. Abang tambahkan lagi luka tu. " Bebel Aarif sebelum memapah adiknya.

Selang berapa minit mereka sampai ke klinik rawatan berdekatan. Kereta di parkir di hadapan klinik sebelum keluar menjemput adiknya.

"Keluar! " arah Aarif.

"Adik kata tak nak kan! Tak nak! Nanti dia jarum! Tak nakkkkk! " protes Aisyah. Walau apa jadi sekali pun dia takkan jejak kaki dia dekat hopital eh? Klinik! Sama lah tu.

"Apa yang adik takut sangat hah! Cepat keluar! Adik nak abang dukung baru nak masuk ke? "

"Cuba lah kalau berani! Adik gigit kepala abang tu sampai botak! Lepas tu Dayang lari tak nakkan abang baru abang tau! " tanpa dia sedar diri nya sudah di angkat oleh abang nya.

"Argh! Adik tak nak! " kaki nya dihayun hayun kan.

Belum sempat mereka mahu masuk ke dalam klinik langkah Aarif terhenti tatkala melihat figura yang dikenali nya.

"Eh Ryan kau buat apa dekat sini? "

"Haah. Aku buat rawatan juga. Tadi kan aku accident kecil. " balas Ryan. Berkerut dahi nya melihat seorang gadis kecil yang ditampung oleh Aarif.

"Adik kau? "

"Oh haah! Ni lah adik aku! " jawab Aarif.

Aisyah menoleh seketika. Membulat mata Aisyah melihat figura itu.

"Sebab awak saya kena pergi klinik! Cish! Abang dia ni lah yang langgar adik! " marah Aisyah. Kalau dia boleh dia nak sangat jasad dia tukar dengan lelaki gila ni! Biar dia yang rasa!

"Ni? Ryan? " aisyah angguk sebagai jawapan.

"Abang marah dia! Dia bawa kereta macam pelesit! Sampai adik yang besar macam gajah ni pun dia tak nampak! " arah Aisyah. Pandai kau tukar belit cerita eh Aisyah! Bagus!

"Eh kau jangan nak menuduh sana. Kau yang bawa basikal macam nak berlumba. Dah tu calarkan kereta aku! "

"Adik masuk dulu. Nanti abang masuk! " ujar Aarif tanpa nada.

Aisyah hanya angguk. Kelihatan riak wajah abang nya yang serupa singa memang tak lah dia berani tegur. Kaki sebelah dah luka memang dia tambah sebelah lagi. Ngeri!

Ryan beriak biasa. Aarif sama kerja dengan nya. Sama sama bos dalam kumpulan Lexender Boxcy!

Aarif senyum senget sebelum sempat dia memberi tumbukan padu pada Ryan.

Ryan meringis kesakitan buat seketika. Biasa tak biasa. Sengat dia tu bukan nya kaleng kaleng!

"Sorry bro. Kalau libat adik aku aku akan balas. Kau faham faham lah. "

"Senak dowh! Lain kali beri amaran lah. Ni main terjah je! "

"Ala! Kata mafia! Kuat lah sikit! "

"Mafia tak mafia! " laju sahaja kaki Ryan memasuki klinik itu. Kerusi yang berdekatan cepat dia duduki.

"Sakit ke? Kesian dia.. " ejek Aisyah.

Ryan menoleh. Laju tangan Ryan menjentik dahi Aisyah kuat! Memang kurang garam betul budak sewel ni!

"Abang! Dia jentik dahi adik! " rengek Aisyah apabila melihat figura abang nya.

"Yang adik calarkan kereta Ryan kenapa? Sebab adik tu adik abang tu yang dia jentik. Kalau tak adik dah masuk kubur dah sebab calarkan kereta kesayangan dia. "

"Eh eleh! Kereta je pun! Bukan bernyawa pun nak kecoh! Benci lah! "

Selang berapa minit nama Aisyah dipanggil untuk masuk ke dalam bilik membuat rawatan.

"Eh bro ikut sekali lah! Cek sekali. Ramai orang ni. Tak pasal pasal mereput juga kau dekat sini. " ajak Aarif. Aisyah membuat muka toya.

Ryan hanya akur. Lagipun ini klinik kawan mereka. Suka hati lah nak buat apa. Dia marah? Bakar terus!

"Lama tak jumpa bro! " sapa Doktor Cinta. Eh? Doktor Hamil?! Astaghfirullahallazim. Doktor Faruq!

"Sibuk! Ni hah kau cek sekali dua makhluk ni. " suruh Aarif.

Aisyah tayang wajah cemberut. Ya Allah takut nya. Arghhhh!

"Siapa dulu? "

Ryan menuding jari ke Aisyah mana kala Aisyah menuding jari ke Ryan. Aarif melihat menggeleng kan kepala.

"Kau cek budak kecil ni dulu. Kaki dia dah teruk dah tu aku tengok. Entah sama siapa dia berlumba bawa macam esok nak mampus. "

Geram Aarif. Gila tak geram pulang nanti apa dia jawab dengan Encik Marzuki. Kau bagi lah alasan logik turun dari langit sekali pun memang kau kena dengan dia.

"Adik tak nak! Adik takut! Nanti abang ni jarum adik! Sakit! " adu Aisyah. Dia menyorok di belakang abang nya.

"Jangan nak mengada lah dik! Bukan sakit mana pun. Siapa suruh bawa laju laju. Nasib tak mati je. " bidas Aarif laju.

Aisyah mencubit belakang Aarif. Mulut tu memang tak berlapik langsung!

"Aisyah meh sini. Saya nak cek dulu. Kalau tak teruk sangat saya cuci je. Tapi kalau teruk Aisyah faham faham aja lah. " kata Doktor Faruq lembut.

"Janji? Tak sakit? "

"Janji! "

"Eleh baru itu pun nak nangis. " bisik Ryan perlahan.

Aisyah menangkap tiap bait bicara Ryan tadi. Tak sakit kau kata? Meh kita jumpa bomoh kejap tukar jasad!Bagi kau rasa sakit ke tak sakit!

"Awak diam lah! Semua ni sebab awak tau tak! " marah Aisyah.

Ryan hanya buat tidak peduli. Dia hanya buat buat cek luka nya sahaja.

Seperti yang diarah, Faruq mengecek luka Aisyah yang boleh tahan teruk. Tak lain tak bukan memang kena jahit!

"Aarif kaki adik kau dah koyak sikit lah aku tengok. Mungkin sebab dia banyak berjalan kot lepas luka ni ada. " terang Faruq.

Aisyah sudah menangis teresak esak di dada abang nya. Peduli apa orang nak cakap yang dia tahu dia takut!

"Kau buat apa yang patut. Aku tak nak luka adik aku makin melarat. "

Faruq hanya angguk sebagai jawapan. Barang barang yang dia perlukan diambil seketika sebelum membuat rawatan.

Aisyah sudah memeluk erat badan kekar abang nya. Wajah di sembam di dada abang nya sebelum suara jeritan kedengaran dia ruang itu.

Ryan tersenyum sinis buat Aisyah. Sumpah dia cakap perangai Aisyah serupa budak ribena! Aku lain, aku kuat!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro