Bab 7❤
Aisyah yang baru keluar dari bilik tidurnya terus menerpa ke arah abang nya yang sedang memakai kasut sukan di muka pintu.
Aisyah menguntum senyuman bermakna. Aisyah berlari ke arah abang nya. Bahu abang nya ditepuk.
"Hai abang! Abang nak pergi mana? " terjah Aisyah. Lengan abang nya dipaut mesra.
"Abang nak jumpa kawan sekejap. Syah tolong jaga rumah eh. " pesan nya. Belum sempat mahu membuka langkah Aisyah segera menyambar tangan Aarif.
"Nak ikut! " pinta Aisyah dengan riak wajah comel.
"No! Adik duduk rumah. Jangan memandai nak keluar sana. " Aisyah ikut bukan masalah dapat diselesaikan tapi masalah baru yang datang. Budak ini bukan betul sangat.
"Kenapa? Abang nak jumpa girlfriend eh? " usik Aisyah. Lengan abang nya dicucuk cucuk.
"Mulut tu jaga sikit eh! Abang cili cilikan mulut adik nanti! Abang ada kerja nak buat. Syhh! Syhh! " halau Aarif.
"Owh abang halau adik eh! Tunggu adik bagi tau Dayang yang abang suka dekat Dayang! Ingat adik tak tahu ke! " ugut Aisyah. Ni Aisyah lah siapa tak kenal!
Membuntang mata Aarif mendengar. Mulut adiknya ditekup segera dan membawa nya ke hadapan kereta.
"Hish apa abang ni! "
"Bila masa pula abang kata abang suka kawan adik. Jangan nak memfitnah sana eh. "
"Ye lah tu. Tak pa lah kalau macam tu. Nanti adik bagi tau dekat Dayang yang abang tak suka dekat dia. Dia suka dekat abang tau! Bertepuk sebelah tangan lah gamaknya. "
"Diaa suka abang? " soal Aarif takut takut.
Aisyah menangguk sebagai jawapan bagi persoalan Aarif. Dah lama kot si Dayang tu suka dekat mamat Aarif ni.
"Abang tak suka dia ke? Kesian dia bang.. Abang tau tak Dayang selalu stalk ig abang tau. " cerita Aisyah beria.
"Yeke? Suka sangat tu! " mendengar sahaja Aarif mula rasa teruja. Si Dayang tu sudah lah lawa. Tapi lawa lagi adik aku lah. Baik kau kata lawa sebelum aku cari kau dekat rumah!
"Ermm.. Syah! " laung Dayang seraya berlari anak mendekati Aisyah. Sesekali dia betulkan tudung selendang nya yang jatuh.
"Hah! Kenapa? Kacau betul kau ni! "
"Sorry lah. Aku nak tanya dekat dapur ada asam keping dengan daun kantan ke? Sebab aku nak masak laksa. Kau cakap semalam nak makan kan? Tu yang aku nak buat ni. "
Senduk nya dihayun kan berkali kali. Seketika di mengerling lelaki di sebelah Aisyah. Siapa lagi kalau bukan bakal suami aku! Heh!
"Aku rasa takda lah. Bunga kantan kau boleh ambil dekat belakang rumah. Asam keping je aku rasa takda. Takpa nanti aku beli. "
"Kalau macam tu aku pergi belakang dulu lah. " ujar Dayang sebelum berlari anak lagi ke belakang rumah itu.
"Abang! Abang! " jerit Aisyah.
"Hah!? Kenapa? Kenapa? " kalut Aarif. Badan adiknya dibelek belek.
"Hish! Apa pula adik! Abang lah. Amboi abang sekarang kemain lagi tengok anak dara orang atas bawa eh! Kasi tau ayah baru tau. " dicerlung tajam abang nya. Belum jadi isteri lagi! Mana boleh!
"Bila masa abang tengok anak dara orang. Abang tengok anak dara encik Marzuki ni hah! Entah bila nak kahwin. " seloroh Aarif.
"Apa apa lah! Ni adik nak ke kedai kejap boleh kan? Tak jauh pun. Adik naik basikal abang. Boleh kan? " izin Aisyah. Kau tak minta izin? Memang sampai rumah kau kena hentuk dengan tongkat encik Marzuki. Sakit tu!
"Pergi lah. Jangan lama lama sangat. Bahaya. Adik tu anak dara lagi. Ingat, jangan nak menggatal dengan jantan sana eh! " pesan Aarif namun terselit amaran nya disana.
"Apa pula! Dah pergi lah! Tadi kata nak cepat sangat. "
"Nak pergi lah ni. Hati hati jalan tu. "
"Abang pun sama. "
Selang berapa minit kereta milik Aarif mula menghilang dari pandangan nya. Dengan itu juga diambil sebuah basikal. Dengan semangat nya dia mengayun basikal itu dengan laju.
Dengan tidak sedar Aisyah mengayuh basikal nya dengan kelajuan yang maksimum sehingga hampir berlaga dengan sebuah kereta.
Aisyah menarik brek basikal dengan sekuat hati nya. Ya Allah jangan lah awal sangat ajal aku. Aku belum kahwin! Huaa!
Kereta tersebut pun berhenti apabila ada seorang gadis yang sudah pun jatuh dihadapan kereta nya. Pintu kereta dibuka. Segera dia mendekati gadis itu.
"Kau tak apa apa? " soal nya terus.
Aisyah meringis kesakitan. Dapat dia lihat darah yang keluar banyak di buku lali nya. Adui!
Aisyah menoleh. Kau cuba teka siapa aku jumpa? Kecik sangat ke dunia ni hah sampai dekat kampung aku pun aku boleh jumpa dia? Siapa lagi kalau bukan mamat buta tu!
"Awak! "
Ryan membuka cermin mata hitam nya. Dikecilkan mata nya sebentar sebelum satu ketukan di beri buat gadis itu.
"Apa ni! Dah lah langgar orang sekarang nak main ketuk ketuk pula! Amboi banyak cantik muka awak! " marah Aisyah.
"Memang cantik pun muka aku! Nak salah kan orang lagi? Kau yang bawa basikal buruk kau ni macam pelesit nak salahkan orang. Hei banyak jamban muka kau! " balas Ryan puas hati. Nasib hari ini mood aku baik. Kalau tak... Memang berterabur daging daging dia dekat sini.
"Banyak jamban? Muka lawa macam ni awak kata banyak jamban! Celah mana jamban dia tu hah! Dan awak kata basikal abang saya basikal buruk. Ni dah melampau ni! "
Dicari ranting kayu yang berdekatan sebelum sempat dia membuat tanda tangan yang secukup rasa di kereta mewah milik lelaki itu.
"Heh! Sekarang basikal saya dengan kereta awak lebih kurang sama level! Buruk! "
"Berani kau calarkan kereta aku! " jerit Ryan kuat. Jelas riak wajahnya penuh kemarahan.
"Kenapa? Nak marah? Marah lah! Saya panggil abang saya nanti! Bukan setakat calar kereta je. Muka awak yang macam bontot lembu tu pun tercalar. " ejek Aisyah.
Tanpa melengah kan masa lagi. Basikal nya diambil lalu dihayun meninggalkan Ryan yang yang sibuk melihat kecalaran kereta nya.
"Kau tunggu! Kau ingat muka kau tu lawa! Kau dengan beruk lebih kurang sama. Sama sama buruk! "
Aisyah hanya mengendahkan sahaja bicara si orang gila. Dah lah kaki nya sekarang berdenyut denyut bagai nak rak! Nasib aku tak umban je muka perasaan handsome tu dekat sawah padi. Biar puas hati aku!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro