Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 51❤

"Aisyah kau buat apa dekat sana huh? Sini kau! Makan sekarang! "

"Honey.. Jangan degil boleh tak? Aku gigit kau kejap lagi! "

"Eh eh! Siapa benarkan kau sapu rumah ini? Aku ada kan? Duduk! "

"Stop! Siapa benarkan kau masak? Kau tengah pantang kan? Asal degil sangat ini? "

"Aisyah duduk makan sekarang! Jangan nak mengelat aku cium kau kang! Cepat! "

Dan banyak lagi. Sehari boleh penuh taik telinga dengar bebelan Ryan. Sehari banyak pantang larang nya. Berlainan pula itu. Belum masuk hari kedua? Tak nak keluar bilik terus kau.

Aisyah melangkah kaki perlahan lahan ke bilik air dengan kain sarung nya itu. Masih terasa pedih walaupun sudah lama dia terbaring di katil hospital.

Apabila keluar sahaja dari hospital ini lah jadinya. Ryan Rykal bertukar. Dari seorang mafia jadi seorang yang overprotective!

Ini lah rasa nya bila dapat laki overprotective. Menyesal dia minta perkara ini dahulu.

"Honey... Nak pergi mana tu? " sergah Ryan dari muka pintu.

Aisyah berdecit. Mula lah tu nak bagi nasihat bebelan dia itu. Aisyah memaksa dirinya untuk senyum dan berpaling menghadap Ryan yang sedang berpeluk tubuh memandang.

"Nak ke tandas hubby. Kenapa nak ikut sekali masuk ke? " perli Aisyah dengan niat mahu ingin suami nya itu cepat cepat beredar namun lain jadinya.

"Boleh juga. Takut takut nanti kau jatuh kan? Jom. "

Ryan berjalan mendekati Aisyah. Aisyah sudah terpempan. Muka nya dicebik.

Tangan Aisyah diraih lalu membawa nya masuk ke dalam bilik air namun semuanya terhenti apabila Aisyah menahan diri dari terus berjalan.

"Kenapa? Kata nak ke tandas tadi kan? "

"Memang lah nak ke tandas. Tapi bukan dengan hubby. Aisyah nak pergi sendiri. "

Ryan membalas renungan si isteri. Lemah betul dia melihat renungan itu. Minta simpati lah tu. Macam lah aku tak tahu gaya dia itu.

"Aku teman. Tak ada alasan. Aku tak nak perkara macam hari itu berulang lagi. Jom! Kau ini bukan boleh percaya sangat. "

Pernah sekali itu Aisyah dikejarkan ke hospital balik kerana jahitan nya terkoyak hasil dari lantai yang licin. Seminggu juga lah kena bebel benda yang sama oleh Ryan. Dah macam mak marah anak.

Aisyah sudah mencebik. Tangan si suami ditepis lembut sebelum melangkah pergi namun belum sampai setengah jalan dirinya terasa di apungan.

Ryan mencempung Aisyah dengan berhati hati. Degil sangat budak ini kalau tak kena paksa mana dia nak buat. Apa? Dia nak tahan diri dia dari buang air kecil?

"Degil kan? Siap kau lepas ini. "

Ujar Ryan. Aisyah apa lagi. Pasrah lah dengan semua ini.

Ryan senyum senget. Pintu bilik air ditendang sedikit bagi meluaskan ruang agar senang mereka masuk.

Aisyah diletakkan di kerusi meja solek di dalam bilik air tersebut. Aisyah masih berpeluk tubuh dengan menguis kakinya sesama sendiri.

Ryan mengeluh. Degil betul!

"Aku tunggu dekat luar. Aku bagi masa seminit. Kau tak keluar masuk. "

Serentak itu Ryan keluar dari bilik air tersebut. Kunci? Jangan harap!

Ryan menoleh ke jam nya. Mahu tunggu seminit pun macam tunggu sebulan. Ryan menoleh ke pintu bilik air pula. Nak masuk belum sampai seminit kang kena teriak. Mampus aku.

Ryan sudah gelisah. Tidak dengar bunyi air atau apa apa pun dari arah bilik air itu.

Tidak peduli apa Apa Ryan terus meluru ke bilik air itu. Namun belum sempat dia mahu memegang tombol pintu tandas ianya sudah terbuka dari dalam.

Berkerut dahi Aisyah memandang Ryan. Dia tunggu depan ini ke tadi?

"Nak apa ni? Nak masuk juga ke? "

Soal Aisyah minta kepastian. Berkedip matanya melihat Ryan. Ryan menggeleng seraya merapikan rambutnya.

"Dah siap kan? Sekarang turun makan. "

Aisyah menoleh ke jam dinding. Awal lagi nak makan tengah hari.

"Awal lagi lah hubby? Hubby ni kenapa sebenarnya? "

"Awal ek? Kalau macam itu kau turun masak. "

Lagi berkerut dahi Aisyah. Demam ke suami nya ini?

"Hubby kan tak izinkan Aisyah masak? "

"Betul juga. Kalau macam itu kau baring je lah main dengan Aryan dan Ryanna. "

Serentak itu Aisyah memeluk pinggang Ryan. Dia tahu sangat sikap Ryan ini. Bukan sekali dia dah berkali kali pun.

"Teman lah Aisyah main dengan diorang. Buat apa duduk bawah seorang seorang. "

Lembut dan mendayu sahaja suara Aisyah. Ryan apa lagi turuti sahaja permintaan si isteri.

Bahu Aisyah diraih. Mereka naik ke katil dengan berhati hati. Takut kejutkan si kembar ini tidur. Dah kenyang apa lagi tidur lah.

Aisyah menepuk perlahan lahan si kembar. Ryan memandang Aisyah sambil menongkat kepalanya dengan sebelah tangan.

"Honey.. "

Aisyah menoleh kepada Ryan namun perbuatannya masih berterusan.

"Nothing. I just wanna see my beutiful wife. "

Puji Ryan. Macam biasa perempuan kalau kena puji apa jadinya? Kembang semangkuk lah muka dia.

"Iya ke cantik? " mata Aisyah dikecilkan memandang Ryan.

"Eh tak tak cantik. Macam mangkuk jamban itu huh. "

Aisyah membuat muka cemberut. Yang dia pun cakap macam itu kenapa? Kan dah mendapat.

Ryan senyum lebar melihat sikap isterinya itu. Comel sahaja. Kalau bukan disebabkan pantang dah lama kena gigit budak ini.

❤❤❤

"Aisyah macam mana? Sakit lagi? " soal Aarif prihatin.

"Tak sakit dah. Ada orang jaga kan. Sehari dia jaga sihat terus. " balas Aisyah.

Ryan terus menoleh. Amboi sedap engkau memerli suami kau ek? Seronok lah tu buat dosa. Ryan menjeling.

Aisyah tertawa kecil. Laki nya itu kalau bab bab kena perli macam itulah. Ini kalau tak ada tetamu ini dia balas dengan kaw kaw! Sampai kah pun terchiduk!

"Abang bila nak kahwin? " soalan itu membuat semuanya menoleh ke arah Aarif.

"Ha'ah kan? Aarif bila nak kahwin. Tak sabar nak makan nasi minyak ini. "

Celah Jordan. Syaril dan Wong pura pura membuat gaya lapar. Amboi..

"Aku tak lama lagi nak kahwin. Yang kauorang ini bila nak cari pasangan? Kesian kan? Tak ada yang nak. "

Balas Aarif. Ambik kau! Terchiduk terus mereka bertiga. Diam menunduk terus. Geli hati mereka semua melihat gelagat tiga semangkuk ini.

"Sudah sudah lah itu. Aisyah ada ramai kawan perempuan tau!Semua lawa lawa belaka. Dengar dengar mereka pun tengah mencari. "

Terus sahaja mereka menoleh ke arah Aisyah. Dengan itu mereka berlari ke arah Aisyah namun terhenti secara mengejut sehingga menyembam ke lantai.

"Semeter. Kau ingat ini siapa? Bini kau? Jauh jauh! " halau Ryan. Kakinya menyepak mereka bertiga.

"He'eleh! Gua pun ada ma! Bukan lu sahaja. " cebik Syaril.

"Ini mesti Qaira kan? " soal Aisyah.

Syaril terpempan. Pura pura dia tidak dengar soalan Aisyah. Segera dia mengalih topik.

"Aisyah mana si kembar? Rindu pula dengan mereka... " ujar Syaril.

"Sejak bila kau bercinta dengan staf aku ini huh? " cantas Ryan laju. Kening nya dijongket berkali kali.

"A--asal nak gaduh? M--meh lah! " gugup Syaril namun masih berjalan dekat dengan Ryan.

Selangkah Ryan kehadapan seribu langkah kebelakang Syaril dibuatnya.

"K--kau bukan lawan aku. "

Kata Syaril buat buat tidak takut. Padahal dalam hati disebut berkali kali emak nya. Anak emak lah konon.

Semua disana tertawa melihat gelagat Syaril dengan Ryan. Ingat dah habis? Belum lagi ya. Syaril ini acah acah je kuat sekali kena lembik terus!

Seperti nya MMM tinggal beberapa bab sahaja lagi. Really really hope you guys enjoy it.

So sempena nak habis dah ini kan. Author nak buat gamelah. Game ini adalah kauorang kena buat pantun bertemakan MMM ini.

Boleh en? Pleaseeeeee 🥺🥺

Boleh tak? Pantun kauorang akan Author screenshot dan hantar ke?

Hati saya! ❤


Pantun kauorang akan author balas satu persatu. 🤪

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro