Bab 5❤
PAP!
Berdesing telinga mereka bertiga mendengar bunyi hempasan kuat dari Ryan. Tau lah kaya tak payah lah nak hempas pintu kuat kuat.
"Bos. " dengan sengihan Syaril memanggil bosnya.
Ryan menoleh dengan wajah yang cukup berang dan mampu membuat anak buah nya kecut perut. Dicerlung tajam anak buah nya terutama Syaril.
Syaril sudah kecut perut. Terasa kesat sahaja air liur nya sekarang. Otak saraf nya tidak berfungsi seketika. Spontan dia tertunduk tidak mampu membalas renungan si bos.
"waste my time! " katanya lalu membuka langkah menuju ke bilik nya.
Dari bawah mereka dapat dengar bunyi pintu dihempas kuat. Terkejut mereka semua dibuatnya.
"Kenapa tu Wong? " bisik Syaril. Yelah dalam rumah ni banyak telinga telinga bosnya.
"Sebab perempuan. " Wong pun tidak sangka yang gadis tadi langsung tidak kecut perut pada Ryan.
"Citer lah weh! Kami semua pun nak tahu gak! " kata Syaril. Wong memerhati semua dan anggukan dibalas.
"Tadi ada seseorang perempuan langgar bos. Lepas tu dia salahkan bos dan cakap bos buta. Yang paling penting perempuan tu tak takut mati weh. Dia ingat pistol yang bos acu dengan dia pistol mainan. Dia kata lagi dia tak main pistol pistol sebab hanya untuk budak lima tahu je. "
Cerita Wong bersungguh sungguh. Mereka pun geram gak cakap macam tu dengan bos mereka.
Terlopong mulut mereka semua yang mendengar nya. Ada kah patut! Mereka yang kerja bertahun tahun dah pun takut nak tegur apa tah lagi nak cakap macam tu.
Di bilik Ryan menghempas diri nya di katil King nya yang empuk. Namun itu peristiwa tadi masih segar diingatkan nya.
"Siap kau perempuan aku jumpa kau lepas ni mampus kau aku kerjakan. Aku robek robek mulut puaka kau tu! " ujar Ryan sendirian.
Ditendang tiang katil miliknya dengan kuat. Pistol diambil lalu ditembak selamba di dinding biliknya.
Pintu diketuk bertalu talu dari luar bilik menghentikan perbuatan Ryan serta merta.
"Masuk! " arah Ryan.
Terpantul wajah Hyder di muka pintu. Riak wajah nya langsung tiada secalit senyuman.
"Nak apa? " soal Ryan datar. Dia nak tenangkan fikiran nya sekarang ini. Dia tidak mahu amarah nya dilepas pada adik atau anak anak buah nya.
"What going on? Kau buat apa sampai kecoh U Hyder jadinya. "
Ya kecoh jadinya universiti dia sebab abangnya berani berani keluarkan pistol nya. Suara dia jerit tadi bukan kaleng kaleng. Sampai tandas belakang U pun boleh dengar.
"What? That girl is messing with me. "
"Why you show your gun. "
"Because I want to shoot her. "
"Are you crazy Ryan?! "
"The girl is trying to flirt with me. Nasib kau datang kalau tak mati dah perempuan tu aku kerjakan. "
"Don't you dare to do that again. Hyder tak nak benda ni jadi isu dekat U nanti. So behave or you gonna have problem. " pesan Hyder sebelum menepuk bahu Ryan dan beredar dari situ.
Dia tahu dia telah buat kekacauan di universiti Hyder tapi sebab perempuan mulut puaka tu! Argh!
"Takpe! Ada ubi ada batas, lain hari aku balas! Siap lah kau perempuan. "
Ketawa sinis kedengaran di ruang bilik itu.
~♥~~♥~~♥~
"Syah aku nak ke tandas jap. Kau tunggu sini sekejap eh. " pinta Dayang.
"Yelah aku tunggu kau dekat kantin. Cepat sikit. "
Dayang menangguk lalu berlari anak menuju ke tanda perempuan. Manakala Aisyah sudah membuka langkah ke kantin.
Meja kosong yang terdapat di sana segera didekati. Aisyah melabuh punggung nya di kerusi itu. Telefon Samsung A8 dikeluarkan.
Asyik dia leka bermain telefon kerusi yang berada di hadapan nya ditarik lalu figura itu duduk berhadapan nya.
"Eh kejap juga ka---" Aisyah mengangkat wajahnya sebelum percakapan nya terhenti.
Wajah Hyder terpampang di layar mata dan bukan lah Dayang maupun Riana.
"Kenapa awak duduk di sini? " Aisyah melihat sekeliling masih banyak meja kosong. "Masih banyak meja kosong dekat sini. "
Kekok rasanya apabila Hyder hanya diam dan merenung dirinya tajam. Dia ada buat salah ke? Seketika dia berfikir.
Peristiwa kelmarin menjelma. Spontan berubah riak wajah Aisyah. Sengihan ditayang buat Hyder.
"Kalau pasal semalam tu saya minta maaf lah ye. Saya tak sengaja nak marah atau ejek abang awak. Saya terlepas kemarahan saya pada abang awak. Sorry. " pinta Aisyah sebelum menunduk wajahnya.
"Aku tak marah kau pun. Aku minta maaf sebab nyaris nyaris kau nak kena bunuh semalam. Aku minta maaf bagi pihak abang aku. " katanya.
Aisyah berjeda seketika. Bukan salah aku ke? Lantaklah yang aku tau adiknya lagi elok daripada abang.
"Takpe lah. Saya dah lupakan pun. Anyway abang awak polis ke? Sebab kalau tu pistol betul dia dapat dari mana? " Pelik Aisyah. Tak semua orang ada pistol tau!
Hyder tersentak. Soalan ini lah dia takut nak jawab. Bukan Aisyah saja kawan kawan nya yang lain pun ada tanya. Soalan maut!
"Ermm pasal tu awak tak perlu tau. " balas Hyder lalu beredar.
Aisyah kebingungan. Tak perlu tau? Hey! Dia nyaris nak bunuh aku kau tau tak! Asal aku tak boleh tau pulak!
Selang berapa minit Dayang berlari anak menuju ke tempat di mana Aisyah berada.
"Sorry Syah aku lambat. " ujar Dayang dengan nafas nya tercungap cungap.
"Kau pergi membuang ke kau buat mangkuk tandas. " perli Aisyah.
Mula lah nak perli orang. Baru lambat lima minit dah bising. Aku bagi kang!
"Maaflah. Itu pun nak marah!"
Mereka pun mengambil makanan lalu makan bersama sehingga waktu kelas mereka tiba. Riana pulak sudah lama menghilang bersama boyfriend nya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro