Bab 49❤
Bunyi geseran pisau yang sangat nyaring itu memecah kesunyian di dalam bilik penyeksaan itu. Sesekali kedengaran pula bunyi jeritan bergema.
Jeritan yang paling disukai oleh Ryan. Biar jeritan itu berterusan sehingga dia tidak mampu mengeluarkan suaranya.
Fikri sudah seperti mayat hidup. Keadaan nya sungguh teruk dengan badan yang banyak tompok tompok hasil daripada Ryan sendiri.
Tiada seorang pun yang menyeksa Fikri melainkan dia. Aarif? Sesekali itu ada namun hanya sedikit sahaja.
"Aku akan buat kau menderita lebih daripada isteri dan anak aku rasa. Ini baru permulaan. "
Suara itu.
Suara itu susah sangat didengari tika ini. Hanya arahan sahaja yang keluar dari mulut itu. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi yang meluncur keluar dari mulut itu melainkan amarah semata mata.
Bahkan senyuman pun tidak lagi meniti di bibir itu lagi. Hanya senyuman sinis namun kadang kala tiada senyuman langsung meniti di bibir itu.
Kotak fikiran Ryan asyik memikirkan anak dan isterinya yang masih dalam pemantauan doktor. Tiada lain yang difikirkan dalam fikiran nya kecuali itu.
Buku lima digenggam erat. Asal muncul sahaja wajah Aisyah air mata pasti menitis. Tangan ini pasti ingin menumbuk wajah yang menyakiti isterinya.
Apabila wajah kembarnya muncul di kotak fikiran pasti hati ini menjerit kesakitan. Wajah kembarnya. Wajah baharu. Wajah yang dirindui nya selalu.
Syaril yang diluar pintu pintu penyeksaan itu teragak agak mahu masuk. Sekarang tiada siapa berani mahu mendekati Ryan lagi lagi mahu diajak berbual.
Jelingan Ryan pun sudah mampu membuat lutut ini bergetar. Syaril menggaru kepalanya kasar. Kenapa harus dia yang menghantar khabar ini?
"Adu mak. Mak kite takut lah. Takut Ryan makan kite lah mak. "
Seloroh Syaril. Jauh sangat pemikirannya. Siapa sahaja tidak takut? Sifat Ryan yang dahulu sebelum berjumpa dengan Aisyah kini datang menjelma.
Syaril menarik nafas panjang sebelum perlahan lahan mengangkat tangan.
Ketukan diberikan. Sampai ketukan ketiga Syaril diizinkan masuk ke dalam bilik tersebut.
Bau pertama yang Syaril hidu adalah bau darah. Bau hanyir itu kuat menusuk ke dalam rongga hidung.
Syaril hanya mampu menahan. Kang kalau kau tutup hidung tak pasal pasal ada yang kena. Pernah sekali itu seorang budak baharu masuk ke dalam bilik ini dan menutup hidung nya serta mengadu tentang bau itu. Kena buang kerja terus! Sebab alasan?
"Jangan mimpi kau boleh jadi ahli kumpulan aku kalau bau darah pun kau tak mampu nak tahan. Kalau selepas ini aku bagi kau kerja tapi disebabkan bau darah ini kau gagal. Memang parang lah jawabnya. "
Disebabkan itu budak yang baharu masuk dua minggu diberhentikan kerja.
"Kau datang sini nak apa? Nak jadi pengganti dia. "
Syaril terus sedar dari mengelamun, tanpa sedar Ryan sudah berdiri depan nya kini dengan pandangan tajam nya.
"T---ta--tak! Aku datang nak beri ini. " gugup Syaril serta mengalihkan pandangan nya. Takut pula nak berhadapan dengan Ryan tika ini. Rasa dia macam kau tangkap anak harimau. Kau cuba lah sekali salah langkah NGAP! jawabnya.
Files bertukar tangan. Laporan itu diteliti oleh Ryan tanpa ada yang terlepas pandang sikit sekali pun. Kerusi yang tersedia di sana tempat Ryan melabuh punggung.
Syaril pula lain kerjanya. Diteliti setiap sudut bilik itu. Namun pandangannya terhenti pada sekujur tubuh yang tergantung.
Kaki di atas. Tangan di bawah. Dengan darah yang menitik lebat. Rupanya seperti baru sahaja dibelasah.
Syaril menelan air liur nya kesat. Ryan dipandang sekilas. Takut jika dia sudah siap meneliti.
Dengan seluar pants, tidak berbaju menampak kan otot otot Ryan lagi menampakkan sisi gelap nya itu. Aura dia lain matciam!
"Cari perempuan ini sampai jumpa. Jangan biarkan dia terlepas. Dia.. Juga berhutang darah dengan aku. "
Arah Ryan. Gambar perempuan dari sisi itu diperhati. Jelas perempuan itu juga turut berada di gudang pada hari itu.
Syaril mengangguk laju. Laporan tersebut diambil sebelum mengangkat kaki keluar dari bilik itu.
Ryan kembali ke tempatnya. Sisa darah yang masih melekat di badannya dilap menggunakan kain basah.
Jam rolex nya dipandang sekilas. Sudah masuk tengah hari. Masa untuk dia melawat isteri dan anaknya.
Ryan membuka langkah menuju ke arah Fikri sambil menyarungkan sarung tangan. Sampai sahaja Ryan menunduk sedikit badannya untuk berada betul betuk di wajah lelaki itu.
Dagu Fikri dicengkam. Digoyangkan ke kiri dan kanan sebelum melepasnya dengan kasar.
"Sakit ek? Tak apa lah. Bukan nya lama pun. Tunggu isteri aku bangun mati lah kau. Tapi selagi isteri aku belum buka mata jangan mimpi kau akan terlepas dari semua ini. "
Ditampar dan ditumbuk perut Fikri sebelum Ryan mengangkat kaki mahu keluar dari bilik itu. Namun belum sampai setengah jalan Ryan terhenti.
"Aku ingatkan isteri kau dah mati. Belum lagi rupanya. Aku lebih rela kena seksa macam ini daripada tengok kau berbahagia dengan dia. Aku tahu setiap malam kau datang sini kau belasah aku cukup cukup sampai pagi sebab nak lepaskan amarah kau kan? Sebab kau nak lepaskan apa yang terpendam dalam hati kau kan? Puas hati aku tengok kau terseksa macam ini. Dan aku harap kau akan lebih terseksa selepas tengok isteri kau... Mati.. "
Ryan mengetap bibirnya kuat. Pusing sahaja kepala itu disepak nya kuat sehingga tubuh itu terlepas dari gari. Terbuang tubuh itu ke tepi.
Belum habis dengan itu Ryan mengambil pisau yang sudah diasah nya tadi sebelum kembali kepada Fikri.
Wajah itu digenggam nya. Lidah Fikri dipaksa keluar sebelum libasan terputus lidah itu. Senyuman sinis diukir Ryan.
Fikri menjerit kesakitan dengan menggeleng geleng kepalanya menahan sakit. Ryan melepas kan pisau itu lalu berlalu pergi dari situ.
"Jaga dia. Gantung dia balik. " arah Ryan tegas kepada pengawal yang menjaga diluar pintu itu.
Pengawal tersebut menangguk sebelum mereka masuk ke dalam bilik itu. Kalau tiada kebenaran jangan harap mereka dapat jejak ke dalam bilik tersebut.
❤❤❤
Kolar baju dibetulkan. Rambutnya pula dirapikan sehingga dia berpuas hati. Cincin kahwin nya dipakai.
Perfume disembur pada depan, belakang badan dan lehernya. Takut jika bau darah itu melekat di badannya.
Kunci kereta dicapai sebelum laju kakinya menuruni anak tangga. Kereta sport nya dinaiki sebelum kereta itu meluncur laju di jalan tar tersebut.
Akhirnya setelah setengah jam berlalu kini Ryan sudah berada di Hospital Shah Alam.
Kereta nya diparkir. Enjin kereta dimatikan sebelum dia keluar melangkah ke dalam hospital tersebut.
Bilik wad 332 iaitu bilik VVIP yang menempatkan isterinya ditujui. Keluar sahaja dari lif dia melangkah laju ke bilik tersebut.
Terpempan Ryan seketika apabila tiada bayang isteri langsung di dalam bilik tersebut mahu pun di dalam bilik air sebelum satu suara menyapa pendengarnya.
"Assalamualaikum. "
Assalamualaikum dunia. Bangun lah semua. Lihatlah pada diri kita semua serupa
Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia
Heyyo wassap ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro