Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48❤

Ryan bergegas masuk ke Hospital Shah Alam itu dengan baju yang diliputi darah. Seketika dia ternampak kereta yang dipandu oleh Adryil.

Laju sahaja Ryan menyergah kereta itu. Pintu belakang dibuka kelihatan isterinya yang terbaring lemah. Tanpa membuang masa Ryan mencempung isterinya lalu membawa masuk ke dalam hospital.

Masuk sahaja nurse datang menolongnya dengan membawa hospital bed. Tanpa berlengah lagi mereka meletakkan Aisyah ke atas katil itu dengan berhati hati.

Electrocardiograph dikeluarkan oleh salah seorang doktor bagi memeriksa denyutan jantung Aisyah.

Disebabkan keadaan Aisyah yang sedang mengandung mereka keluarkan alat Cardiotocograph bagi mengesan jantung janin di dalam perut Aisyah.

"The patient has a weak heartbeat. ICU room now! " arah satu doktor. Nurse menangguk faham dengan segera mereka menyorong katil itu masuk ke bilik ICU.

Sementara itu mereka menggunakan Defibrillator bagi memberikan kejutan elektrik kepada jantung bagi mendapatkan denyutan jantung stabil.

Luluh. Ya luluh hati seorang suami melihat keadaan isterinya yang sedang kritikal lagi lagi dikejar kan ke bilik ICU.

Tangan Aisyah digenggam nya erat. Hatinya sakit melihat isterinya dalam keadaan begitu. Entah apa yang dirasakan oleh Aisyah. Yang dia harap Aisyah kuat melawan sakit itu.

"Encik kami akan membuat pembedahan lebih lanjut bagi keselamatan anak dan isteri Encik jadi kami perlukan kebenaran dari Encik sebelum memulakan operation. " ujar nurse wanita itu.

Ryan memandang Aisyah. Operation perkara yang paling dia benci. Paling dia tidak suka. Tapi apakan daya jika itu yang terbaik buat isterinya.

"Saya setuju. " kata Ryan lemah.

"Sila ikut saya. " kata nurse itu lagi. Ryan melepas kan tangannya. Dahi Aisyah dicium lama.

"I know you're strong baby girl. It does not take long time. Defend for me Aisyah. Please hold on. I faithfully wait for you here. "

Tulus sekali ucapan Ryan. Menitis air mata jantannya melihat isterinya.

Serentak itu katil tersebut dibawa masuk je dalam bilik pembedahan. Ryan terduduk lemah didepan pintu tersebut. Wajahnya disembam di lutut.

Walau tiada bunyi tangisan tapi itulah tangisan yang paling sakit dan dalam. Menahan diri dari terus nampak kuat. Sakit.

Adryil memandang Ryan dari jauh turut merasa simpati. Siapa sahaja yang mampu melihat orang tersayang menderita di depan mata?

Ryan menarik nafas sedalam dalamnya. Dia kena nampak kuat supaya isterinya juga kuat melawan sakit. Dia kena kuat demi anak anak nya.

Ryan bangun serta mengesat air matanya. Jaket kulit dibetulkan sedikit sebelum berpusing pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengisi borang.

Selesai sahaja dia duduk kembali di kerusi menunggu di hadapan pintu bilik pembedahan. Tangan digenggam erat.

Ya Allah...

Aarif berlari masuk ke ruangan ICU dan terhenti melihat Ryan yang menangis pilu di hadapan pintu itu.

Ryan menangis semahu mahunya. Dia gagal. Dia gagal melindungi seorang permaisuri hati dari ancaman orang jahat. Dia gagal menjadi seorang suami.

"Ergh! "

Jerit Ryan separa kuat. Dia menghambur semua nya disana. Mahu sahaja di pindahkan kesakitan itu pada dirinya. Biar dia rasakan kesakitan itu.

Aarif mengeluh kecil. Dia juga turut bersedih. Hanya ada seorang adik tapi tak mampu dia jaga. Aisyah yang manja tak sangka dia boleh bertahan dua hari di dalam gudang itu.

Aarif mendekati Ryan dengan senyuman tipis. Perlahan lahan dia menepuk bahu Ryan.

"Aku yang salah. Silap aku. Aku tak dapat nak jaga adik kau. Aku bukan suami yang layak untuk dia. "

Aarif menggeleng. Ryan Rykal lah suami yang paling layak untuk Aisyah. Jika itulah takdir Aisyah yang telah ditetapkan tiada siapa yang mampu melawannya.

"Bukan salah kau Ryan. Allah dah tentukan semuanya. Ada berkat dibalik semua ini. Aku tahu aku tak silap orang untuk jadikan kau sebagai suami Aisyah. Kau lah jodoh selayaknya untuk Aisyah. "

Perit baginya melihat doktor yang bergegas keluar masuk membawa darah. Baju mereka yang dipenuhi darah. Mesti sukar bagi para doktor mahu menjalankan dua kerja.

Melahirkan dan mengeluarkan peluru.

Setelah enam jam pembedahan seorang doktor keluar dengan pakaian yang berlumuran darah. Ryan terus berlari mendapatkan doktor lelaki tersebut.

"Macam mana isteri dan anak anak saya? " soal Ryan terus.

"Syukur Alhamdulillah isteri Encik selamat melahirkan anak kembar sepasang. " jawab nya dengan senyuman.

"Isteri saya? "

Terus mati senyuman doktor itu apabila terpantul soalan itu dari mulut Ryan. Dia berdiam sejenak sebelum menarik nafas panjang.

"Keadaan isteri Encik sangat kritikal sekarang. Kami sahkan isteri Encik mengalami mati otak. Isteri encik mengalami pendarahan yang cukup banyak. Tekanan darah nya kurang. Maafkan kami. "

Katanya turut tumpang simpati. Terpempan Ryan mendengar setiap bait kata kata doktor itu. Mati otak? Koma?

Menitis lagi air mata Ryan. Bukan senang dia mahu menerima hakikat tentang khabar isterinya.

❤❤❤

Malam berganti pagi. Begitu lah berlanjutan. Tapi isterinya masih belum sedarkan diri. Masih menggunakan mesin ventilator untuk memberikan bantuan pernafasan.

Sayu sahaja dia melihat isterinya terbaring lemah sambil menutup mata itu. Mata itulah yang dia selalu pandang. Menunggu mata itu terbuka.

"Hey beauty. Good Morning. How do you feel today? Better than yesterday? I hope so. Bangun bidadari aku. "

Ucap Ryan. Dia mengelus lembut tangan Aisyah. Sudah lama isterinya terbaring begini sahaja. Dengan memerlukan alat bantuan pernafasan.

" Jangan diam Aisyah. Aku rindu telatah kau. "

Dicium berkali kali tangan isterinya. Seperti selalu dia akan luangkan masa nya disini. Bercakap bersama isteri walau hakikat dia tahu isterinya tidak mampu membalasnya.

Terkadang dia berkongsi perkara sedih gembira. Seperti apa yang isteri dia mahukan. Berkongsi perasaan.

Terkadang juga menitis air mata isterinya. Tiap kali dia mengungkapkan kata kata cinta. Bercerita tentang perkara yang lama. Ceritakan tentang bagaimana keadaan anak mereka.

Setiap itu pasti Aisyah mengalirkan air mata nya. Dia tahu isterinya dengar dan rasa perasaan itu. Betapa bersyukur nya dia mempunyai isteri yang kuat.

Kedua anak kembarnya pula masih dalam jagaan doktor kerana nadi yang lemah kesan daripada tembakan.

Betapa beratnya dia lalui semua ini keseorangan. Tanpa ada orang tersayang menyokong. Tanpa ada tulang belakang nya ini.

"I miss your smile. I miss your voice. I miss all about you baby. Wake up. I'm still waiting for you here. Just wake up. Open your eyes please.."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro