Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 47❤

Fikri meregangkan badannya setelah duduk kesian kalinya. Matanya dipejam seketika sebelum ada yang mengganggu perbuatannya itu.

Raisha menghentak hentak kaki masuk ke dalam ruangan itu. Badan dipeluk buat sementara waktu sebelum menghenyek punggung ke kusyen empuk itu.

Mau tidak mau Fikri terpaksa membuka matanya. Ketika dia penat macam inilah juga perempuan ini datang mengacau.

"You nak apa? Dahlah masuk main sergah sahaja. Datang datang buat muka cemberut. " keluh Fikri.

"Fasal perempuan jalang itulah, siapa lagi! Mulut dia itu dari dulu sampai sekarang tak pernah nak betapis! Buat sakit hati I sahaja! "

"Yang you pergi jumpa dia kenapa? Dah tahu mulut dia tu tak pernah nak bertapis pergi jumpa juga. Memang sendiri cari nahas. "

"Tak apa lah. Yang penting I dah seksa dia. Puas sikit hati I tengok dia menjerit kesakitan. Padan dengan muka tak lawa dia tu! "

Fikri hanya membiarkan Raisha luah perasaan seorang seorang. Malas mahu melayan. Makin melayan makin meroyan perempuan itu.

"Yang you ni bila nak bunuh dia huh? I dah tak sabar nak tengok perempuan tu mati. " gerutu Raisha. Matanya tajam melihat wajah Fikri yang tidak pernah serius bercakap dengannya.

"You boleh tak sabar. Kita kena tunggu laki dia datang dulu. Kalau laki dia datang tengok bini dia dah mati tak strean lah namanya. Faham? " ujar Fikri.

"Bunuh jelah apa susah. Buat apa nak tunggu laki dia datang. " bebel Raisha. Malas berlama lama dia segera mengangkat kakinya keluar dari bilik tersebut. Namun belum sampai setengah jalan siren kecemasan kedengaran kuat.

"Ergh! Tak boleh tengok aku senang betul lah! " rungut Fikri.

Dia bangun menuju je meja kerja nya. Senjata api yang bersusun rapu di atas meja diambil lalu disisip di pinggang nya.

"Kenapa? " soal Raisha terpinga pinga. Lelaki tersebut didekati.

"Gudang itu dalam masalah. Adryil pun satu! Ketika ini juga dia menghilang! Ergh! "

Dengan laju Fikri melangkah ke arah pintu bilik yang separa terbuka. Pintu itu ditendang dengan kuat sebelum meluru keluar dari bilik tersebut.

Raisha masih terpinga pinga. Tanpa berlengah masa dia juga turut mengambil senjata api yang berderet di atas meja tersebut.

Sampai sahaja mereka kelihatan ada dua kereta sport dan satu kereta Alphard menunggu di hadapan gate.

Fikri mendengus geram. Stereng kereta ditumbuknya. Raisha sudah risau. Kalau perempuan itu selamat makna nya tiada sudah peluang untuk dia seksa perempuan itu? Dan keselamatan mereka pun akan terancam.

"Apa kita nak buat ni? " lengan Fikri digoncangkan berkali kali.

Fikri merentap tangan nya. Rimas! Ketika ini juga perempuan ni mahu menggedik.

"Mana lah I tahu! "

Raisha merengus geram. Badan dipeluk, kaki disilangkan. Seketika otaknya memikirkan bermacam macam cara.

"You... Bukan ke bilik penyeksaan you tu ada jalan lain untuk ke sana? Tak silap I ada kan? Alah.... Huh! Jalan lama dari pintu belakang! Ada kan? " jerit Raisha.

Membesar mata Fikri apabila teringat akan laluan lama tersebut. Senyuman sinis diukir. Rambut Raisha diusap.

"Bagus pemikiran you. " pujinya sebelum menekan enjin ke laluan rahsia tersebut.

"Well.. "

Dengan berhati hati mereka meluncur kereta tersebut ke laluan rahsia atau lebih kepada laluan kecemasan jika saat genting berlaku seperti sekarang.

Mereka berhenti betul betuk dihadapan kayu besar yang telah rebah. Laju sahaja Fikri keluar dari perut kereta tersebut diikuti Raisha.

"You I tunggu dekat sini je ek? " ujar Raisha. Belum tentu dia dapat lepas dari kayu tersebut dengan gaunnya itu. Dahlah baru beli semalam.

Fikri mencebik sebelum mengangguk. Dia berjalan sehingga nampak satu pintu lusuh yang diliputi daun daun serta sarang labah labah.

Dengan satu tendangan pintu lusuh tersebut rebah dan terbelah kepada dua. Fikri berjalan ke laluan tersebut sehingga di terjumpa satu lagi pintu iaitu dimana keberadaan Aisyah.

Pintu dibuka jelas kelihatan dua orang pasangan sedang berpelukan. Senyuman sinis ditariknya.

Pistol dikeluarkan dari belakang. Dia mengisi peluru sebelum mengacu pada tepat belakang bayang tersebut. Picu ditarik.

Aisyah tersenyum sebelum senyumannya mati apabila nampak bayang tinggi yang sedang mengacu pistol terhadap mereka. Membuntang mata Aisyah.

Tanpa fikir masak masak dia memusingkan badannya membelakang bayang tersebut dan..

"Bang! "

Kuat genggaman Aisyah pada baju Ryan. Sakit yang dia rasakan tidak mampu digambarkan. Sakit sangat.

Ryan terpempan. Dengan perlahan lahan dia mengangkat tangannya memegang bahagian luka dibelakang badan isterinya.

Perkara pertama dia nampak adalah darah sebelum tubuh isterinya terkulai tidak sedarkan diri.

"Kejar lelaki itu! " arah Ryan kuat.

Ryan mengancing gigi. Tangannya menggenggam buku lima. Wajah sembam isterinya dipandang penuh amarah.

"Emergency now! Aisyah bleed! " ujar Ryan dari earphone pada team A yang memegang kerja sebagai maintenance equipment.

"Aisyah! Aisyah! " pipi mulus Aisyah ditampar lembut berkali kali. Sama. Mata itu masih terkatup rapat.

Sampai sahaja bantuan Ryan bergegas lari je arah pintu dari mana datangnya banjingan tersebut.

Apa yang dia nampak anak buah nya semua tumbang. Lagi membuat Ryan bengang. Bayang yang sedang berlari ke dalam semak dikejar laju oleh Ryan.

Pistol dikeluarkan. Dia menembak sahaja bayang tersebut tanpa melihat sasaran.

Shoot!

Akhirnya bayang tersebut tumbang dengan tembakan di betis. Fikri mengerang kesakitan.

Ryan berlari laju je arah Fikri. Sampai sahaja dia meretap laju kolar baju Fikri. Tumbukan demi tumbukan diberi di wajah Fikri.

"Puas hati aku! Kau tau! Aku berharap sangat isteri kau mati! "

Jerit nya dengan senyuman sinis biarpun bibirnya sudah pecah. Ryan mengetap bibirnya menahan amarah. Dia takkan sia sia peluang nya untuk menyeksa banjingan ini disini.

Belum sempat Ryan mahu memberitahu keberadaan nya Fikri lebih laju memegang kakinya sehingga Ryan tidak dapat mengimbangi dirinya.

Pistol cuba ditarik Ryan namun isi pistol tersebut telah habis. Pisau lipat yang disisip di bahagian peha diambil.

Begitu juga Fikri. Biarpun kakinya tempang sekarang dia tetap mahu menghabiskan riwayat Ryan sekarang juga.

Senyuman sini dicarik. Fikri mengelap darah di bibirnya dengan menggunakan belakang tangan.

Masing masing memegang pisau lipat tersebut dengan gaya masing masing. Ryan melangkah kaki kanan lalu memusingkan tubuhnya dengan melibas pisau tersebut di bahagian peha.

Tanpa sempat mengelak peha kiri Fikri luka. Spontan Ryan memegang peha kirinya.

Namun dia masih belum berputus asa. Pisau tersebut dilibas sesuka hati. Sasaran nya adalah nadi.

Fikri melangkah besar ke kanan Ryan sebelum dia memusingkan badannya membelakang Ryan seraya itu dia melibas pisau tersebut namun.

Biarpun sasaran tidak tepat, belakang badan Ryan mempunyai segaris panjang akibat sergahan Fikri tadi.

Dengan kesempatan itu Fikri mahu menusuk pisau tersebut di badan Ryan namun perbuatannya terhenti tatkala Aarif datang menahan tangan Fikri dari terus melakukan niatnya itu.

Fikri meronta ronta. Aarif tidak tahan dengan Fikri yang tengah agresif itu dia menghentak leher Fikri menggunakan pistol.

Sekelip mata Fikri pengsan. Anak anak buah Ryan yang lain datang menyambut dan membawa Fikri ke kereta.

Ryan pula dipapah oleh Aarif. Ryan dimasukkan ke kereta Alphard membuat rawatan.

"Isteri aku? " soal Ryan dengan wajah yang berkerut. Tercungap cungap nafas Ryan setelah banyak tenaga nya hilang.

"Adryil dah bawa ke hospital. " balas Aarif.

"Aku nak ke sana. "

Tangan tangan anak buah nya yang mahu membuat rawatan terhadap nya ditepis kasar.

"Kau kena rawat dulu lah! Ryan! Ryan! "

Tidak diendahkan panggilan Aarif. Ryan merasuki ke kereta Sport nya sebelum kereta tersebut meluncur laju membela jalan raya.


InsyaAllah dalam bulan ini My Mr. Mafia akan tamat. 🍭❤

Soo amacam?

Nak tak author double update? 🤔



















Kunci untuk part 48 🔑

100 comments with 30 Vote?

Tak dapatnya lah 😂 sooo babyee saja yang mampu ku ungkapkan 🤣

Dah dah gi tidur esok sekolah. Author tak. Muahahahhaha 😂



GoodNight❤🌙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro