Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 46❤

"Seriuslah! Kau nak kitaorang menari?! Malam malam buta macam ni?! " jerit Syaril. Perkara ini memang bodoh yang dia pernah buat.

Jordan menjongket bahu. Dah itu sahaja perkara yang dia boleh fikirkan. Nak harapkan otak dua orang ini memang sampai tak sudah tak siap kerja.

"Apa susah nya. Tarik je mereka bawa sama sama menari. Bukan nya bawa bertembak pun. " ujar Jordan.

"Eh kau cakap senang lah. Yang kena buat kitaorang. Kau?! "

"Aku dah bagi plan plus aku juga yang kena bawa diorang ke sini. "

"Amacam Wong? " Syaril memandang Wong meminta kepastian. Wong mengeluh sebelum mengangguk perlahan. Aduh memalukan betul.

"Cun! " Jordan menunjukkan thumbs up sebelum melangkah pergi dari situ.

"Belajar tau! Tak susah pun! " kata Jordan separa kuat. Diakhiri ayatnya dia tertawa melihat wajah cemberut Wong dan Syaril.

"Macam mana ni Ril. Aku tak tahu lah nak menari macam mana? Tak ke macam orang bodoh menari depan telefon. Aduh! " keluh Wong. Rambutnya dicengkam.

"Tak apa demi Aisyah! "

Jordan mengeluarkan telefon nya dari kocek seluarnya. Aplikasi tiktok dibuka sebelum volume media dikuatkan sehingga full.

"Tolong lah. Aku harap berjaya. Bismillah. " serentak itu bergema lagu ICE.  Kuat dan jelas didengari.

Pengawal yang menjaga di empat sudut gudang tersebut bergegas ke arah bunyi tersebut. Berdebar rasanya apabila menghadapi situasi tersebut.

"Cepat! Sedia sedia! " arah Jordan di earphone. Jordan berlari ke arah dimana tempat mereka tadi. Kelihatan Wong dan Syaril sudah bersedia mahu menari.

"Jangan lupa step pula. Ini baru permulaan lepas ini kalau diorang terpengaruh terpaksa lah kauorang hadap! Cau! "

Usai cakap Jordan terus berlari je arah semak. Ternganga mulut Syaril dan Wong. Kurang asam punya kawan.

"Oi! Apa kauorang buat tu! " jerit salah satu pengawal tersebut. Masing masing mengacu pistol pada mereka berdua.

"Rileks bang. Kitaorang nak buat satu tarian yang tengah trend sekarang. Sekali post boleh terkenal satu dunia! " bicara Syaril.

"Terkenal? Apa benda? "

"Abang tak tahu? Serius lah!? "

Keempat keempat pengawal tersebut mengangguk tanda tidak tahu. Pistol yang tadi nya diacu pada mereka telah jatuh.

"Kalau abang abang semua ini buat confirm gadis gadis dekat luar sana terpegun melihat abang semua! Kiri kana perempuan! " kini giliran Wong berbicara.

Terus empat pengawal tersebut datang dekat kepada Wong dan Syaril hingga lupa akan kerja mereka. Apa yang mereka ingat ingin menjadi terkenal seperti yang dikatakan oleh Wong dan Syaril.

Adryil, Ryan dan Jordan senyum sinis melihat idea mereka yang sudah menjadi dari jauh.

"Aku dah cakap idea aku memang cun punya! "

Meluat Ryan dan Adryil mendengar nya. Dari tadi tak pandai habis memuji diri sendiri. Siap dabik dada pula tu!

Seketika baru Ryan sedari. Adryil orang kuat Fikri jadi mestilah Adryil tahu dimana dan bagaimana keadaan isterinya?

"Macam mana keadaan Aisyah? "

Terpantul soalan yang tidak mampu dijawab Adryil. Dia menunduk. Serba salah dia mahu memberitahu keadaan isteri Ryan.

"Kenapa? Jawab soalan aku?! " sergah Ryan tiba tiba. Kolar baju Adryil dicengkam. Timbul segala urat dileher nya. Jordan mengundur kebelakang. Tak nak dia jadi mangsa keadaan.

"Aku tak tahu nak beritahu kau macam mana. Ye aku orang kuat Fikri. Jadi mesti kau ingat Aisyah dibawa jagaan aku. Tidak, Fikri langsung tidak beritahu aku dimana di simpan isteri kau. Cuma satu benda je yang aku nak beritahu. Aku pasti isteri kau tengah menderita waktu ini. Jelas sangat Ryan suara jeritan dia. Aku dengar pun aku tumpang kesian. Tapi apa aku mampu buat. Kalau aku halang plan kita semua hancur. "

Ya. Sakit yang dia rasakan. Kenapa mereka perlu seksa orang yang tidak bersalah? Kenapa dia jadikan Aisyah sebagai mangsa keadaan?

Ya, dia tahu orang itu mahu membalas dendam. Tapi kenapa perlu gunakan orang lain sebagai taruhan?

Yang dia tahu sekarang dia perlu ubah mimpi itu. Jangan jadikan mimpi itu terjadi di dunia nyata.

❤❤❤

"Macam mana? Kauorang dah sampai? " soal Ryan.

"Dah. Ready dekat gate. Team A ikut aku. Team B ikut kau. Team C ikut Adryil. " ujar Aarif dalam talian.

Ryan mengangguk sebelum mematikan talian. Beberapa saat kemudian anak anak buah nya seramai sepuluh orang mengikuti langkah nya.

"Team C are you ready? " soal Ryan pada kumpulan yang dikawal oleh Adryil melalui earphone yang dipakai pada mereka semua.

"Ready! " jawab Adryil semangat. Kumpulan yang dikawal oleh Adryil adalah dimana mereka berada di setiap sudut gudang dengan memegang sniper bagi persediaan. Kerja mereka senang sahaja sebagai headhunter. Hanya perlu memastikan tiada musuh yang tersorok di dalam semak.

"Team A is ready with guns, maintenance equipment and technological hardware? " tanya Ryan pula pada kumpulan pertama. Dia perlu pastikan semua bersiap sedia bagi tidak ada sebarang masalah dan halangan.

"Yes! has been ready for a long time!  " jerit Aarif. Kumpulan pertama yang dikawal oleh Aarif dimana mereka bersiap sedia dari depan depan peralatan perubatan dan mengawal bagi sesiapa musuh yang hendak masuk ke dalam. Serta mengawal sistem kawalan gudang tersebut.

Ryan tersenyum sinis. A new war has begun dude!

"Kita bahagi kepada dua kumpulan. Lima orang ikut aku ke laluan bawah. Empat get ready di pintu depan. Faham? " tegas Ryan mengarah anak buah nya.

Semua mengangguk. Tanpa membuang masa mereka segera bergegas membuat kerja yang diarahkan masing masing.

Earphone sedia diletakkan di telinga. Pistol, pisau lipat dan barangan tajam yang lain disisip di belakang badan serta peha.

Ryan meraup wajahnya sebentar sebelum dengan perlahan kaki melangkah masuk ke dalam gudang tersebut.

Terbuka sahaja pintu bau yang tidak menyenangkan menusuk ke rongga hidung. Masing masing mengambil kain lalu dilipat pada separa muka mereka.

Sejenak Ryan berfikir bagaimana lah keadaan isterinya menghadapi situasi ini. Sedangkan isterinya itu baru bau darah sudah gelabah teruk inikan pula bah seperti ini.

"Masuk setiap pintu. Jangan bunuh semua orang yang ada dalam ini. Aku nak diorang hidup hidup! "

"Baik bos! " serentak itu mereka bergegas melakukan kerja. Ryan bergerak ke laluan bawah diikuti empat orang di belakang.

Tangga lusuh itu dipijak dengan berhati hati. Tidak disangka gudang seperti ini mempunyai laluan bawah tanah.

Anak tangga ke lima mereka sudah diserang dengan tembakan di belah kanan dengan laju nya.

Silap orang nak berlawan bro!

Ryan berlari ke arah tiang kayu lusuh bagi menjadi benteng pertahanan diri buat sementara. Pistol yang tersedia ditangan segera mengacu ke arah dua orang lelaki yang sedang berbalas tembakan dengan anak buah nya yang lain.

Sasaran ditetapkan and shoot! Tepat. Kedua dua lelaki berbadan besar itu tumbang dengan hanya satu tembakan pada mereka. Tepat mengena dada.

"Line clear. " ujar Aarif dari earphone.

Ryan menangguk dan mengarah kan anak buah nya mendahului jalan melalui isyarat tangan. Mereka mengangguk faham lalu membuka langkah. Lampu suluh sedia dipasang pada kepala mereka.

"Wait for me Aisyah. "

❤❤❤

Tercungap cungap nafas Aisyah. Semakin lama dia di sini semakin berkurang oksigen. Entah dari mana lagi dia perlu mencuri tenaga. Habis tenaga nya menahan dirinya daripada bertahan melawan sakit.

Hari sudah semakin gelap. Tempatnya kini tidak ada sebarang cahaya mahu pun tingkap. Sejuk mula menguasai dirinya.

Jerit pun tiada guna nya. Siapa sahaja yang mampu mendengar nya dari dalam ini. Sunyi sepi. Bunyi haiwan pun tidak kedengaran.

Aisyah mengeluh. Tangisan demi tangisan dia hambur segalanya disana. Apa yang perlu dia lakukan agar dirinya terlepas dari situasi ini. Ya Allah..

"Don't cry Aisyah. You're strong girl right? " ujar Aisyah sendiri bagi kata kata semangat agar dirinya tidak cepat mengalah. Biarpun dia terpaksa korban kan nyawa demi anak anak nya.

Kiri kanan dipandang. Dia perlu cari barangan tajam untuk dia lepaskan ikatan ini. Ya memang mustahil untuk dia lakukan dengan keadaan nya yang tengah sarat mengandung. Tapi apa salahnya mencuba?

"Bertahan demi mummy and daddy. Jaga daddy kalau mummy tak ada. "

Dengan itu Aisyah mengesot perlahan lahan dirinya ke meja panjang. Walau pun gelap dia mampu melihat dengan cahaya mentol dari luar.

Sampai sahaja dia perlu fikirkan bagaimana hendak dia mengambil pisau tersebut.

Kaki nya cuba diangkat sehingga betul betul berada di atas meja itu. Cuba punya cuba akhirnya dia mengalah tatkala merasa sakit sangat dibawa celah kangkang nya.

"Argh! " jeritan sakit bergema di seluruh bilik itu. Berkerut dahi Aisyah menahan sakit. Tolong lah dia perlu sangat sangat batuan seseorang sekarang ini.

Ya Allah, jika benar nyawa ku sampai sini aku reda tapi janganlah Engkau menarik sekali dengan anakku. Engkau berikan mereka peluang untuk rasa kebahagiaan dan mempelajari erti dunia.

Perasaan seorang ibu yang mahu anak nya melihat dunia. Kini dia dapat rasakan bagaimana ibunya dulu bertahan demi mahukan anaknya hidup berbahagia.

Setitis air mata jatuh mengalir. Kalau lah dia dapat menyentuh anak nya. Kalau lah dia dapat usap anak nya. Itulah kebahagiaan yang tidak terungkap.

Beberapa minit berlalu Aisyah membuka matanya seluas luasnya. Bunyi tembakan bertalu talu dari luar membuat dia berfikir.

Adakah itu suaminya? Adakah itu abangnya? Apa mereka datang mencariku?

"Hubby.. "

"Periksa bilik itu! " kedengaran suara garau itu dari luar bilik. Ya dia tahu, dia kenal suara itu. Suara suami nya.

Terbuka sahaja pintu anak anak buah bergegas masuk memeriksa bilik tersebut.

"Bos ada orang dekat sini! " jerit salah satu lelaki tersebut.

Membulat Ryan mendengar. Dia berlari masuk ke dalam bilik tersebut. Terpampang bayang seseorang yang sedang diikat dengan keadaan yang sangat teruk.

Ryan berlari mendapatkan bayang tersebut. Tepat tekaan nya. Bayang isterinya yang sedang menderita namun masih mempunyai senyuman meniti di bibir wanita itu.

"Hubby? " Aisyah senyum nipis walau susah baginya untuk senyum.

Ryan mengangguk laju. Tangan nya pula ligat membuka ikatan tali di tangan dan kaki isterinya. Terlepas sahaja lantas tubuh itu dipeluknya erat bagai tidak mahu lepas.

Anak anak buah Ryan semua keluar berjaga di depan dan memeriksa kawasan lain. Aisyah senyum tipis. Akhirnya.

Timbul urat hijau di tangan, leher dan wajah Ryan melihat keadaan isterinya. Kejam. Sungguh kejam hingga menyeksa orang yang tidak bersalah sebegitu rupa.

"Hubby macam mana? Tak ada cedera? " soal Aisyah dengan tersekat sekat akibat tidak cukup nafas. Pelukan masih tidak dilepaskan.

"How dare you asked that question while your situation is getting worse at the moment?! " tengking Ryan. Bukan niat mahu marah tapi kenapa dia risaukan orang lain sedangkan dirinya sendiri dalam keadaan yang parah?

Aisyah tersenyum sebelum senyuman mati apabila nampak bayang tinggi yang sedang mengacu pistol terhadap mereka. Membuntang mata Aisyah sebelum...

"Bang! "

Kalau ada typo maafkan lah ye. Maklum lah guna sebelah tangan je.

So amacam? Tak dapat nak habiskan mesti lah ada suprise hujung kan? Lagi pun dah panjang.

Sooo

Wait for part 47❤









G. Night🌙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro