
Bab 45❤
"Siapa orangnya? "
"Baik. " Ryan mengangguk sebelum mematikan talian tersebut.
Dada langit yang hampir gelap itu dipandang sepi. Kosong. Seperti hatinya. Dia tidak tahu nasib anak dan isterinya. Apa yang mereka lalui sekarang.
Serta merta fikiran nya bercelaru memikirkan sesuatu hal. Dimana permintaan si isteri masih belum dia lunaskan. Kalau dia tahu hal ini akan terjadi sudah lama dia berubah.
Ryan yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil itu terhenti apabila melihat isterinya duduk termenung menghadap balkoni.
Tanpa berlengah masa lagi Ryan segera melangkah kaki ke arah isterinya. Losen Nivea di atas meja solek diambil sebelum melabuh punggung di sebelah isterinya.
Secalit senyuman ditarik Aisyah tatkala melihat wajah tampan si suami sebelum menghadap kembali pemandangan indah dimanja waktu senja tiba.
"Nyaman kan hubby? Tak terfikir Aisyah boleh rasa ketenangan ini. " ujar Aisyah sambil menghirup udara.
Ryan menarik senyuman nipis seraya meraih bahu Aisyah. Tepi kepala Aisyah dicium sekilas. Aisyah sudah melabuhkan kan kepala nya ke bahu Ryan.
"Aisyah harap Aisyah dapat lima perkara ini sebelum Aisyah beranak. "
Serentak itu Ryan terus berpaling menatap mata lembut Aisyah. Wajah itu. Tidak sekali pun dia isi nya dengan wajah yang muram. Manis dan lembut. Nice view.
"Apa? "
Aisyah meraih tangan Ryan. Diusap nya lembut sebelum kembali menghadap Ryan.
"Pertama. Aisyah harap Aisyah dapat rasa suami yang overprotective. "
Berkerut Ryan mendengar. Apa punya request ini? Aku?
"Aku? Jadi overprotective? "
"Lah siapa lagi suami Aisyah kalau bukan hubby? Apa Aisyah ini dah menikah dua kali ke? " perli Aisyah.
Ryan menjeling sekilas. Aisyah tertawa kecil melihat gelagat suami nya. Muka cemberut dia memang tak boleh move on!
"Hubby lah siapa lagi suami Aisyah yang handsome lagikan hot ini! Of course lah Ryan Rykal. Right my baby? "
Perut yang membulat itu diusapnya turut diikuti Ryan. Losyen Nivea itu dipicit sedikit sebelum menyapu nya pada lengan Aisyah.
"Antara sebab Aisyah nak hubby jadi overprotective ialah Aisyah nak rasa perasaan apabila suami Aisyah terlebih caring dengan Aisyah. Ala macam dalam novel. Macam sweet je! "
"Pengaruh novel lagi.. " keluh Ryan. Kini leher isterinya pula di sapu lembut dengan losyen tersebut.
"Yang kedua pula Aisyah nak tengok hubby menembak! Mesti seksi kan? Aisyah teringin nak tengok. Nama je suami mafia tapi tak pernah tengok suami sendiri menembak. "
Ryan tertawa kecil. Menembak?
"Seriously Aisyah? Kau nak tengok aku menembak? "
Aisyah mengangguk laju. Lah apa salahnya nak tengok laki sendiri menembak. Ada suami mafia tak akan tak boleh kot?
"Kenapa hubby ketawa. Aisyah serius lah! Main main pula dia! "
Aisyah berpeluk tubuh seraya mengalih pandangannya pada balkoni. Bagus lagi dia tatap ini daripada lihat wajah Ryan. Buat sakit hati!
"Okey okey. Aku serius. " Ryan mengangkat kedua tangan nya. Serentak itu Aisyah berpusing kembali namun wajah nya cemberut.
"Boleh ke tak? "
Ryan mengangguk dengan senyuman. Rambut si isteri diusap sebelum melabuh ciuman di dahi Aisyah.
"Yang ketiga. Aisyah nak lawat kubur ayah dan ibu boleh kan? " pinta Aisyah. Ini lah perkara yang nak sangat dia lakukan. Walaupun mereka telah pergi namun memori mereka masih segar diingatan.
"Aisyah rindu dengan ayah dan ibu. Aisyah.... Aisyah tak tenang selagi belum melawat mereka. Aisyah rindu mereka sangat sangat. Sangat.. "
Menitis air mata Aisyah tatkala mengungkap rindu. Siapa sahaja yang tidak rindu dengan mak ayah bila berjauhan ini kan pula dia tidak dapat lagi menatap wajah orang tua nya.
"Aisyah doa setiap hari agar Allah temukan Aisyah dengan ibu ayah Aisyah walau dalam mimpi sekali pun. Melihat mereka tersenyum dalam mimpi Aisyah sudah memadai buat Aisyah. "
Lantas Ryan memeluk tubuh itu. Dia tahu perasaan Aisyah. Dia juga turut pernah merasakan hal yang sama. Walau berlainan nasib tapi dia tahu bagaimana rasa kehilangan orang tua yang tersayang.
"Shh.. Aku izinkan. Nanti kita pergi sama sama. " pujuk Ryan. Ditepuk perlahan belakang badan Aisyah.
Aisyah mengukir senyuman di dalam dakapan Ryan. Pelukan hang hangat membuat dia sedikit lega.
"Yang keempat. Aisyah nak rasa solat berjemaah dengan hubby. "
Terhenti perbuatan Ryan mendengar permintaan Aisyah tersebut.
"Tapi aku--- "
"Aisyah tahu. Aisyah tahu hubby tak pandai dalam bidang ini. Tapi kita boleh belajar kan? Walau sekali pun Aisyah dah bersyukur sangat. Aisyah nak rasa hubby imamkan Aisyah. Suami sah buat Aisyah. Aisyah nak dia imamkan Aisyah. "
Cantas Aisyah laju. Bukan berniat nak bersikap kurang sopan namun telah lama dia pendam hasrat ini.
"Hubby boleh belajar. Hubby cuba ye? Aisyah tak kisah hubby ambil masa berapa lama sekali pun tapi hubby kena ingat Aisyah tetap tunggu dan menanti saat itu. InsyaAllah hubby dapat peroleh hidayat dari Allah. Hubby kena usaha. "
Senyum lebar Ryan mendengar kata kata itu. Tersentuh. Tanpa sengaja dia mengalirkan air mata.
"Yang kelima. Aisyah dah pun rasakan sekarang. "
"Apa dia? "
"Berkongsi ketenangan. Berkongsi kegembiraan. Ye perkara akhir yang Aisyah nak lakukan adalah ini. Tengok pemandangan indah dari kediaman sendiri. Bercerita bergelak tawa. Itu Aisyah nak. Terima kasih hubby. Aisyah hargai setiap detik ini. "
Kedua pipi Ryan dicium sekilas sebelum kembali melabuh kepala nya di dada bidang Ryan. Tenang. Nyaman. Gembira. Senyuman.
"Aku janji aku akan cuba sedaya upaya untuk kau. "
Janji itu. Janji yang belum dia lunaskan. Hanya sempat dua perkara. Tiga hasrat itu belum dia lunaskan. Menitis air mata Ryan apabila memori tersebut menjengah fikiran nya.
Dada langit kembali ditatap nya. Tanpa sedar malam sudah melabuh tirai. Bunyi cengkerik yang bising memecah kesunyian malam.
Aku kena kuat. Demi kau dan aku. Demi cinta kita.
Tanpa tunggu masa Ryan kembali bangun dari duduk nya. Baju nya dikibas sedikit menghilang kan debu kotoran sebelum kembali melangkah pergi dari situ.
Dia harus cepat. Masa tidak akan tunggu kita. Cuma kita yang perlu atur nya dengan sebaik baiknya.
Cahaya mentol yang menyinari kawasan tersebut menarik minat Ryan. Pasti itulah tempatnya. Dimana gudang yang dia mimpikan.
Peluru pistolnya diisi sehingga memenuhinya. Siap sahaja telefon canggihnya dikeluarkan dari kocek seluar. Aplikasi whatsapp ditekan. Lokasi keberadaan nya diberi pada Aarif sebelum membaling telefon itu ke dalam semak.
"Kau tunggu nasib kau Fikri! Silap besar kau cari pasal dengan aku! "
Kedua pistol disisip di pinggang nya. Laju sahaja kaki Ryan menuju ke arah belakang semak. Bayang yang tinggi lampai menyapa pandangan nya.
Pistol dikeluarkan. Ryan berjalan perlahan lahan sambil mengacu pistol ke arah bayang tersebut untuk persiapan.
Apabila bayang tersebut berpaling Ryan segera sahaja mahu menembak namun terhenti tatkala..
"Ryan. Ini aku. Adryil. " ujarnya.
"Adryil? Bukan kau ke.. "
"Ye aku. Mesti kau ingat aku ini orang kuat Fikri kan? Memang dah lama aku kerja dengan dia tapi selama itu juga aku bekerja dengan Evan. " terang nya.
"So? Evan kata kau boleh tolong aku masuk ke dalam gudang itu. "
"Bukan lah senang macam yang kau bayangkan. Tapi aku akan tarik perhatian diorang tika itu lah kesempatan kau untuk masuk. "
"How? "
"Dengan bantuan diorang. "
Serentak itu tiga bayang mendekat ke arah mereka. Lihat sahaja wajah tiga mereka itu Ryan mengeluh.
"Diorang ini? " berkerut Ryan melihat.
"Hai Kal! " sapa mereka tiga. Siapa lagi kalau bukan Wong, Syaril dan Jordan.
"Aku panggil mereka awal lagi sebelum kau sampai. Jangan risau. Aku gunakan mereka sebagai umpan sahaja. "
Tiga kepala tersebut serentak mengalih pandangan ke arah Adryil. Umpan?
"Kau tipu! Kau kata kitaorang akan buat perkara yang boleh nampak hot gituew! Kau tipu ek?! Kau dah janji! " celah Syaril.
"Sejak bila aku cakap aku janji pada kauorang. Tak ada kan? "
"Kau.... "
"Nak selamatkan Aisyah atau tak ni? "
"Nak lah! " jawab mereka bertiga.
"Jadi tunggu apa lagi. Pergilah tarik perhatian diorang! " arah Adryil. Tatkala mereka bertiga memandang Ryan meminta pertolongan Ryan hanya menjeling sekilas dengan senyuman senget.
"Apa kita nak buat ini? " soal Wong. Pagar besar tersebut dipandang dengan gentar.
"Mana lah aku tahu. " balas Syaril.
"Aku tahu! Kauorang ada bawa telefon tak? " jerit Jordan.
"Perlahan lah sedikit. Nanti kedapatan peluru makan kau! " marah Wong.
Jordan hanya mengaru kepala nya sahaja dengan senyuman tidak bersalah nya.
"Apa idea kau? "
Jordan senyum senget. Kepala nya terangguk angguk memikirkan hak tersebut. Pasti menjadi punya!
Teaser yang sepatutnya di part ini author tukar ke part 46. Tak sangka boleh panjang sampai macam ini sekali. Kalau nak masukkan panjang sangat pula.
Maaf ye! ❤
InsyaAllah besok malam author update lagi. Keadaan tak mengizinkan.
Harap kauorang tak marah lah ye. Assalamualaikum ❤🌙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro