Bab 44❤
Bau hanyir yang kuat menusuk ke rongga hidung membuatkan Aisyah berkerut dahi. Dahi dikerut dengan mata dipejam kuat menahan bau hanyir yang semakin membusuk kuat.
"Ergh.. " erang Aisyah apabila merasa pergelangan tangan nya seolah olah diikat. Cuba punya cuba akhirnya dia mengalah.
Kiri kanan dipandang dengan mengecilkan mata nya. Mata nya menyapa barangan tajam serta mayat mayat yang bergantung dengan keadaan yang mengerikan.
Mata dipejam erat. Mual yang semakin menguasai dirinya di tahan. Otak nya ligat berfikir tentang di mana keberadaan nya.
Kuasa cahaya mentol yang terang menerangi ruang bilik tersebut membuat Aisyah menutup kembali matanya. Perlahan lahan mata nya dibuka untuk menyesuaikan mata nya dengan keadaan yang terang itu.
"Hey beauty... " ujar Fikri dengan mengusap lembut rambut beralun Aisyah namun Aisyah tepis nya.
Fikri tertawa kecil. Jaraknya kembali menjauh dengan Aisyah namun mata nya tajam melihat Aisyah.
"Apa kau nak huh?! " jerit Aisyah lantang. Nafasnya tercungap cungap menahan amarah.
"Oww slow down baby.. I'm not gonna hurt you... I just want you to be in front of my eyes. "
"Tch! Kau mengarut apa huh?! Apa lagi yang kau nak dari aku?! "
"Nothing.. Just wanna make you husband suffer? " Fikri mengangkat kedua bahu nya dengan senyuman sinisnya.
Aisyah mengetap bibirnya erat. Tangan dan kakinya cuba dilepaskan dari ikatan namun hampa. Ikatan nya terlalu kuat sehingga membuat pergelangan nya sakit.
"Tak perlu nak buat macam itu Aisyah. Ia akan membuat kau lagi sakit. "
"Lepaskan aku lah! Ergh! " Aisyah masih meronta ronta minta dilepaskan.
Fikri datang dekat lalu mencengkam rambut Aisyah. Spontan Aisyah terdongak ke atas menandang Fikri dengan wajah penuh sindiran nya itu.
"Kau kena ingat semua yang aku lakukan ini adalah kerana aku nak balas dendam. Jangan ingat kau akan senang senang lepas dari genggaman aku. Dan jangan kau ingat yang aku ni masih sayangkan kau jadi aku tak akan sakiti kau. Kau silap. Malah sekarang aku boleh buat takdir kau sama macam mayat itu. "
Jari telunjuk nya diarah kan pada mayat mayat yang bergantung itu. Cukup mengerikan kematian mereka.
"Kau cuma perlu duduk diam di sini sahaja atau... Nasib kau akan sama macam diorang. " cengkaman dilepaskan dengan kasar nya. Terdorong ke kiri kepala Aisyah seketika.
Bayang Fikri yang semakin menjauh itu membuat Aisyah sedikit lega. Sekurang kurangnya tidak lah perlu dia hadap wajah lelaki itu.
Belum beberapa saat Fikri keluar ada seorang wanita berambut perang berjalan menuju ke arah nya dengan senyuman sinis.
"Hello! Remember me? " ujarnya dengan melambai tangan ke arah Aisyah. Tubuhnya pula disandarkan pada meja panjang dengan berpeluk tubuh.
"Kesian kan ibu mengandung kena hadap semua ini? Kesian anak dalam perut kau itu sebab dapat ibu yang bernasib malang macam kau. Perempuan jalang pula tu. "
Kata nya penuh sindiran. Aisyah menggenggam tangan nya erat. Hendak sahaja dia menampar mulut puaka itu.
"Raisha..." bibir diketap menahan amarah.
"Yes? Kenapa kau nak melutut depan aku supaya kau boleh keluar dari tempat jah**am ini? "
Gerutu Raisha dengan tertawa kecil. Rambut perang nya dilibas ke belakang dengan penuh gaya gedik nya itu.
"Silap orang kau cari pasal Aisyah. Dulu giliran kau sekarang giliran aku untuk balas dendam. "
Pipi Aisyah ditampar perlahan sebelum melangkah pergi namun langkahnya terhenti di tengah jalan.
"Kau memang perempuan s**l! Kau ingat dengan cara ini kau boleh balas dendam? Kau silap! Kau ingat kau boleh sakiti aku? Perempuan macam kau tak layak untuk membalas dendam sebab kau tu yang perempuan jalang! "
Raisha menggenggam buku lima nya. Pusing sahaja tumbukan hinggap di wajah Aisyah. Malah hanya senyuman sinis yang diberi oleh Raisha.
"Ini je yang kau mampu buat? Dengan tumbukan ini? Tch! Macam kena gigit semut. Itulah kurus sangat sampaikan orang gila pun tak nak sentuh kau. "
Sinis Aisyah. Tika ini dia tidak boleh nampak takut ataupun gentar. Dia perlu bertahan demi keluarga nya demi anak dan suaminya.
"Kau..... "
"Apa? Betul apa aku cakap. Kau jual badan kau semata mata nak kaya je kan? Tapi aku pelik juga Fikri tu tak ada mata ke? Macam mana dia boleh ada niat nak sentuh kau ek? Ke Fikri kena guna guna oleh kau. Yelah.. Sekarang ini orang sangup buat apa sahaja demi kebaikan sendiri. "
Cantas Aisyah laju dengan gelengan di kepala. Laju sahaja Raisha menampar wajah Aisyah berkali kali sehingga membuat bibir Aisyah pecah.
Akibat tidak puas hati Raisha melangkah laju ke arah meja panjang yang terdapat banyak barangan tajam. Pisau lipat menjadi sasaran nya.
Dia kembali melangkah ke arah Aisyah. Wajah yang tidak mempunyai secalit ketakutan membuat api kemarahan Raisha semakin membara.
"Dengan keadaan kau macam ini, kau ingat apa je yang boleh kau buat. " pisau lipat itu diletakkan betul betul di perut Aisyah.
"Aku tak dapat nak sakitkan kau dengan perbuatan dan kata kata aku tapi aku boleh buat kau merana sepanjang hidup kau. Sebenarnya aku kesian dekat anak kau, tapi disebabkan mulut mak dia anak jadi taruhan. Kesian tak dapat nak tengok dunia. "
Aisyah membuntang luas tatkala Raisha berkata sebegitu. Perut nya dilihat dengan gelengan.
"Tapi aku tak adalah kejam sangat. Aku akan buat kau merana sampai kedua dua kauorang....mati. Bagus kam idea aku. Bukan macam kau buat tak guna otak. "
Kepala Aisyah ditolak kasar dengan ketawa jahatnya. Kaki Aisyah yang berlapik seluar palazzo disingsing sehingga peha.
Kaki yang putih gebu itu diusap Raisha sebelum pisau lipat tersebut ditekan pada kaki Aisyah. Bukan itu sahaja Raisha menghabiskan masa nya dengan bermain main di kakinya. Adakalanya dihiris, ditekan dan simbar dengan air panas.
"Puas hati aku! Akhirnya aku dapat dengar jeritan kesakitan kau! Itu makan dia! Kau cakap apa tadi aku tak boleh nak sakiti kau? Tapi sekarang apa aku buat? Tch! Lain kali cakap guna otak bukan guna lutut. "
Usai cakap Raisha berlalu pergi. Gudang tersebut kembali senyap dan sunyi. Baru sebentar tadi gudang ini hanya dipenuhi dengan suara jeritan nya.
Air mata menitik akhirnya. Tangisan yang kuat bergema di seluruh gudang. Tidak disangka takdir nya sebegini sekali.
"Hey baby. Mummy just wanna you strong. Lawan sakit demi daddy. Mummy nak anak mummy kuat ok? Mummy tak akan kuat kalau anak mummy tak kuat. Kita kena lawan sakit ini sama sama ye. Mummy janji kita akan keluar dari sini. Kita tunggu daddy ye.. "
Ujar Aisyah penuh sayu. Hendak sahaja dia mahu mengusap dan cium perutnya tapi apakan daya. Apa yang mampu dia lakukan?
❤❤❤
Tercungap cungap nafas Ryan. Dia duduk sebentar disebelah pokok besar mengambil nafas. Namun mata nya menjeling di kawasan tersebut.
Mata dipejam sebentar mengambil ketenangan sebelum telefon nya berdering kuat minta diangkat.
Tanpa melengah kan masa terus diangkat nya panggilan tersebut.
"Hello. "
"Ryan dekat mana sekarang? " soal Evan di talian.
"Tak tahu. Yang pasti aku nak sampai dah. " balas Ryan.
"Kalau macam tu sampai sahaja dekat sana Ryan pergi dekat belakang dimana ada pokok kapas besar. " arah Evan.
"Untuk apa? " berkerut dahi Ryan seketika.
"Ada orang akan bantu Ryan masuk ke dalam gudang itu. Sebab bukan senang nak masuk. Setiap penjuru gudang itu ada mata mata dia. "
"Siapa orang nya? "
Drop your vote and comments down below kalau nak author update malam ini!
Teaser bab 45 ❤
" Bang! "
**
"Bertahan demi mummy and daddy. Jaga daddy kalau mummy tak ada. "
Kalau nak cepat tahu sambungannya drop your vote and comments. ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro