Bab 43❤
Televisyen yang memaparkan kartun doraemon itu ditonton penuh tekun oleh Aisyah sambil mengusap usap perutnya. Bibirnya mencarik senyum lebar adakalanya dia tertawa kecil tatkala ada part yang melucukan nya.
Bertih jagung disua kan ke mulutnya lagi. Namun segalanya terhenti tatkala terdengar bunyi guruh yang kuat di luar rumah. Dengan secara langsung nya seluruh keadaan di rumah elit gelap gelita.
Aisyah sudah menjadi cacing kepanasan. Mangkuk yang berisi bertih jagung diletakkan ke atas meja kopi. Entah apa yang berlaku dengannya mangkuk kaca tersebut jatuh menghempas lantai.
"Argh! " air mata mula bertakung. Dengan keadaan yang gelap sukar untuk matanya mengecam setiap sudut bilik nya itu.
Baru sahaja kaki mahu memijak lantai, bunyi tembakan yang kuat bertalu talu lagi mengejutkan dari bunyi guruh.
Hampir luruh jantungnya mendengar bunyi tembakan tersebut. Aisyah menoleh kebelakang dimana kedudukan balkoni di biliknya. Cahaya samar samar dari luar membuat Aisyah hendak mendatang dekat ke arah balkoni.
Namun belum beberapa saat kaki nya memijak lantai, tapak kakinya terasa pedih yang amat. Seperti ada sesuatu yang kuat mencucuk tapak kaki nya.
Dengan pertolongan cahaya kilat diluar Aisyah mampu melihat sedikit demi sedikit kaki nya. Tangan naik menutup mulutnya tatkala matanya tertancap pada darah yang tidak henti mengalir dari tapak kakinya berserta cebisan kaca yang masih setia di kaki nya.
Aisyah sudah meringis kesakitan dengan air mata yang tidak henti mengalir. Dengan bunyi guruh berserta bunyi tembakan yang kuat bermain di luar rumah membuat Aisyah hilang akal. Kenapa waktu sebegini juga perlu blackout?
Mahu macam mana lagi. Aisyah memaksa kakinya memijak lantai yang dengan berharap tempat yang dipijak tidaklah mempunyai cebisan kaca.
Mata direjam erat. Kuat sehingga mengalirkan air mata. Sungguh apa yang dia rasakan sukar untuknya lalui.
"Hubby... "
Tangisan yang kuat hanya didengari olehnya sahaja kerana kuasa bunyi diluah lebih kuat dari bunyi tangisan nya.
Batang penyapu yang berdekatan diambilnya bagi menolongnya mengimbangi dirinya yang hanya mampu berdiri sebelah kaki sahaja.
Kiri kanan dipandang. Dia hanya berharap akan kilat muncul semula kerana hanya itu sahaja harapan nya kini. Dia memerlukan cahaya.
"Ya Allah... Hubbyyy... " adu Aisyah lemah. Perutnya diusap. Hanya satu yang bermain di fikirkan nya. Dia mahu anak nya selamat. Itu sahaja.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu bertalu talu menarik minat Aisyah berpaling padanya. Dengan terkedek kedek Aisyah mendekatkan dirinya ke arah bunyi tersebut.
"Puan?! Puan?! " jerit seseorang dari luar. Kuat dan jelas.
Belum sempat Aisyah mahu menyahut tidak tahu mana silapnya batang penyapu yang menjadi harapannya kini patah apabila dia cuba menahan dirinya untuk bangun. Punah terus harapannya kini.
"Puan?! Puan kena keluar sekarang! Puan dengar tak! " ujar seseorang dari luar.
"Tolong... Tolong.... "
Ya kini dia tidak mempunyai kudrat untuk berbuat apa apa. Bukan berputus asa namun dia dapat rasakan dirinya kini lemah. Walaupun dalam keadaan gelap dapat dia rasakan pandangan nya kabur tatkala dia menghadap ke arah balkoni.
"Puan?! Pu--- "
Bang!
Mata yang tadinya hampir mahu terkatup kini membuntang luas apabila mendengar bunyi tembakan yang kuat lagikan dekat itu.
Aisyah mengesot dirinya ke belakang. Berharap agar dirinya selamat. Kini baru otaknya ligat berfikir cara untuk dia lepaskan diri.
"Telefon! Ya telefon! "
Walaupun dalam keadaan yang tidak berdiri Aisyah masih berusaha untuk mencari telefon nya tanpa mengendahkan orang yang berada diluar pintu bilik berusaha mahu memasuki ke dalam bilik ini.
Tangan Aisyah mengesot ke kiri dan kanan di atas katil tersebut. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia meletak kan telefon nya dibawa bantal tersebut.
Tersenyum nipis Aisyah tatkala tangan nya sudah memegang telefon bimbit. Tanpa membuang masa tangan Aisyah laju mendail nombor suami nya.
Dapat!
"Hubby? Hubby? Hubby tolong Aisyah! Tolong Aisyah! " jerit Aisyah ketakutan.
Tanpa disedari seseorang itu sudah dapat menyelinap masuk ke dalam kamar tidur tersebut. Lelaki tersebut tersenyum lebar melihat Aisyah yang terduduk lemah di sisi katil.
Tanpa sempat mendengar suara suaminya...
Buk!
Pistol tersebut dihentak kuat ke kepala Aisyah sehingga membuat wanita tersebut pengsan. Perlahan lahan Aisyah terbaring lemah di atas lantai.
"Aku jumpa dia. " ujar Adryil dari earphone yang dipakai nya.
"Bawa dia kesini. Hidup hidup! " ujar lelaki tersebut di dalam talian.
Adryil mengangguk. Tanpa membuang masa lagi Adryil segera mengangkat tubuh Aisyah diikuti penolong nya yang lain.
❤❤❤
Ryan menggigit ibu jari dengan fikiran nya bercelaru memikirkan hal isteri dan anak nya dirumah.
Semua anak buah nya berlari ke sana sini membuat hal kerja yang sepatunya mereka lakukan. Dia hanya duduk dengan wajah yang berkerut.
Aarif yang melihat mengeluh berat. Dia juga risaukan keadaan adik nya tapi tidaklah sampai duduk sahaja. Kalau duduk sahaja apa yang dapat?
"Bro. Aku tahu kau risaukan Aisyah tapi kau tak boleh duduk macam ini sahaja. Kalau macam ni apa yang dapat? " tegur Aarif.
Malah tidak diendahkan oleh Ryan. Fikiran nya laju memikirkan apa yang hendak dia lakukan.
"Oi! Kau dengar ke tak? "
"Kau boleh dia sekejap tak Rif? Aku tengah fikir cara lah ni. " rungut Ryan.
"Dengan duduk macam ni? "
Ryan memandang wajah Aarif seolah olah dia dapat beroleh jawapan yang dia perlukan.
"Apa yang kau fikirkan sebenarnya ini? "
"Mimpi. Aku risaukan tentang mimpi aku Rif. Aku tak nak mimpi itu jadi kenyataan. " ujar Ryan lemah.
"Mimpi? Mimpi apa? "
"Aku.. Aku mimpi Aisyah. Aku mimpi Aisyah sanggup korban kan nyawa nya untuk aku. Aku tak nak. Biar pun dia sayangkan aku aku tak nak dia korban kan nyawa nya untuk aku. Bagi aku itu bukan sesuatu perkara yang dinamakan cinta tapi bodoh! "
Aarif tidak tahu mahu membalas apa. Dia tidak tahu perasaan Ryan. Dia tidak menghadapi apa yang Ryan hadapi.
Belum sempat Aarif mahu membalas, bunyi deringan telefon kedengaran kuat di gedung tersebut.
Terkulat kalit Ryan mencapai telefon nya. Terpapar nama Aisyah. Laju sahaja ikon hijau diseretnya.
"Hubby? Hubby? Hubby tolong Aisyah! Tolong Aisyah! " jerit Aisyah dalam talian.
"Aisyah! Aisyah dengar cakap aku! Aisyah! " lantang suara Ryan kedengaran.
Namun tiada balasan yang didengari nya. Membutang dan hampir luruh jantungnya mendengar bunyi hentakan yang kuat. Dan jelas kedengaran bunyi isterinya mengadu sakit!
"Aisyah! Aisyah! " jerit Ryan sebelum panggilan tersebut diputuskan.
"Ergh! " rengus Ryan. Telefon canggih tersebut dibuang sejauh mungkin. Rambutnya dicengkam kuat. Tanpa berfikir panjang Ryan terus meluru keluar dari gedung tersebut.
"Ryan! "
"Oi Ryan! "
Tidak mengendahkan apa halangan sekali pun. Dia perlu ke gudang yang dia mimpikan. Dia pasti mereka tempatkan isterinya disana.
Ryan terus berlari dan berlari walau dalam keadaan hujan dan gelap.
"Jangan tinggalkan aku Aisyah! "
Dengan itu Ryan berlari selaju mungkin di jalan tar yang besar lagikan sunyi itu.
Kalau nak Aisyah selamat spam commets banyak banyak! 🤣❤
Teaser ❤💥
"Bang! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro