Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40❤

Terkekek Dayang dan Aisyah melihat dua gelagat lelaki tersebut. Ini belum campur lagi dengan empat orang itu. Boleh hancur dapur!

"Woi Aarif ni kerja kau lah! Asal kau suruh aku! " keluh Ryan. Ikan goreng di dalam kuali itu hampir rentung dek kerana minyak yang memercik kuat membuatkan Ryan takut untuk datang dekat.

"Eh tak ada ada! Kau punya kerja. Aku tak kisah lah ikan kau tu nak rentung ke, nak terbakar ke, aku tak kisah. Yang aku kisah sekarang ini keselamatan aku! "

Kedua itu tidak berhenti bertikam lidah sejak melangkah masuk ke dapur. Dari mula masak sehingga lah lauk pauk tersedia di atas meja makan.

Aisyah datang ke meja makan dengan penuh pengharapan bahawa perut nya akan diisi dengan makanan yang sedap belaka.

Namun apa yang dilihat tidak lah seperti yang di fikirkan. Aisyah memandang kedua jejaka tersebut. Dayang hanya mampu melihat dan tersenyum.

"Ini lauk ke... " Aisyah sudah mengeluh panjang. Tak disangka langsung!

"Nasi mana? " Dayang yang sedari tadi hanya membisu kini bersuara apabila bayang nasi tidak kelihatan.

Aarif dan Ryan saling berpandangan. Mata mereka saling memberi isyarat. Bukan itu sahaja malah kaki mereka juga turut ikut sama. Satu tendang peha,  satu tendang kaki.

"Nasi mana abang oi? " Aisyah mengemam bibirnya sambil melihat gelagat suami dan abangnya. Dua dua tak boleh pakai.

"Tanya Aarif. " Ryan menunjuk telunjuknya pada Aarif.

"Apa kejadah nya aku pula! Aku dah suruh kau masak kan? "

"Tak aku tak dengar. Jadi itu bukan masalah aku. "

Aarif mengetap bibirnya. Sesungguhnya dia memerlukan kesabaran yang tinggi tika ini.

"Dua dua pemalas! Dah lah Aisyah nak masak. " belum selangkah sudah Ryan dan Aarif menghalang.

"Masak? Dayang ada kan suruh dia masak. "

"Doktor dah pesan kan kau tak boleh banyak gerak? Bukan kau seorang je manusia dalam rumah ni. " tegas Ryan sambil memandang Aarif dengan jelingan.

"Dayang kan tetamu. Lagi pun besok kan dia nak kena hadap mula ujian Aisyah. Lagi pun kita ada tetamu. Tak akan nak hidang tetamu dengan lauk ni? "

Ryan mengerut pelik turut diikuti dengan Aarif. Tetamu?

"Siapa? "

"Adalah. Sekarang ni boleh tak lepaskan tangan Aisyah. Aisyah nak masak. "

Malah tetap gelengan yang dibalas oleh kedua jejaka tersebut. Dayang senyum suka. Suka dia melihat mereka melayan Aisyah sebegitu. Cemburu? Dia juga akan dapat merasakan kebahagiaan seperti Aisyah juga nanti.

"Kau degil aku tak bobo kau malam ni. Kau suruh lah Aarif tu bobo kau. " Ryan sudah mengeluarkan kuasa nya.

"Hubby! Mana boleh macam tu. "

"Apa tak boleh nya. Suka hati aku lah. Kau degil aku pun degil juga. Kau tak dengar cakap aku aku tak dengar cakap kau. Adil bukan? "

Ryan melepaskan genggaman tangannya pada lengan Aisyah lalu berpeluk tubuh memandang isterinya yang cemberut.

"Jadi siapa nak masak? "

"Pasangan sejoli, serasi, sepadan, sedondon ini kan ada? Apa guna nya mereka ni kalau datang sini tak buat apa apa kan? Lagi pun kita ada chef terkenal. "

Ujar Ryan yang berbaur sindiran. Aarif sudah menggenggam buku lima nya. Ada masa makan penumbuk juga mamat ni. Nasib laki adiknya kalau tak memang dah lama kena.

Aisyah memerhati kedua pasangan tersebut dengan kerdipan mata. Dia pun tidak tahu mahu membalas apa. Lawan cakap suami? Dosa nama nya.

"Dayang ok je. "

"Ha! Dayang pun kata ok. Kau takkan tak boleh kot? Buat malu lelaki je. " Ryan menjuih bibir dengan menjuling mata ke atas.

"Eh? Siapa kata tak boleh. Ala setakat kena minyak je pun. Tak adalah nak jerit jerit macam perempuan gedik. Itu nama nya ulat bulu naik daun. Terjongket jongket macam ikan naik darat. "

Sinis Aarif. Aisyah dan Dayang mengemam bibir menahan dari gelak.

"Tak silap aku lah kan fitnah itu lebih besar dosa nya dari membunuh. Agak agak lah kan kalau aku tak maafkan apa jadi ek? "

Dua dua jejaka tersebut memandang sama sendiri dengan isyarat mata yang menggerunkan. Mata mereka tajam setajam pisau.

"Bila nak masak ni? Nak masuk tengah hari dah ni abang abang sekalian. " Aisyah memandang sili ganti kedua lelaki tersebut.

Ryan menjeling dengan menarik tangan Aisyah lembut ke arah tingkat atas. Manakala Aarif menghulur senduk agar disambut oleh Dayang. Sesudah Dayang menyahut Aarif menariknya masuk ke dapur. Masing masing ego.

"Hubby tak baik tau buat diorang macam tu. " bicara Aisyah lembut.

"Habis yang duk fitnah aku tu bagus lah? Siap kata aku ni macam ulat bulu naik daun asal? "

"Ye Aisyah tahu tak elok memfitnah tapi kan-- "

"Tak ada tapi tapi. Aku bagi dia makan penumbuk kenyang sebulan terus dia. " cantas Ryan laju.

Aisyah hanya membalas dengan senyuman. Tangan Ryan diraih. Kepala nya dilabuh di dada bidang lelaki tersebut. Bau maskulin yang sudah menjadi bau kegeraman nya di hidu sepuas yang mungkin.

"Hubby memang ulat bulu naik daun pun. "

Ryan senyum senget.

"Kau belum tengok aku betul betul jadi ulat. Kang nanti ada meluat. " bahu si isteri diraih.

"Eleh hubby apa je tau tentang romantik bagai ni. Dah lah guna perkataan kau-aku. Ingat romantik ke tu. Kalau bab lain hubby laju je. "

"Kau betul nak tengok aku jadi romantik? Tak keluar bilik terus kau kalau aku bertukar jadi lelaki romantik. Nak makan pun tak lalu sebab dah kemaruk dengan aku. "

Ryan menjongket beberapa kali kening nya. Aisyah mengangkat wajahnya memandang Ryan sebelum dijatuhkan wajahnya kembali pada dada bidang Ryan.

"Aisyah tak nak hubby jadi romantik. Aisyah nak hubby jadi diri sendiri pun dah cukup. Orang selalu kata nak jadi romantik ni kena bagi bunga, bagi coklat, bagi ayat ayat yang boleh mencairkan hati wanita tapi itu bukan bagi Aisyah. Memang dulu Aisyah impikan semua itu tapi sejak Aisyah kahwin dengan hubby Aisyah tak harapkan semua itu berlaku sebab tengok hubby jadi diri sendiri pun dah cukup romantik plus seksi! "

Teruja Aisyah berkata. Biar orang kata laki kita sebab mereka tak tahu laki kita yang sebenarnya.

"Pandai kau berfalsafah ek? "

"Nama pun pelajar pandai. Kalau tak, tak adanya boleh masuk Universiti. " bangga Aisyah.

Beberapa minit Aisyah berdiam Ryan menunduk melihat wajah Isterinya.

Aisyah dijatuhkan di katil empuk itu dengan berhati hati sebelum tangan kanannya mula memainkan peranan.

Di tepuk tepuk peha isterinya sambil melihat wajah polos isterinya itu. Dia cukup bersyukur memiliki wanita tersebut.

Namun lamunan nya semua terhenti apabila teringatkan mimpi nya dimana isterinya menjadi mangsa keadaan.

Dan dia harapkan itu semua hanyalah mimpi semata mata dan bukan lah akan menjadi di dunia maya.

Pergerakan isteri nya membuat Ryan kembali ke alam nya. Ryan menyambung bobo isterinya sehingga isterinya tersenyum dan lelap semula.

❤❤❤

"Assalamualaikum. "

Semua berkerut apabila secara tidak langsung ada yang memberi salam diluar pintu.

"Tetamu kau ke? " Dayang menyondol lengan Aisyah. Aisyah membalas nya dengan menjongket bahunya. Dia sendiri tidak pasti.

"Aisyah tak rasa itu tetamu Aisyah. Sebab--- " belum habis Aisyah mahu berbicara ayatnya dipotong.

"Assalamualaikum. "

Salam yang kedua juga tidak disahut mereka. Tambah berkerut dahi mereka.

"Hubby tengok siapa datang. Tak elok buat dia tertunggu tunggu. " Ujar Aisyah.

Ryan tidak membalas sebaiknya dia terus berjalan ke muka pintu. Aarif pula sibuk menghidang lauk pauk dibantu oleh Riana. Dia tersenyum puas melihat masakan nya.

Buka sahaja wajah lembut dan bersinar milik Evan terpantul di muka pintu dengan senyuman.

Ryan berkerut. Evan ke ni? Asal lain sangat? Tubuh lelaki tersebut diperhati atas bawah.

"Assalamualaikum. "

Salam kali ketiga disahut oleh Ryan lalu Aisyah yang baru muncul dari belakang. Aisyah menekup mulutnya apabila wajah Evan yang terpantul.

"Uncle datang sebab Aisyah jemput. " ramah sekali Evan berkata.

Tanpa kata Aisyah terus menerpa ke arah Evan. Erat sekali dia memeluk tubuh Evan. Dia tidak sangka apa yang berlaku.

"uncle masuk islam? Bila? " soal Aisyah lalu melepaskan pelukan dengan mempelawa Evan masuk ke rumah.

Air mata Aisyah dikesat terlebih dahulu. Senyuman dilempar buat Aisyah.

"Dua hari lalu. Ingatkan nak beritahu Aisyah tapi tak ada kesempatan lagi nak berjumpa. "

"Alhamdulillah. " ucap Ryan dan Aisyah. Namun bukan bagi Aarif.

"Betul ke masuk islam. Entah entah menipu sebab nakkan perhatian Aisyah. " sinis Aarif dengan mencebik bibirnya.

"Abang! Tak baik kata macam tu. Kita--- "

"Kita apa? Bersyukur? Aku sikit pun tak akan bersyukur lah dengan apa yang dia buat. Sebab semua yang dibuat tampak tak elok di mata aku. "

"Astaghfirullahallazim! Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakap ni?! " tengking Aisyah. Ryan lantas memaut bahu isterinya meredakan api kemarahan Aisyah yang tengah menggelegak.

"Sebab abang sedar lah abang cakap. Aisyah tak tanya dulu dia sedar tak apa yang dia buat? Dia sedar ke dia dah bunuh adik dia sendiri. "

"Aisyah tahu! Tapi itu dah lama berlalu. Uncle pun dah lama dihukum atas perbuatan dia. Abang sebagai umat islam tak boleh nak cakap uncle macam itu! "

"Dia buat macam itu boleh pula? Adil ke? "

Evan menunduk lemah. Air mata nya ditahan. Disebabkan dia adik beradik tersebut bertikam lidah. Bukan niat dia tapi apa kan daya dia hanya hamba biasa tidak boleh melawan takdir Allah.

"Aku dah kata dekat kau kan jangan berani tunjuk muka kau ni depan aku. Walaupun bayang kau. Sebab aku terlalu jijik dengan kau. Kau tak layak untuk berada di sini. "

"Abang cukup lah hina uncle. Aisyah merayu dekat abang. Abang tak hormat dia sebagai keluarga kita sekali pun, cukup lah abang hormat dia sebagai saudara seumat islam abang. "

"Abang tak boleh dan tak boleh. Jawapan abang sampai bila bila tak boleh. Abang tak akan boleh terima orang yang dah hancurkan kehidupan keluarga abang. Tolong Aisyah jangan sesekali merayu pada abang pada benda yang dah pasti jawapan nya. "

Usai cakap Aarif beredar dengan laju sekali diikuti dengan Dayang. Dayang seperti lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja Aarif.

"Aku pergi dulu Syah. Ada masa aku jumpa kau. " pamit Dayang di muka pintu. Aisyah tidak berpaling. Air mata sahaja yang mengalir.

Akibat terlalu memikirkan hal tersebut kepala yang tadinya elok kini berdenyut seolah olah mengirimkan sebuah isyarat. Mata dikerdip berkali kali apabila pandangan nya makin lama makin kabur dan..

"Aisyah?! "




Nah double update by author. Tak pernah kan? Apa salah nya kita buat. Hehehe.

Enjoy your meal sir! ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro