Bab 39❤
"Kahwin?! "
Aisyah yang tadinya duduk terus berdiri tatkala mendeng
ar perkataan kahwin.
"Abang nak kahwin dengan dia ni? " soal Aisyah penuh minat dengan jari telunjuk nya di arahkan pada Dayang.
Aarif mengangguk tenang. Aisyah keluarga nya. Adiknya. Mesti lah dia perlu restu adiknya juga. Bukan main rembat je anak dara orang.
Aisyah kembali duduk seraya melemparkan pandangan pada Dayang yang sedari tadi hanya menunduk.
Aisyah berdehem seketika sebelum pelbagai soalan dialihkan pada Dayang.
"Kau suka abang aku ke? Kau betul betul cintakan dia? " Aisyah berpeluk tubuh sambil memandang Dayang dengan sebelah kening terangkat.
"Ais--- " belum sempat Aarif mahu berbicara Aisyah mencantas nya laju.
"Abang nak kahwin kan? "
Aarif menangguk. Sejak adiknya mengandung ni bukan main garang dia dengan aku. Tapi dengan suami dia? Ulat bulu naik daun.
"Jadi diam eh? Tak susah pun ujian Aisyah. Ala macam abang dulu. Macam Aisyah tak tahu abang suruh suami titew ni bertanding lawan dengan orang kuat abang. Apa ingat Aisyah tak tahu ke? "
Ryan yang tekun melihat telefon terus terangkat wajahnya memandang Aisyah. Berkerut dahi nya memandang Aisyah. Sejak bila?
"Mana Aisyah tahu? "
"Itu tak penting. Yang penting sekarang ini Aisyah nak bagi ujian untuk Dayang. Nak jadi isteri abang Aisyah bukan nya senang ek. "
"Setuju tak? " soal Aisyah pada Dayang dan Aarif.
"Tak setuju pun Aisyah akan buat juga. Kita mula...... "
Dayang sudah menggenggam tangan nya erat dengan mata nya berharap agar ujian tersebut akan dimulai esok namun..
"Sekarang! Jom! Abang pun kena ujian dengan Aisyah tau! "
Ryan hanya memerhati kelakuan isterinya. Asalkan isterinya gembira dia pun akan tumpang gembira. Senyuman isterinya adalah ubat segala galanya untuknya.
Aarif dan Dayang ternganga mendengar. Masing masing masih belum bersedia. Tapi kalau tanya sedia untuk kahwin itu ya lah. Kadang otak Aisyah ni bukan ok pun.
"Ujian pertama! Dengar baik baik tau. " Aisyah berdiri dengan gah nya sebelum melangkah ke arah pasangan tersebut.
"Ok ni untuk abang. Abang kena sedia tau. Tak susah pun. Yang pertama Aisyah nak abang masak masak lemak cili api, ikan masak tiga rasa, ikan masak asam pedas. Tiga ni je. " sengihan lebar dengan menampakkan giginya ditunjukkan pada abang nya seraya memaut erat lengan abang nya.
Ternganga kuasa dua tatkala Aarif mendengar ujian atau lebih kurang PERMINTAAN adiknya itu. Aku? Masak? Masakkan kampung?
Dayang yang melihat wajah Aarif turut geli hati. Kata pandai masak. Dulu bukan main berlagak siap dabik dada lagi.
"Abang kata dulu abang pandai masak kan? Ayah kata abang dah pandai masak. Apa salahnya kan? Aisyah teringinnnnnnn nak makan tiga lauk tu. Boleh kan? "
Kerdipan mata. Mata bulat. Wajah yang sedia dengan kecomelan. Aarif akhirnya kalah dengan adiknya.
"Tiga lauk itu je? Asal tak sepuluh lauk terus. Boleh jemput jiran jiran makan sekali. " kata Aarif yang berbaur sindiran. Namun akhirnya dia kesal dengan perbuatannya.
"Sepuluh? Serius lah bang!? Aisyah pun dah lama teringin nak ajak jiran Aisyah makan sekali dekat rumah. Apa orang kata.. Hah! Boleh eratkan hubungan silaturahim. Abang ni memang terbaik lah! Nanti Aisyah list tujuh lauk lagi ek? Sabar ok! "
Aisyah sudah mengekek ketawa diikuti dengan Dayang. Ryan hanya mampu senyum. Kesian pula dia tengok Aarif yang terpaksa melayan kerenah isterinya itu. Sekali kala manjakan adik apa salah nya kan?
"Now your turn Dayang! " Aisyah mengalih tempat duduk ke sebelah Dayang.
"Ala kerja kau senang je tak susah mana pun. Macam kupas bawang je. "
Tiba tiba sahaja peluh merinik jatuh di dahi Dayang sedangkan penghawa dingin ada sahaja terpasang. Air liur diteguk paksa.
"Tunggu esok. Aku belum fikir lagi. Jadi kau bernasib baik tapi bukan esok. Hari ini aku nak uji abang aku je. " ujar Aisyah. Dia tahu sangat sikap gelabah kawannya ini. Bukan main siap berpeluh lagi.
Dayang pukul lengan Aisyah. Ada juga masa dia sediakan mental dengan fizikal untuk ujian merepek Aisyah itu. Orang nak kahwin je pun.
"Abang jangan risau sangat lah. Abang ada assistant yang pakar masak. Masakkan dia tip top! " Aisyah membuat thumb up dihadapan wajah Aarif.
"Siapa? "
"Tu dekat hujung tu. " pandangan Aisyah diarah pada suaminya yang tekun bermain telefon.
Apabila semua senyap Ryan mengangkat wajahnya. Bermula isterinya sehingga lah kepada Aarif. Dan kembali memandang isterinya. Berkerut dahi Ryan.
"Itu lah yang akan tolong abang. Jangan risau suami Aisyah ni kental orang nya. Setakat bawang, kena minyak tu no hal lah bagi dia. Kan hubby? "
Telefon yang tadi nya terangkat kini jatuh di paha nya. Ingatkan hari ini dia boleh lah rileks. Tapi akal isterinya ini hanya orang tertentu yang boleh menahan nya.
"Boleh kan? " soal Aisyah lagi. Dia sengaja membuli lelaki lelaki kesayangan nya ini.
"Boleh. Ala masuk dapur je pun. Bukan masuk kandang harimau pun. " ujar Ryan sambil melihat kukunya.
Aarif mencebik. Tengok siapa yang mengalah dahulu. Dia ke Ryan. Tengok kuku konon.
❤❤❤
Fikri melihat gambar seorang perempuan yang bergerak tawa dengan kawannya dengan penuh minat. Gambar candid itu ditenung nya dengan senyuman melebar.
"Aisyah... Kenapa lah aku bodoh tinggalkan kau dahulu ek? Kenapa aku lebih memilih Raisha dari kau? "
Gambar itu diusap nya seumpama dia mengusap Aisyah. Dia tinggalkan Aisyah kerana nafsu syaitan nya pada Raisha.
"Arhh! Kau milik aku lah! Bukan jantan tak guna tu! Dia tu lelaki si*al lah! Kenapa?! "
Pistol yang disisip di pinggang nya itu diambil lalu gambar Ryan sekeluarga di dekati nya. Hanya tinggal gambar Ryan sahaja lagi belum ditembak nya.
Wajah Ryan diusap nya dengan senyuman psycho nya sebelum wajah tersebut juga turut ditembak nya.
"Kau memang cari nahas kan? Kau memang nak aku bunuh kau kan? Aku hilang keluarga sebab kau! Dan sekarang kau nak ulang perbuatan kau?! "
"Tak apa. Kita tengok siapa menang kali ini! Kau ingat yang di atas tak semestinya akan di atas! "
Gambar Ryan yang telah ditembak nya itu diludah sebelum dipijak berkali kali. Senyuman sinis terukir.
Gambar Aisyah yang sedang duduk dengan senyuman itu dipandang. Kali ini bukan kerana cinta namun dendam yang dia simpan. Dendam nya pada Ryan namun akan dibalas pada Aisyah.
Dia tekad untuk bunuh Aisyah jika perlu. Dia mahu lelaki tersebut terseksa seperti mana dia terseksa dahulu.
"Now your turn Ryan. Just wait and see. "
"Adryil! " Seru Fikri. Sudah lama dia tidak gunakan orang kuat nya ini. Kini masa nya dia tampilkan apa yang dia mampu buat.
"Yes sir! " sahut Adryil kuat dan bertenaga. Dia berdiri dengan tegak sambil memegang pistol di kirinya.
Pendek kan? Tak apa ada juga isi nya kan? Ok apa dari tak ada. Hehehehhe
Titew lapar lah awak. Titew nak makan belacan sat nah. Byee..
Lupa nak cakap! Kalau kauorang nak tahu lebih terperinci dengan kata kata Fikri tu pergi tengok bab 37 part dimana Ryan dan Fikri bergaduh tu. Author ada tambah sedikit sampai Ryan jerit. Kauorang baca lah. Tak baca pun tak apa ♡
Thanks for AdryilBay untuk nama itu. Sesuai sangat! Thanks again! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro