Bab 34 ❤
Pejam celik, pejam celik kini usia kandungannya sudah mencecah lima bulan setengah. Sepanjang lima bulan itu sedikit pun suami nya tidak pernah abaikannya.
Perutnya yang sudah membesar itu diusap. Tak disangka dia disahkan mengandung kembar apabila membuat pemeriksaan pada bulan kedua. Kerana perutnya membesar dari luar jangkaan nya.
Ryan yang baru sahaja pulang dari kerja mengintai perlakuan isterinya itu. Dari tadi tersenyum senyum sendiri sambil mengusap perutnya itu. Apa yang difikir kan pun tak tahu lah.
"Ehem! " Ryan berdehem menyelesakan anak tenaknya seraya berjalan ke arah Aisyah.
Aisyah senyum lebar tatkala matanya menyapa wajah penat si suami. Kesiannya daddy kan? Penat cari nafkah untuk kita.
Ryan melonggarkan tali leher nya. Rambut yang berjuntai di dahi ditepis dengan jari telunjuk. Aisyah hanya menjadi pemerhati. Hot daddy mafia!
"Hubby... " Aisyah melorot manja di bahu suami. Bau maskulin menusuk ke rongga hidung. Bau kegeraman nya sejak usia kandungannya mencecah dua bulan.
"Hmmm.. " gumam Ryan. Tau sangat perangai si isteri. Sejak mengandung lain macam perangai. Kejap marah, kejap manja, kejap merajuk. Semua kejap lah ada.
"Hubby penat ek? Nak Aisyah urut? " pelawa Aisyah. Walaupun dia juga perlukan perkhidmatan urut ni, namun bila dikenangkan penat suami ditepis nya sakit itu. Sekali sekala. Selalunya dia yang dimanja kan.
"Tak payah. Kau tu mengandung ada hati nak urut aku. Kang kejap lagi mengadu sakit pula dekat aku. Yang kena aku juga. "
"Hubby kan penat. Biar lah--- "
Ryan senyum senget. Tau pun diam. Nak kena jentik baru nak dengar cakap. Kalau tak sampai kesudah dia kena hadap bebelan Aisyah tu.
Aisyah mengusap dahinya. Jahat lah daddy ni. Main jentik jentik dahi mummy. Mummy merajuk baru dia tahu.
"Yelah. Pergi mandi. Nanti turun bawah makan. Aisyah ada masak lauk tadi. Takut hubby lapar. " ujar Aisyah.
"Siapa suruh masak? " tegas Ryan.
Aisyah terdiam. Bukan tak tahu perangai Ryan ni. Nak memasak pun dilarang. Apatah lagi nak kemas rumah. Dia ingat orang mengandung ni tak boleh buat kerja ke?
"Saya. Kenapa ada masalah hmm? Baby kata nak masak, so Aisyah pun masak lah. Nak buat apa dekat rumah ni selain buat kerja rumah? Nak ke U pun hubby tak benarkan. So apa salahnya kan? "
Aisyah membela dirinya sendiri. Siapa nak bela diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan? Nak harapkan siapa lagi?
"Aku tahu aku banyak control kau. Tapi itu semua untuk kebaikan kau juga. Doktor sendiri pesan supaya kau tak buat kerja kerja rumah ni. Aku tak nak apa apa jadi dekat kau. Aku bukannya ada dua puluh empat jam duduk dekat kau. Dalam rumah ni pun kau seorang je. Kalau ada apa apa berlaku kau nak ke merisikokan diri sendiri. Anak dalam perut tu tak kesian?Cuba lah dengar cakap aku ni? Tak susah pun kan? Kalau------ "
Bebelan Ryan dihentikan dengan ciuman di pipi nya. Aisyah menjengket kakinya lalu kedua pipi Ryan dicium sekilas. Senang je nak hentikan bebelan Ryan ni. Tewas dengan belaian manja si isteri. Hehehe..
"Tau pun tak nak aku membebel. Tapi buat juga. "
"Eleh padahal hubby suka kan? Yelah setiap kali membebel kena cium lah.. Kena urut urut lah.. Kena apa lagi? Semua dah kena kan? Tinggal pilih je lagi? Kann?? "
Aisyah menjongket keningnya berkali kali. Eleh dah suka tak nak cakap. Hati batu betul!
Ryan tidak membalas sebaliknya di menunduk sedikit lalu isterinya dicempung. Aisyah terjerit sedikit akibat perlakuan drastik Ryan. Nak dukung bukan nak bagi tahu.
Aisyah diletakkan di atas katil. Bantal empuk di sofa diambil lalu diletakkan di belakang si isteri. Aisyah senyum nipis. Badan nya disandarkan di kepala katil.
"Lain kali jangan buat lagi. Aku tak benarkan. Kalau nak merasa jadi isteri derhaka buat lah. " datar dan tegas Ryan bersuara. Siap ada amaran.
"Ye.. Saya tak buat dah. Kalau saya nak buat apa apa saya bawa hubby sekali. "
Aisyah mengangkat sebelah tangannya umpama mengangkat sumpah sambil mengangguk angguk.
Belum sempat Ryan mahu bangun tangan nya ditarik lembut oleh Aisyah. Aisyah senyum kelat tatkala matanya bersambung dengan mata Ryan.
"Hubby.. Aisyah sayang hubby tau.. " tangan Ryan diusap sayang. Air mata mula bertakung.
Dia tahu akan risiko yang dia hadapi. Punca hilang kegembiraan di hari pertama dia tahu dia disahkan mengandung. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan nya waktu itu.
"Hubby.. Aisyah sayang hubby.. " dan perkataan itu diulang ulang dengan air mata yang tidak henti mengalir.
Ryan yang melihat turut merasa sebak namun ditahan. Dia kena kawal emosi demi emosi si isteri. Jika dia siapa lagi penguat semangat untuk Aisyah.
"Hubby--- "
Tubuh Aisyah dipeluk erat. Tidak mahu diulang lagi sebaris perkataan tersebut. Aisyah menyembam wajahnya erat di dada bidang suami. Ya Allah..
"Aku tahu. Aku tahu kau kuat tempuh semua ni. Allah takkan beri ujian diluar kemampuan hambanya. Allah tahu kau kuat sebab tu Allah diletakkan ujian ni buat kau. "
Belakang tubuh Aisyah diusap dengan perlahan dan penuh kasih sayang. Rambut yang berjuntai paras bahu dielus lembut.
"Aku sayang kau juga. "
Ya, ayat keramat yang selalu dia ungkapan. Salah satu ayat semangat buat Aisyah. Biar dia dianggap manjakan isteri, biar dianggap sebagai takut bini. Mereka itu belum lalui dugaan yang dia hadapi sekarang..
Memang benar lelaki susah ungkapan ayat keramat tersebut. Tapi lelaki sejati lelaki yang lelaki mengaku perasan nya dan tidak malu mengakui perasaan.
Aisyah senyum lebar. Tubuh Ryan dipeluk erat tanpa ada perasaan ingin lepas. Dia Ryan Rykal. Penguat dan sebab kerana dia masih mampu tersenyum walau duka melanda.
❤❤❤
"Dah jumpa? "
"Siapa? " kening dijongket.
"Eh kau ni nak cakap bodoh tak boleh juga sebab kau pelajar U. Nak cakap bijak juga soalan yang dia sendiri dah tahu dia buat buat tahu. Kang kejap lagi ada yang makan penyepak aku ni. "
Riana memandang tajam pada Dayang. Ewah ingat lawa ke buat muka kerang busuk tu? Sekali dia bagi tidur hospital lah jawab nya.
"Oh! Haha.. Baru aku ingat. Maaf. " Dayang mengaru kepala nya. Kerusi yang berdekatan di duduk.
Riana hanya mampu menggeleng. Ni lah salah satu sebab dia tak suka tanya soalan pada Dayang. Kau tanya dia tanya kau balik.
"Dah. Menyampah aku tengok muka dia. Nasib sebab Aisyah suruh. Kalau tak, memang tak lah aku nak hadap muka mamat rempit tu. "
"Takkan tu je. Dia tak bagi tahu kau apa apa ke? "
"Ada! Weh sumpah aku takut weh lepas dia cakap macam tu. Jantung aku ni macam nak meletus je. " jerit Dayang tanpa tahu dirinya di perpustakaan.
Semua orang yang berada di perpustakaan tersebut menoleh memandang Dayang dengan riak wajah yang tegang.
Dayang yang seakan sedar itu terus menutup wajah nya dengan buku. Ya Allah... Malu yang amat.
"Buat malu je. Dah lah nanti kita sembang lagi. Aku nak jumpa kawan aku kejap. " pamit Riana. Beg galas diambil lalu buku pelajaran yang dipinjam di ambil sekali.
"Yelah. Aku pun nak balik ni. Hah! Lupa nak bagi tahu kau. Malam ni aku tak balik rumah tau. Aku pulang rumah mak aku. Abang aku balik dari luar negara. "
Riana yang sedang mengalas beg nya itu dengan riak yang terkejut menoleh ke arah Dayang.
"Asal kau tak bagi tahu?! Kau tau kan aku takut tinggal seorang seorang. "
Lengan Dayang menjadi sasaran pukulannya. Budak seekor ni kalau tak buat masalah memang tak sah.
"Aku lupa. " senang dan mudah jawapan yang diberi pada Dayang. Namun bukan pada Riana. Jawapan yang mengundang baran padanya.
"Tch! Dah lah bye! "
❤❤❤
Riana mengambil kunci rumah yang tersimpan elok di beg nya. Dari tadi hatinya berdebar hebat. Kalau dia maraton sekali pun belum tentu jantung selaju ini.
Bergetar sungguh tangannya kini. Keadaan yang sunyi diteman dengan kegelapan malam itu sungguh menyeramkan. Bukan dia takut makhluk halus. Yang dia takutkan orang jahat. Tapi ada juga lah takut sikit dengan makhluk halus ni.
"Mana kunci ni? Tch! " rengus Riana. Waktu macam ni juga lah dia nak menghilang.
Tanpa sempat dia ingin mencangkung untuk mengambil kunci rumah nya yang jatuh dirinya seolah olah terkena renjatan elektrik tatkala ada benda yang tajam mengena pada tulang belakang nya.
"Jangan bergerak. Kau gerak kau mati. "
Suara ni? Bau ni? Dia kenal! Sungguh dia kenal! Malik?!
"Malik? K-au ke tu? "
Kedengaran gelak tawa jahat kedengaran. Gelak tawa yang mengundang ketakutan sehingga terasa ke tulang rusuk.
"Aku lah sayang. Siapa lagi. " pisau yang tajam itu dikuis kuis di belakang badan Riana.
Riana hanya diam membatu. Ingat badan dia pasir ke apa nak kuis kuis. Dia kuis dengan benda lain tak apa lah juga. Ni pisau?
"Sebab kau aku merana kau tak!? Sebab kau aku hidup merempat! Kau layak duduk dalam neraka! Perempuan macam kau tak layak untuk hidup! " tengking Malik kuat.
Disebabkan tidak mahu mengundang kekecohan pada orang ramai tubuh Riana ditolak kehadapan. Kunci yang berada di lantai di ambil laju lalu pintu rumah dibuka dengan laju.
Badan Riana ditolak masuk. Riana hanya mampu akur sahaja. Waktu ini juga otak tak mampu nak berfungsi apatah lagi berfikir. Yang difirkan cuma takut.
"Kau tau tak tempat kau tak layak untuk berada di sini. Perempuan macam kau ni layak untuk aku jual dekat club sana! Tapi... "
Pisau itu ditusuk dengan perlahan lahan pada tulang belakang Riana. Darah mula mengalir deras. Baju putih Riana sudah dibasahi dengan darah.
Mata dipejam erat. Tidak disangka pengakhiran hidupnya begini. Air mata keluar mengalir. Hatinya merintih agar ada seseorang menyelamatkan nya kini.
"Hyder"
Kini nama itu sahaja yang terlintas di fikiran nya. Nama yang selalu muncul di benak fikiran nya.
Malik senyum sinis. Jual organ pun boleh kaya. Berbanding dengan jual perempuan ni jadi pelacur baik dia jual organ semua ni. Kaya juga.
Riana hanya mampu redha. Jika sampai sini riwayat hidupnya dia redha.
Klak!
Nak bagi tahu ni. Bab 26 tu ada kesalahan. Siapa yang ingat nama Adriana yang tengah bergaduh dengan Aisyah tu sebenarnya Raisha tau bukan Adriana. Author pun dah bingung ni. Baru sekarang ada masa nak tengok.
Ni pun sebenarnya dah berhabuk dalam draft. Tak berkesempatan nak pub. Line yang sungguh mengecewakan jiwa raga.
Teaser ❤
" mati. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro