Bab 30 ❤
Aarif merengus geram. Dia cuba menggodam sistem kawalan perumahan Ryan itu. Namun jawapannya hampa!
Stereng kereta dihempas kuat. Dia memang dah main kasar! Rumah agam itu dilihat dari jauh. Mana mungkin dia akan menang jika dia lawan.
"Aisyah. " rintihnya. Dia kehilangan seorang ibu. Dia kehilangan seorang ayah. Hanya tinggal adiknya sahaja lagi. Keluarga yang dia masih ada.
Pistol FN five-seveN dikeluarkan dari seat belakang. Peluru diisi sehingga penuh. Dua pistol itu di sisip ke pinggang nya. Kiri dan kanan. Fikiran nya menerawang.
Flashback
Bunyi tembakan di luar kereta membuat Aarif gelisah. Pintu kereta cuba dibuka namun hampa seolah olah dikunci dari luar. Tapi mana mungkin?!
Aarif sedaya upaya menolak pintu kereta itu. Umurnya yang masih berusia lapan tahun itu mampu menghancurkan pintu itu. Kini terbuka sudah pintu kereta yang berkunci tadi.
Hutan sahaja yang menyapa pandangan nya. Kini hanya kedengaran bunyi air deras dan burung burung berkicauan. Kaki nya dihayun ke arah sebatang sungai.
Darah! Ya air yang deras itu mengalirkan air darah. Bukan sikit tapi banyak!
Bang! Bang! Bang!
Bunyi tembakan yang tidak henti membuat kan Aarif lagi dilanda kerisauan. Ibu.. Ayah... Adik..
Dia risau keadaan keluarga nya. Dia sendiri tidak tahu menahu bagaimana dia boleh datang ke sini. Malah siapa yang membawa pun dia tidak tahu.
"Ibu! "
"Ayah! " jerit Aarif. Bunyi tembakan tanpa henti membuatkan dia menangis.
Hati nya sebak. Jiwanya merana. Otak nya serabut memikirkan hal ini. Mana ibu..
Arus yang membawa aliran darah itu diikuti nya sehingga dia nampak sekujur tubuh terbaring lemah di tepi sungai.
"Ibu! " jeritnya seraya berlari laju ke arah ibu nya.
Sampai sahaja wajah ibu nya menahan sakit menyapa pandangan nya. Berkerut dahi halus ibu nya menahan sakit.
"Ibu.. Ibu kenapa ni? Kenapa banyak darah? " soal Aarif banyak. Sungguh dia risau keadaan ibu dan adiknya yang berada di dalam perut ibunya.
"Sayang.. Uhuk! Uhuk! " darah mengalir keluar dari hidung serta mulut ibunya.
Aarif tergamam. Darah mengalir deras seperti sungai itu. Ibu nya banyak kehilangan darah!
Esra iaitu ibu kepada Aarif memegang kuat batu besar disebelah nya. Esra meneran sekuat hati nya. Bibir diketap. Mata dipejam rapat.
Tercungap cungap Esra mencuri nafas. Dapat dia rasakan sesuatu di celah kangkang nya.
Aarif memandang pelik. Ibu nya ingin melahirkan adik nya kah? Apabila melihat ibu nya yang seolah tertahan tahan batu dia sedar ibu nya sedang bertarung nyawa melahirkan adik nya.
Aarif datang lebih dekat. Ibu nya dipeluk. Kuat nya ibu nya melahirkan adiknya tanpa bantuan sesiapa.
"Ibu kena kuat! Aarif tahu ibu kuat! Ibu tak boleh mengalah! " ujar Aarif semangat.
Esra yang sudah terkulai mengukir senyuman. Ya dia tidak patut mengalah. Kalau tidak anak nya akan lemas dalam perut nya. Dia tidak mahu!
"Arghh! " bergema hutan itu dengan suara jeritan ibu nya. Aarif menahan sebak. Dia tidak boleh nangis. Dia mahu ibu nya kuat!
"Arghhh!! " sekali sahaja bayi suci itu keluar dengan tangisan yang kuat. Esra mengukir senyuman. Anak ibu.
"Ibu baby.. " Aarif menunjuk baby yang berada di celah kangkang ibu nya. Sempat Esra mengerling jantina nya. Bayi perempuan! Syukur Ya Allah.
"Aarif tolong iqamat kan adik boleh? Ayah tak ada nak iqamat kan adik. " pinta Esra lemah. Badannya sakit. Lenguh.
"Baik ibu. "
Bayi tu didukung dalam dakapan nya. Bayi itu masih menangis. Perlahan lahan Aarif mengalun kan iqamat. Esra senyum bahagia. Dia bersyukur dikurniakan anak sulung lelaki iaitu Aarif. Pelindung adiknya.
"Ibu baby tak nangis dah. "
Aarif memandang ibu nya. Ibu nya itu terbaring lemah di tepi sungai bertemankan darah. Darah penuh memenuhi tubuh ibu nya.
Ibu...
Aarif datang dekat. Adik nya diletak kan di atas dada ibu nya. Dia tak mampu melihat wajah ibu nya. Ibu kuat..
"Aarif.. Bila ibu dah tak ada nanti.. Jaga adik untuk ibu.. Ibu sayang adik.. Ibu sayang abang.. Ibu sayang ayah.. Jaga mereka buat ibu sayang.. " pipi anak nya dielus lembut. Air mata mengalir.
"Ibu tak boleh pergi.... Aarif sayang ibu! Ibu tak bol--- " Aarif menghambur tangisan nya.
Esra senyum pahit. Ya Allah sungguh dia rasa sebak. Tak mampu dia lihat wajah dua orang anak nya ini. Dia tidak mahu pergi depan mata anak nya.
"Ibu tetap ada dekat hati abang. Abang kena ingat. Abang kena kuat untuk masa depan adik. Abang kena kuat untuk lindungi adik. Anak ibu kan kuat. "
"Issk.. Isk.. " Aarif menangis di dakapan ibu nya. Tanpa mereka sedar ada yang memerhati.
Ketika itu Marzuki datang dengan lelah nya. Puas dia melawan orang orang jahat itu tadi. Terkelu Marzuki tatkala melihat isteri dan anak nya itu. Ya Allah.
"Sayang.. " Marzuki melutut di hadapan isteri nya. Anak nya yang batu dilahirkan itu dilihat dengan penuh kasih sayang.
"Abang.. Jaga anak anak kita.. " Esra sedaya upaya untuk memeluk suami nya. Dan membelakangi sebatang pokok yang besar itu.
Dan..
Bang!
Membulat mata Aarif dan Marzuki mendengar das tembakan itu. Isterinya.. Ibu...
"Lari bang.. Lari.. Jaga-- anak... Kita. " Esra mengalirkan air mata terakhir. Tangan perlahan lahan terjatuh sebelum dia sempat mengucap dua kalimah syahadah.
"Ibu! " Aarif menjerit. Bayangan disebalik pokok itu dilihat dengan penuh amarah. Dia berdendam!
"Aarif bawa adik ke tempat selamat. Ayah nak bawa ibu. " arah Marzuki.
"Tapi yah.. "
Marzuki hanya senyum dan angguk. Aarif mengambil adiknya lalu dipeluk erat. Ayah nya dibelakang membuntuti langkah nya dengan mencempung ibu nya.
Ibu...
End Flashback
Aarif menyembam muka nya di stereng kereta. Dia melihat ibu nya mati depan mata nya sendiri. Jadi dia akan melihat orang itu mati dan hancur dalam tangan dia sendiri. Itu janji nya.
Air mata dikesat kasar. Adiknya dalam keadaan bahaya. Dia takkan biarkan sesiapa lagi menyentuh adiknya.
Baru sahaja dia mahu keluar dua buah kereta meluncur dan berhenti di depan kereta nya. Dia kenal kereta itu. Ryan..
Ryan keluar diikuti Aarif. Wajah mereka tegang. Insan tersayang dalam bahaya. Dia tidak akan benarkan sikit pun badan Aisyah calar oleh mereka. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah jentik ini kan mereka.
Sesiapa yang cuba sentuh Aisyah
Neraka tempat nya!
Cukup lah setakat ini. Author ngantuk. Jemari ini lenguh. Dah dua jam hadap phone. Ni kalau ibu Author tahu ini sebulan tak update. Huhuhu..
Lusa ye sayangku sekalian ❤😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro