Bab 3 ❤
Asap yang berkepul kepul dihembus keluar. Hilang tekanan sebentar memikirkan tentang hal kerja.
Wong yang melihat mengeluh perlahan. Jarang dia lihat Ryan menghisap rokok. Hanya tika dia tekanan sahaja dia akan mengambil rokok itu.
"Apa hal bro?! " sergah Wong seraya menepuk bahu kanan milik Ryan.
Ryan tersentak. Jelingan tajam dilempar buat Wong. Puntung rokok dilenyek sebelum menunjal dahi Wong.
Wong mengadu sakit. Boleh tahan sakit juga lah dahi dia sekarang. Bos tak bos makan kasut juga dia pagi ini.
"Kurang asam punya Kal! " dahi nya diurut.
"Lain kali buat lah lagi kalau nak. Bukan setakat jentik je aku boleh bagi. Kaki aku pun naik sekali. " Ryan menjeling sekilas wajah cemberut kawannya merangkap orang kanan nya itu.
Wong merengus geram. Tak jadi nak tanya. Wong berlalu ke bilik gym mereka. Daripada layan mamat tu bangus lagi dia kuatkan stamina nya.
Ryan menghantar pemergian Wong dari ekor mata. Telefon nya dibelek belek. Perasaan nya sekarang bercelaru memikirkan tentang adiknya.
"Jordan! " laung Ryan kuat.
"Hmm.. " gumam Jordan. Memang tak perasan ke dia dah lama duk duduk sebelah dia.
Ryan menoleh. Kalau tau takde makna nak teriak bagai nak rak. Buat sakit tekak je!
"Aku nak kau hantar budak pantau keadaan Hyder. Aku nak setiap satu jam update pada aku. " ujar Ryan tegas.
"Hmm.. " gumam Jordan lagi. Malas nak jawab punya pasal.
Tak pasal pasal kepala Jordan menjadi sasaran pukulan Ryan Rykal. Jordan meringis kesakitan. Tadi Wong sekarang aku pulak!
Jordan menjeling tajam sejurus itu dia berlalu ke bilik gym. Lagi baik aku layan Wong sedap sikit hati.
"Baguslah tu! Kau jangan lupa nak ambil Hyder. "
Tengking Ryan pada anak buahnya satu lagi. Anak buah nya yang bernama Syaril itu menunjukkan riak wajah pelik. Datang bulan agaknya bos dia tu. Tulah semua orang dia nak marah.
Ryan berjalan dengan penuh karisma. Sesampai sahaja di bilik nya kaki dihentak kuat. Rambut diserabai kannya. Nak je dia jerit sekarang. Ahh!
~♥~~♥~~♥~
"Wei kauorang tau tak? " Aisyah menghadap rakannya.
"Tak tau. " cantas Dayang.
"Hei! Memang lah kauorang tak tau. Aku nak kasi tau lah ni. "
"Apa? Beria semacam je. " Riana mencelah.
"Kauorang kenal kan Hyder. Alah budak nerd tu. " Aisyah menghentak hentak meja mereka.
"Takkan tak kenal kot. Abang dia jutawan. Adik nerd. " balas Dayang meluat. Abang dia bukan main handsome. Adik? Nerd!
"Tak baik lah cakap macam tu! Kalau tak sebab budak nerd tu aku rasa aku dah takde dara dah sekarang. " apabila teringat balik buat sakit hati..
"Betul ke weh?! So Hyder lah yang selamatkan kau. Serius lah! " Jerit Dayang.
Aisyah menangguk sebagai jawapan bagi persoalan Dayang. Dia pun terkejut sebenarnya. Macam mimpi tapi itu lah hakikat nya.
"Kauorang tau sesuatu tak tentang Hyder yang dia sorokkan? "
Dayang dan Riana menggeleng tanda tidak tahu.
"Kalau kauorang nak tau sebenarnya... " dapat dia lihat wajah tidak sabar mereka. Aisyah ketawa besar di hati nya.
"Cari lah sendiri.. " Aisyah terus memecut lari masuk ke dalam kelas. Mau tak kena hempuk kepala dia ni dengan beg diaorang. Bengong aku dibuatnya.
"Kurang ajar kau Aisyah! Siap kau! " nasib je lain kelas tika ini kalau tak memang dah makan kaki dah budak bertuah tu.
Aisyah terkekeh ketawa apabila mengenang wajah cemberut rakan nya merangkap adik beradik nya itu.
"Aisyah." seru seseorang dari belakang dan serta merta menghentikan perbuatan Aisyah.
Aisyah menoleh. Wajah Hyder terpampang di layar mata. Kening bertaut sebentar.
Hyder yang faham terus melabuhkan punggung di sebelah Aisyah sebelum berbicara.
"Saya nak awak rahsia kan identiti sebenar saya. Boleh? " pinta nya penuh harapan.
"Tapi kenapa? Buat apa tuhan bagi wajah yang elok pada awak tapi nak rahsia kan?" pelik Aisyah. Siapa je tak pelik.
"Saya ada sebab saya sendiri. Tolong Aisyah jangan bagi tau sesiapa. " pinta nya lagi.
"Yelah yelah. Saya tak bagi tau orang lain. Tu pun sebab awak dah selamat kan saya. Terima kasih. " katanya sambil mengucap terima kasih buat Hyder.
Hyder menangguk lalu beredar meninggalkan Aisyah. Nasib baik!
"Cish! Muka kacak nak juga rahsia kan. Kalau yang buruk pulak beria nak kacak kan muka. Pelik betuk dengan kaum lelaki ni. Memang macam ni ah? "
Bebel Aisyah. Tak dihiraukan mata mata yang pandang aneh pada nya kerana bercakap seorang seorang. Peduli apa!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro