Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29❤

"Riana. Aku nak tanya kau ni. " Aisyah mendekatkan lagi jarak antara mereka.

"Apa dia? Macam serius je. Takut pula aku. " Riana cuba ketawa kecil tapi melihat wajah serius Dayang dan Aisyah membuat dia kecut perut. Rupa mereka serupa macam harimau nak makan mangsa nya.

"Aku nak tanya. Kau pergi mana rabu lepas? Asal kau tak balik rumah? Dayang bagi tau aku kau tak pulang rumah. Lepas tu kau balik balik je dengan leher bahu lembam. Asal? "

Soalan Aisyah membuat kan Riana terkelu. Seperti suara nya hilang ditelan perasaan yang retak. Hatinya tiba tiba rasa takut dan trauma tatkala peristiwa tersebut mula menjelma. Air mata turun tanpa dipinta.

"Eh! Asal kau nangis ni? " bahu Rania diusap usap meredakan tangisan itu.

"A--aku... A--ku.. " Riana menunduk. Bibir diketap untuk menahan tangis. Tapi apa kan daya dia tak mampu.

"Ana kami ada untuk kau. Kalau kau tak cerita macam mana kitaorang nak tahu. " pujuk Aisyah.

Riana menarik nafas sedalam dalamnya sebelum menghembus perlahan lahan. Air mata dikesat kasar. Dia tak lemah!

"Malik cuba rogol aku. " sebaris ayat yang keluar dari mulut Riana membuat Aisyah dan Dayang menyirap.

"Malik cuba rogol kau?! Kurang ajar betul mamat tu eh! Kalau aku jumpa dia tu aku cincang cincang badan dia tu bagi makan an***g terus! " marah Dayang. Sesungguhnya mulut Dayang pun boleh tahan juga.

"Benda dah ja-- "

"Memang benda dah jadi. Tapi kita boleh elakkan. Nasib dia tak apa apa kan kau. Kalau aku yang datang time tu tak tunggu polis aku sebat dia dulu sampai masuk kubur. Huh jawab lah nanti dengan tuhan. Geram betul aku! "

Aisyah mengepal penumbuk. Berani dia sentuh kawan aku. Hadap aku dulu lah!

"Tak pa lah Syah. Dia takkan ganggu aku dah. " Riana menenangkan kawan nya. Ya Allah bersyukur nya dia dapat kawan macam ni. Walaupun kadang mulut tu tak ada insurans.

Aisyah dan Dayang memeluk Riana. Syukur kawannya tidak di apa apa kan oleh jantan tak guna. Itu lah kalau dah tak ingat tuhan tak kira dosa main buat je.

"Eww.. Apa you all buat ni? " Raisha menunjuk tepat pada mereka.

Aisyah mencebik. Datang dah minah senget ni. Kalau satu hari tak ganggu hidup orang tak sah. Ada je benda nak digaduhkan nya.

"Kau nak apa? " kasar sahaja percakapan Dayang. Tubuh Raisha dilihat dari atas hingga bawah. Macam biasa dia ingat U ni club ke apa?

"Nothing. " balas Raisha dengan pandangan gedik nya.

"Kalau tak ada nak cakap yang kau datang sini asal? Dah kebulur sangat nak makan penampar aku ke apa? " Dayang acah acah mahu menampar.

"Tak ingin aku nak dekat dengan kauorang ni. Eww so disgusting! "

Aisyah mula rimas. Ikut dia lah nak jijik ke, nak mereput ke, ada aku kisah.

"Eh minah gila! Kau boleh blah tak? Tak ada seorang pun yang nak tengok kau dekat sini. Datang sini buat kecoh. Baik tinggal dekat je dekat hospital gila aman sikit U ni. Tak lah kitaorang dapat dosa tengok badan kau ni.Baik kau blah! "

Panas Aisyah. Eh dah lah Malaysia ni sedia panas. Minah ni menambah panas lagi. Cuba lah dia taubat.

"Kurang ajar betul mulut kau kan?! Kau ingat kau tu bagus sangat ke huh?! Luaran bertudung bagai dalaman murahan! " tengking Raisha .

Dayang dan Riana sudah mula bengang. Bukan main dia hina kawan aku! Ni dah melampau!

"Murahan? Setahu aku kau yang murahan. Pagi dengan jantan lain malam jantan lain. Tak jijik ke? Eww kalau aku lah kan aku jijik tau. Tapi kau ni.... Setakat orang tua apa lah sangat kan? Asalkan duit masuk. "

Aisyah menjeling. Riana dan Dayang yang mahu membidas itu dihalang. Setakat minah gile depan dia ni. Celah gigi aku jelah!

Raisha mengetap gigi nya. Tangan dikepal penumbuk. Belum sampai masanya lagi Syah! Kau tunggu nasib kau!

"Aik? Diam pula? Dah bisu ke? Tak pun dah insaf. Kalau dah insaf tu bagus lah. Tapi kalau tak.. Bawa bawa lah diri tu dekat dengan tuhan yee.. "

Bidas Aisyah lagi sebelum mengangkat diri mahu beredar dari situ. Buang masa dia je nasihat minah ni. Bukan reti pun.

"Kau tunggu nasib kau! Aku akan pastikan hidup kau merana Aisyah! Aku tak akan biarkan kau hidup dengan bahagia walau sedikit pun! "

Jeritan Raisha membuat Aisyah memberhentikan langkah nya. Dia memaling memandang Raisha.

Senyuman sinis terukir dan membuat kan Raisha bengang.

"Kau tuhan ke nak tentu takdir aku? Bukan kan? So you better keep quiet. Okey? "

Aisyah melambai lambai ke arah Raisha. Puas dapat nasihat kan orang macam dia tu. Biar pun tak berguna asalkan dah tegur.

❤❤❤

Aisyah merebah kan tubuhnya di atas katil. Hilang sikit lelah nya. Dengan nak hadap assignment lagi. Aisyah naik memicit pelipisnya.

Seketika baru dia teringat. Hanya dia seorang sahaja yang berada di rumah. Sunyi? Ya itu yang dia rasakan.

Tanpa membuang masa Aisyah segera menyegarkan dirinya. Tanpa dia sedar ada banyak mata yang memerhatikan nya.

Aisyah keluar dengan segar nya. Rambut yang masih basah dikeringkan menggunakan tuala kecil. Dada nya dipegang sekilas. Sungguh dia rasa tidak sedap hati.

Walaupun ramai anak buah suami nya yang menjaga setiap penjuru rumah dia tetap berasa tidak sedap hati.

Telefon di sisi katil dicapai. Nombor suami nya didail. Apabila tidak dapat dia mencuba sehingga Aisyah sendiri mengalah.

Semua nombor dia dail tapi tidak dapat. Apa yang mereka buat? Seharian dia tidak nampak kelibat suami nya. Apa lagi tiga orang tu.

Prank!

Bunyi kaca pecah di ditingkat atas membuatkan Aisyah terkejut. Tiada apa ditingkat atas kecuali tempat gym suami nya.

Rasa tidak sedap hati kian membara. Kaki nya dihayun ke balkoni. Terlopong mulutnya tatkala melihat semua anak buah suami nya pengsan. Ada yang berlumuran darah.

Aisyah menggelengkan kepalanya. Pintu bilik nya dirapati. Sekali tekan pintu itu terus dikunci dari dalam. Seluruh badan nya menggigil. Tudung hoodie ditarik untuk menutupi rambutnya.

Macam macam doa Aisyah titipkan. Sekarang dia hanya perlu berharap dengan Allah. Penentu takdir nya. Sekiranya ada apa apa yang berlaku dengannya hari ini dia redha.

Aisyah mundar mandir dari sudut bilik hingga lah sudut bilik. Dia gelisah. Dia tidak boleh mengalah. Ilmu pertahanan diri yang ayah turunkan padanya masih segar diingatan.

Tangan nya sejuk, berpeluh. Badan nya menggigil ketakutan. Kenapa hubby lambat sangat. Bini dekat rumah dah takut oi!

Bunyi derapan tapak kaki menyentak kan Aisyah. Mata nya terarah terus pada pintu bilik. Celah bawah pintu bilik diperhati. Ada bayang yang seolah olah memerhatikan pintu itu.

Air liur ditelan kesat. Tangan sedia memegang penyapu. Haih nasib lah bilik ini ada penyapu. Senang nak hempuk kepala pencuri tak guna tu. Tau lah rumah ni besar!

Tombol pintu yang bergerak gerak itu diperhati. Sebelum...

❤❤❤

Ryan mendengus kegeraman. Fail yang dipegangnya itu dihempas kuat ke lantai. Serabut fikiran nya memikir tender yang masuk.

Fikiran nya terus hilang tatkala gambar kahwin yang tergantung besar dibilik nya itu. Baru dia ingat isterinya.

Telefon dicari di merata tempat. Dari rak meja sehingga dibawah kusyen. Semua nya tiada.

Akhirnya Ryan keluar dari pejabatnya. Qaira yang sibuk memeriksa fail itu didekati.

Qaira yang sibuk itu terus bangun dan menunduk sedikit badannya tanda hormat sebelum sebaris senyuman dihadiah buat tuan nya.

"Ya tuan. Ada apa apa saya boleh bantu? " soalnya sopan.

"Tolong dail telefon rumah aku. " ujar Ryan ringkas sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Tunggu sekejap ya tuan. " Qaira terus mendail telefon rumah tuan nya. Berkerut dahinya tatkala panggilan itu tidak bersambung. Sekali lagi dia cuba namun hampa.

"Erm tuan. Saya cuba dail tapi tak dapat sambung. " katanya perlahan.

Ryan menangguk sekilas sebelum membawa dirinya ke dalam pejabat semula. Hati nya resah memikirkan keadaan isterinya di rumah.

"Tolong panggilkan Jordan. "

Qaira hanya menangguk. Tanpa membuang masa dia terus membuka langkah menuju ke bilik khas untuk Jordan, Wong, dan Syaril. Lebih tepat kepada sesiapa anak buah Ryan datang pasti tempat itu akan menjadi tempat berehat atau bekerja mereka. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

Kad emas di tunjukkan pada pengawal itu. Anggukkan oleh pengawal itu membuatkan Qaira lega. Kot ye lah salah tak ke kau kena soalan maut oleh pak gate tu.

Kad emas itu diimbas sebelum pintu terbuka dengan sendiri nya apabila tanda hijau menyala. Qaira senyum.

Sampai sahaja dia mengetuk pintu bilik itu. Memang banyak sangat halangan. Apa yang ada dekat bilik itu pun dia tak tahu. Dia pun tak dapat nak jejak dalam bilik itu. Hanya mampu di luar sahaja.

Ketukan pintu mengejutkan Syaril yang sedang tidur. Syaril mendengus. Baru je dia lelap dah ada orang kacau.

"Oi Wong! Buka pintu ada orang datang! " bantal kecil dihumban k arah Wong.

Telefon bimbit Wong terbuang tatkala bantal kecil menyapa nya. Dia tengah seronok main game kot!

"Asal aku pula kau lah buka! " marah Wong. Telefon nya diambil semula.

"Tch! Pemalas betul lah! " Syaril datang ke pintu dengan lemah nya. Rambut nya kusut dengan baju kemeja yang disingsing ke siku. Tiga butang atas dibuka.

Dengan muka selamba nya di membuka pintu. Terpampang wajah seorang gadis berlitup manis senyum dengannya. Qaira!

Segera dia mengemaskan rambutnya. Senyum dilempar buat gadis pujaan. Cantik molek. Comel siapa tak suka.

"Maaf ganggu. Ada Jordan tak? Tuan nak jumpa. " tegur Qaira dengan lembut.

"A-ada ada! Saya panggilkan ye. "

Qaira mengangguk. Selepas menyampaikan amanah dia terus beredar.

"Jordan! Kal panggil kau! " jerit Syaril.

Jordan yang sedang bersusah payah untuk mengesan sistem kawasan perumahan bos nya mendengus geram. Dia pelik dari tadi dia cuba namun hampa.

Nak cakap kena serang tiada kod yang keluar atau lebih tepat menunjukkan sebarang kejadian yang berlaku di rumah agam itu.

Jordan melangkah keluar dari bilik yang penuh dengan alatan canggih itu. Ipad masih utuh dipegangan nya.

Sampai sahaja di depan bilik Ryan sekali ketuk dia terus memboloskan dirinya. Wajah Ryan yang kusut menyapa pandangan.

"Kal. "

Ryan terus mengangkat wajahnya. Dia serabut memikirkan hal hal yang dia perlu uruskan. Nak harap kan dua ekor tu? Lambatt lagi. Jordan sahaja yang menjadi harapan.

"Asal rumah-- " belum sempat Ryan mahu habiskan ayat dia Jordan terlebih dahulu menghulurkan Ipad padanya.

"Aku tahu apa yang kau fikirkan. Aku pun tengah cuba tapi tak dapat. Seolah olah sistem dekat rumah dah dikawal oleh orang lain. Aku cuba untuk pulihkan tapi tak dapat. Mereka gunakan kuasa yang lebih power. "

Ryan mengetap rahangnya. Tangan dikepal penumbuk. Ipad itu dipandang. Banyak kata kata carut yang muncul dari mulutnya.

"Code red now! " arah Ryan tegas.

Butang merah ditekan oleh Jordan. Sepantas kilat keseluruhan anak buah Ryan mendapat panggilan siren itu.






Jeng jeng jeng! Lambat sangat author buat part berperang ni kan? Tapi tak apa enjoy your meal

Tak terlupa juga! Author nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. Nak pantun tak?

Ayam bertelur riuh sekampung,

Pak leman sibuk dengan persiapan hari raya,

Haih cik adik bangun lah sekarang;

Hari raya Aidiladha dah pun menjelma!

❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro