
Bab 21❤
Aisyah melangkah lemah setelah keluar dari kereta Axia hitam nya. Pelipisnya dipegang akibat pening melanda. Denyutan demi denyutan menyerang kepala nya.
Hampir sahaja Aisyah melanggar sebuah motosikal Kawasaki Versys milik Ryan namun sempat ditampung oleh Jordan iaitu anak buah suami nya.
Jordan ditugaskan untuk mengawasi setiap gerak geri isteri bos nya Aisyah atas arahan bos nya tanpa pengetahuan Aisyah.
Pelik juga dia melihat isteri bos nya balik balik memegang pelipis nya. Sampai sahaja di perkarangan rumah niat nya ingin memberitahu keadaan Aisyah pada Ryan namun belum sempat memegang telefon nya kelihatan Aisyah yang kuyu kuyu berjalan ke pintu utama.
Nasib sempat dia menyambut Aisyah dari melanggar motosikal itu kalau tidak tak tahu lah nak jawab apa dengan bos nya. Mau tak dia makan peluru.
"Syah ok tak ni? Kenapa boleh jadi macam ni? " soalnya prihatin. Jujur dia cakap baru seminggu dua Aisyah tinggal disini keakraban dia dan anak anak buah bos nya disini dengan Aisyah begitulah selesa. Bagai sudah kenal lama.
Dua bulan bos nya kahwin dengan Aisyah tidak pernah dia melihat Aisyah macam ni. Keadaan begini buat dia risau apa lagi benda macam ni sampai pada bos nya.
Aisyah menggenggam lengan Jordan dengan kuat melepaskan segala kesakitan namun tidak terdaya. Akhirnya Aisyah jatuh di pegangan Jordan.
Membulat mata Jordan melihat Aisyah jatuh terkulai sebelum sempat dia menyambut. Waktu itu juga seseorang menengking nya dari belakang.
"Asal ni?! " jerit Ryan. Segera dia mencapai Aisyah yang terbaring lemah di hadapan rumah.
"Ta--k t--tau. " gugup Jordan. Rapat memang rapat tapi kalau sudah melibatkan kemarahan Ryan mendadak tinggi dia sendiri gerun melihat nya. Bukan boleh bawa main.
"Tak tau kau cakap!? Aku suruh kau awasi dia kan?! Setiap gerak geri dia maklum pada aku?! Asal kau tak buat?! "
Tengking Ryan dengan mencempung Aisyah. Mata nya tajam menikam anak mata Jordan. Kecut perut Jordan jadinya. Air liur ditelan dengan payah nya.
"Ma-maaf " sepatah yang diungkap Jordan membuat Ryan merengus geram. Memang tak boleh diharap. Ni kalau Aarif tahu terima lah nasib.
"Kalau Rif tahu memang aku lunyai kan kau! Aku heret kau sekali! Faham!? "
Lambat lambat Jordan menangguk. Mati beb! Memang mati! Kedua bos nya bukan boleh dibawa main main. Sekali diaorang marah memang kena mereka semua. Lebih menakutkan apabila melibatkan orang tersayang.
Dengan payah Jordan menelan air liur nya. Hampir sahaja gugur air mata nya namun ditahan. Masih menjaga maruah kelakian nya. Lagi lagi seorang bad boy.
"Asal ni Dan? Kenapa dengan Syah? " tegur Wong bersama Syaril. Pelik mereka melihat wajah tegang Ryan dengan Aisyah yang terkulai di dukungan Ryan.
"Mati! " Jordan menggenggam rambut nya lalu berpusing pusing di tempat yang sama. Lagi berkerut dahi Wong dan Syaril melihat nya. Apa yang mati?
"Siapa yang mati weh?! Allahuakbar?! Kau bagi tau aku cepat! " Syaril menghampiri Jordan yang jelas kelihatan kusut itu.
"Syah..." Jordan terduduk dengan lutut digenggam erat.
Terlopong mulut Wong dan Syaril mendengar. Aisyah dah mati?! Tapi macam mana?
"Arwah baik orang nya. " ujar Wong dengan gelengan.
"Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Doa yang baik baik je. " celah Syaril pula. Wong dan Syaril berpeluk sesama sendiri dengan air mata mereka. Syaril menepuk bahu Wong manakala Wong menepuk bahu Syaril.
Jordan menangkat wajahnya. Dah salah faham dua orang sengal ni?
Jordan malas mahu melayan dia terus masuk ke rumah banglo itu dengan langkah yang lemah. Belum bersedia nak mati oi!
Hyder yang baru pulang terhenti melihat pemandangan yang kurang enak apabila melihat Wong dan Syaril berpelukan. Memang sengal.
"Woi! Gay ke? " Sergah Hyder dengan jari telunjuk nya memutar di hadapan mereka.
Syaril mengesat air mata nya dengan gaya. Wong juga turut sama. Hyder berundur sedikit. Jangan dia pula terjebak sudah!
"Syah.. "
Hyder mendekati dan menggenggam bahu Wong. Wajahnya tegang sahaja. Tipu dia cakap kalau dia tak rapat dan kisah tentang isteri abang nya. Aisyah sudah dianggapnya adik kerana dia lebih tua berbanding Aisyah.
"Syah dah takda! " dengan tangisan Syaril mengungkap nya. Tersebik sebik mereka berdua.
Terpampang? Terkejut? Ya! Mana mungkin!
Laju sahaja kaki Hyder masuk ke rumah banglo itu diikuti dengan Wong dan Syaril.
Ryan keluar dari bilik nya dengan wajah yang tegang. Belum sempat dia mahu turun ke bawah untuk mengambil tuala basah depan pintu biliknya dihadiri dengan tiga wajah nya sembam.
Satu dengan wajah bersalah. Dua lagi dengan muka yang tersebik. Seolah olah baru menerima khabar buruk. Lagi pelik melihat adiknya Hyder juga turut bersama di depan bilik nya. Sedih sahaja kelihatan wajah adiknya.
"Macam ma--" terhenti ayat Jordan apabila melihat Ryan disergah dengan dengan tiga pelukan di tubuh nya. Satu Wong, dua Syaril dan diikuti dengan Hyder. Turut terjebak dengan tipuan dua orang sengal.
"Sabar bos! Semua yang hidup akan merasa kan mati. " Syaril menepuk belakang badan Ryan.
"Kami ada di sisi bos! Kuatkan semangat! " Kini Wong pula memberi semangat.
"Aku akan buat apa saja demi Aisyah. Aku akan cari orang tu sampai jumpa! Demi kau bang! "
Lagi membuak api kemarahan Ryan mendengar kata kata mereka. Kebelakang sedikit mereka apabila ditepis kasar oleh Ryan.
"Siapa kata isteri aku dah mati huh?! Ke kauorang yang nak mati! Hyder mana kau dapat maklumat tak pasti ni huh?! Wong Syaril! "
Jerit Ryan kuat. Mata nya galak memerhati empat kepala dihadapan nya ini.
Hyder menunjuk ke arah Wong dan Syaril manakala Wong dan Syaril menunjuk ke arah Jordan.
'Sudah! Aku juga yang kena' gumam Jordan dalam hati.
"Memandai kan?! Nanti kauorang jawab dengan Aarif. Siap kauorang! Hyder masuk bilik! Jangan sampai kau kena sekali! "
Ryan malas mahu melayan muka simpati mereka berempat. Disegerakan langkah nya ke ruangan dapur tanpa mengendahkan mereka berempat.
"Tak guna kauorang! Aku bagi juga makan peluru kejap lagi! " dengus Hyder. Dijeling Wong dan Syaril yang diam tidak berkutik itu sebelum masuk ke bilik nya.
"Salah kauorang lah ni! Sejak bila aku cakap Aisyah dah mati?! Kauorang hadap lah nanti! "
Dijeling Syaril dan Wong sebelum dia juga turut beredar dari tempat itu. Buang masa betul! Baik dia fikir apa alasan yang perlu dijawab dengan Aarif nanti.
"Macam mana ni Ril? Aduh mampus kita nanti? "
"Itu lah kau! Siapa suruh kau kata 'semoga arwah tenang disana' huh! Salah kau lah semua ni! " Syaril memberontak. Diikuti langkah Jordan sebelum Wong turut serta.
Aisyah dari dalam bilik sudah ketawa terbahak bahak namun tidak dikeluarkan suara. Takut kantoi!
Dibuka group girl's nya sebelum dia menyampai kan pesanan yang rancangan mereka berjaya. Ya dia berjaya buat Ryan takut! Berjaya buat buat sakit! Semua nya dihujung jari lah! Tengok hidung lah!
Long time no see huh?
Double update setelah sekian lama gue menyepi di dunia oren ini. Amacam? Puas tak? Tak puas sila duduk diam dan tunggu.
Tata titu tutu
Sis balik dulu.... ❤😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro