Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15❤

"Apa hal nak jumpa aku ni? Macam hal serius je. " soal Ryan ragu ragu.

"Memang hal penting pun. Soal hidup dan mati kau. "

"Kau jangan main main. Apa hal yang penting sangat tu!? " Ryan sudah mula tidak senang duduk.

Kau bayangkan soal hidup dan mati!? Kau rasa?!

"Aku tak main main sekarang ni. Kau ada nampak muka aku tengah senyum. Gelak gelak. Ada? Takde kan. " perli Aarif.

Isyarat mata diberi kepada Luqman. Luqman yang faham akan isyarat itu segera membuka pintu yang besar lebih kepada dua buah pintu itu sebelum figura itu membolos diri kedalam office Aarif.

Ryan mengalih pandangannya. Kening nya bertaut apabila melihat figura itu. Banyak persoalan yang berlegar legar di fikiran nya.

Aarif dipandang untuk memberi keterangan kepada nya. Malah Aarif lebih kepada mengangkat bahunya.

"Sit! " arah Aarif tegas pada figura itu.

Figura itu pun duduk menghadap Ryan dengan senyuman sinis tidak lekang dari tadi. Kaki disilang sebelum figura itu berpeluk tubuh memandang Ryan.

Ryan ketawa sinis. Jenaka apa kah ini? Sesekali Ryan menjuih bibir nya.

"Kau buat apa dekat sini? " soal Ryan tanpa nada.

"Aarif yang jemput aku. Aku datang datang lah. " balas Hyder acuh tak acuh.

"Tch! Aarif takkan kau nak libatkan adik aku? Aku tak setuju! " bentak Ryan. Meja itu ditumbuk sehingga menghasilkan bunyi.

"Celah mana aku kata aku nak adik kau terlibat dalam hal ni? Aku belum cakap apa apa dah menyampuk. Tengok sekarang?! "

Ryan hanya diam sambil memerhati adiknya di hadapan dia sekarang. Mana tidak sedap hati Aarif cakap hidup dan mati. Jenaka apakah ini?

"Rileks bang! Aku datang bukan nak gaduh cuma nak bagi kau nasihat. Itu je. " celah Hyder sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

"Nasihat? Kauorang nak bagi tau aku apa sebenarnya ni?! Boleh tak jangan guna ayat kiasan! " gertak Ryan kerana sudah hilang sabar. Biasalah lelaki!

"Aku nak kau--"

"Kahwin! " cantas Hyder teruja. Entah kenapa bila Aarif menyuruh dia memujuk abang nya kahwin dia rasa teruja.

Terbuntang mata Ryan mendengar perkataan 'KAHWIN'. Like.. Seriously what!?

"Aku tak salah dengar kan? Kahwin? Kauorang gila ke apa?! " marah Ryan. Bab perempuan dia memang pantang.

"Sampai bila kau nak hidup membujang? Umur kau dah nak masuk 30-an dah. Takkan tak ada rasa nak kahwin kot? "

Hyder mengangguk angguk setuju dengan kenyataan Aarif. Dia pun nak juga melihat abangnya kahwin.

"Apa hal kau angguk angguk! Jangan sampai hilang kepala kau oleh aku! " geram Ryan. Hatinya membara mendengar perkataan kahwin.

"Betul apa yang Aarif cakap tu. Abang nak hidup sebatang kara tanpa ada pasangan? Itu bukan kehidupan namanya. Sebab apa yang abang benci kan sangat dengan perempuan ni hah?! "

"Yang kauorang nak paksa aku kahwin dah kenapa? Buang tabiat? Ikut suka hati aku lah nak kahwin ke tak! Tu kehidupan aku bukan kehidupan kauorang! Perempuan tak penting lah dalam hidup aku! Mereka pembawa bala! "

Disebabkan kemarahan menguasai dirinya tika itu, meja panjang dihadapan nya dihentak kuat sehingga menghasilkan retak.

Hyder terkejut dengan jerkahan itu. Dia memandang Aarif yang mempamerkan riak selamba.

"Ryan! Kau kata perempuan tak penting?! Kau kata perempuan pembawa bala?! Jadi siapa yang lahirkan kau ke dunia ni? Haiwan?! Ni meja ni lahir kan?! Tak pun kau turun dari langit dengan sendiri?!

Tch! Come on lah Ryan. Fikiran tu biar matang sikit. Tanpa perempuan kau tak lahir lah ke dunia ni! Kau takkan ada apa yang kau ada sekarang! Mak kau kau susah payah lahirkan kau ke dunia sebab nak kau tengok dunia! Belajar cara kehidupan di dunia ni! Bukan jadi jantan tak guna macam kau! Sekarang kau nak kata perempuan tu tak penting?!

Kau tau tak betapa susah seorang mak nak lahirkan anak yang dia kandung 9 bulan? Perit Ryan! Walaupun aku tak pernah rasa tapi aku pernah tengok depan mata aku sendiri betapa peritnya wanita nak lahirkan anak dia. Kau nak cakap perempuan tu tak penting!

Perempuan lah yang akan bagi kau rasa ada seorang anak! Perempuan lah yang akan mengandung kan anak kau! Kau rasa kalau tak ada perempuan dalam hidup lelaki lengkap ke hidup kita? Tak! "

Bebel Aarif plus meluahkan semua yang terbuku di dalam hati. Dia geram. Kalau tak taubat lah tak tau nak cakap apa.

"So? Kisah pula aku? Lantak lah kalau dia nak lahirkan aku sekali pun. Tanpa lelaki aku tak lahir juga ke dunia ini. Lelaki lagi penting lah. "

Ryan memaparkan riak tidak bersalah. Tangan di silang di dada. Pandangan tajam Aarif dan Hyder tidak dihiraukan.

"Memang benih tu datang daripada lelaki tapi siapa yang menanggungnya? Siapa yang bawa kau kehulur hilir setiap masa? Siapa yang lahirkan kau? Perempuan! Yang lelaki tau hanya enjoy! Apa kau ingat kau turun daripada langit pastu besar sendiri sendiri tanpa makan minum? "
Satu suara lunak menyuara. Dari tadi telinga nya berasap mendengar kata kata lelaki itu.

"Aisyah?! "

"Macam mana Aisyah boleh keluar? " soal Aarif laju. Kakinya menghayun ke arah adik yang berdiri utuh di pintu masuk itu.

"Aisyah dah sihat. Aisyah nak balik. Ada masalah? " sinis Aisyah. Fikiran dan perasaan nya sekarang bercelaru.

"Mana jantan tak guna yang kata perempuan tak guna tu. Perempuan bawa bala kan? Sekarang aku nak bagi kau bala pula. Tak pernah lagi perempuan buat bala jadi aku orang pertama nak buat. Meh sini! "

"Syah stop! I don't want any fights going on in my office! Please respect! " tegas Aarif pada adiknya.

"What you say? Respect? Tch! Siapa taj hormat siapa sekarang ni! Dia! Aisyah benci dia! "

Aisyah terus melangkah keluar dari ruang mesyuarat itu dengan perasaan yang marah, geram. Eh eh ikut sedap mak nenek dia je cakap perempuan macam tu. Apa dia ingat perempuan tak ada maruah?

"Aku malas nak gaduh. Keputusan nya memang tak! Aku ta--" belum sempat Ryan ingin menghabiskan ayatnya Aarif memotong nya laju.

"Aku nak kau kahwin dengan Aisyah. Adik aku! " ujar Aarif tanpa berpaling pada Ryan seraya itu juga Aarif keluar dari ruangan itu.

"Kahwin je lah bang. Demi kebaikan kau dan Aisyah. " Hyder menepuk bahu abangnya sebelum keluar meninggalkan abangnya yang jelas kusut dengan hal ini.

"Argh! " jerit Ryan kuat.

❤❤❤

"No! Aisyah tak nak! Abang siapa nak arah arah adik! "

"I'm your brother! Your family! " suara Aarif lantang kedengaran di segenap ruang kereta itu.

"Oh jadi kalau ada title abang? Family boleh lah main paksa paksa? Abang ingat adik tak ada perasaan ke?! Adik tak suka dia! Adik benci dia! Dia sebab ayah mati! "

"Stop mengarut Aisyah! Dari mana adik tau dia bunuh ayah! Aisyah abang buat semua ni demi kebaikan Aisyah! Bukan kepentingan abang. " balas Aarif dengan laju.

"Tch! Kebaikan apa? Kebaikan puaskan nafsu dia?! Macam tu! "

Aarif mengangkat tangan nya namun terhenti apabila sedar akan kesilapan nya.

"Abang nak tampar Aisyah pula sekarang? Go ahead! "

Tangan abangnya disambar namun Aarif menepis nya laju. Pandangan nya dialih daripada memandang adiknya.

"Aisyah benci Ryan! Aisyah benci abang! Aisyah benci semua! "

Dengan itu juga Aisyah keluar dari kereta itu lalu dengan kelajuan yang dia ada dia memecut laju meninggal abangnya walaupun cuaca sekarang tengah hujan.

Aarif terkejut lalu dia turut keluar dari kereta itu. Baru sahaja dia mahu mengejar langkah Aisyah kelibat adiknya langsung tidak kelihatan. Dengan hujan yang lebat menyukarkan dia untuk melihat.

Aarif mengeluh berat. Bukan suka suka dia buat keputusan untuk kahwin kan adiknya dengan Ryan. Dia nak keselamatan adiknya terjamin. Ryan adalah seorang kawannya yang sudah dianggap saudara nya sendiri.

Fikiran nya mula berfikir untuk buat adiknya kahwin dengan Ryan. Dia tidak akan menyesal dengan keputusan nya ini. Kerana ini sahaja jalan untuk adiknya terlindung dari orang ancaman.

Seketika Aisyah menangis teresak esak di bahu jalan. Jalan raya yang kosong susah untuk dia meminta pertolongan.

Akhirnya Aisyah jatuh terduduk di bahu jalan dengan esakan yang kuat tapi lebih kuat rintihan hujan itu. Dirinya sudah dibelenggu kesejukan apabila banyak titisan hujan kena padanya.

"Kenapa abang sanggup buat Aisyah macam ni? Abang tak sayangkan Aisyah ke? "

Kepala yang berat itu menyukarkan dia untuk berfikiran. Makin lama makin dia rasakan tubuhnya lemah. Kepala nya pula berdenyut denyut.

Aisyah terbaring lesu di bahu jalan. Mata yang tadinya terbuka luas akhirnya tertutup rapat. Dunia nya kelam. Gelap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro