Bab 14 ❤
"Aku nak ayah aku! Mana ayah aku?! Aku tanya mana ayah aku!? " jerit Aisyah kuat. Habis seluruh ruang bilik itu disepahkan nya.
Doktor mau pun nurse yang diamanahkan pun tidak berani mendekati Aisyah kerana sesiapa yang datang dekat Aisyah akan bertindak agresif.
Aisyah mula berasa penat. Perlahan lahan dia tertunduk sebelum lutut nya dipeluk erat menghambur tangisan nya. Perasaan dia bercampur aduk. Dan dia tidak dapat mengawal nya.
Aarif melihat adik nya itu turut berasa kesian. Dia sebagai seorang abang tak sampai hati melihat adiknya menderita keseorangan. Kalau boleh dia nak pindahkan kesakitan yang dirasai nya pada dia.
Aarif memulas tombol pintu sebelum menolak nya dari luar. Aisyah yang perasaan akan kehadiran seseorang terus mengangkat wajahnya. Lihat sahaja wajah abangnya laju sahaja tubuh kekar itu didekati.
"Ais-- " belum sempat Aarif mahu menghabiskan ayatnya, tubuh dia dipeluk erat oleh Aisyah.
"Abang.. Mana ayah? Kenapa ayah tak jenguk adik? Adik kan tengah sakit. " adu Aisyah pada abangnya.
Aarif membalas pelukan itu sebelum mengucup lembut dahi adiknya. Belakang badan adiknya diusap perlahan.
'Ya Allah kalau boleh biar lah perkara ini cepat berlalu.'
Rintih Aarif dalam hati. Tidak sanggup lagi dia melihat keadaan adiknya sekarang. Tidak menang tangan jika hanya dia seorang sahaja yang memberi sokongan pada Aisyah.
"Aisyah mesti penat kan? Nak abang tidurkan. " ajak Aarif lembut.
Aisyah segera menangguk sebelum berjalan beriringan ke katil itu. Aisyah membaringkan dirinya menghadap abangnya di sisi nya itu.
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah "
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Nur Muhammad Salallah, Laila Hail LaAllah. "
Kejap sahaja mata Aisyah terkatup rapat apabila mendengar suara merdu abangnya selawat. Sungguh menenangkan hatinya yang gundah gulana ini.
Melihat sahaja Aisyah sudah terlelap, tangannya naik mengusap kepala adiknya berlapik tudung itu. Dahi adiknya dikucup sebelum melangkah keluar dari wad itu.
Keluar sahaja wajah Luqman terpampang di layar mata. Anak buahnya yang berkhidmat lama dengannya. Malah seluruh kepercayaan nya pun diberi pada Luqman. Kerja yang setiap diberi oleh Aarif tidak pernah mengecewakan.
"Saya dah dah dapat siapa orangnya. " ujar Luqman tanpa nada.
Ipad itu bertukar tangan. Melihat sahaja maklumat yang diberikan padanya, Aarif mula naik panas. Ipad itu diserah kasar pada Luqman sebelum beredar dari situ.
Banyak benda yang dia perlu selesaikan. Yang pasti orang itu tidak akan terlepas darinya. Dia akan bunuh orang itu dengan tangan nya sendiri. Malah lebih kejam daripada apa yang dia telah lakukan enam belas tahun lepas.
"Bos. " teguran Luqman menghentikan langkah Aarif. Spontan Aarif berpusing menghadap Luqman.
Pusing sahaja wajah Riana dan Dayang menyapa pandangan. Kelihatan Riana yang masih dalam keadaan tidak sembuh sempurna. Hasil dari orang ITU.
"Kami datang nak melawat Aisyah. Boleh? " Dayang meminta izin dengan senyuman kelat.
Dia pun kesian dengan keadaan Aisyah yang masih dalam jagaan doktor itu kerana jiwa dan perasaannya tidak menentu. Lebih kepada trauma.
"Boleh tapi jangan sampai kejutkan dia. Takut nanti kauorang tak dapat kawal perasaan dia. " kata Aarif datar lalu beredar pergi usai cakap.
Dayang sentap dengan perangai baru Aarif. Tidak dapat dinafikan lagi sifat Aarif yang berubah itu. Lebih kepada kuat marah dan sedih bila dia rasa terganggu. Akan cepat melenting sejak insiden rumah mereka terbakar.
Jujur dia kata dia terasa hati dengan sifat baharu Aarif itu. Tapi apa yang dia mampu lakukan. Dia bukan lah orang yang istimewa seperti Aisyah. Hanya Aisyah yang mampu mengawal kemarahan Aarif.
❤❤❤
Aisyah terjaga dari lena nya apabila mendengar suara alunan Yasin menyapa pendengarnya. Perlahan lahan mata yang tadi tertutup rapat terbuka dengan luasnya.
"Dayang? " sukar untuk dia mengesan orang itu kerana ruang wad nya itu hanya berkeadaan gelap. Hanya cahaya lampu meja dan sinar cahaya bandar malam sahaja menyilap di ruang itu.
Dayang berpaling apabila disapa seseorang. Yasin diletakkan dia atas rak meja lampu lalu melabuh punggungnya di ruang yang ada disisi Aisyah.
"Ya! It's me! " ujar Dayang teruja. Syukur Aisyah tidak mengamuk. Takut juga kalau tiba tiba Aisyah naik angin. Memang dia kena marah dengan Aarif.
Aisyah senyum nipis sebelum tubuh itu didakap erat. Sungguh dia rindu dengan rakan rakan dia. Sudah berminggu minggu dia tidak menghadap kerenah mereka.
"Mana Raisha? Dia tak datang? " Soal Aisyah terus.
"Ada petang tadi. Dia tak berapa sihat itu yang tak boleh lama lama dekat hospital. Esok dia datang melawat. " balas Dayang mesra.
"Tak pernah nampak pun muka kau dengan Raisha datang melawat aku."
"Kitaorang nak juga datang. Tapi setiap kali kitaorang datang abang kau tak bagi. Jadi kami pulang lah balik. Hari ini pun kami datang time kau dah tidur. Ini sekarang ni pun aku masuk senyap senyap. "
Terang Dayang. Bukan senang dia dengan Raisha nak datang melawat. Hanya mampu tengok dari luar tingkap wad itu sahaja.
"Takpe aku faham. Tak terasa hati pun. Kau datang ni pun aku dah bersyukur. Sekurang kurangnya aku ada tempat luah kan perasaan. "
Tangan Dayang diraih dengan penuh perasaan yang bercampur aduk. Tidak dapat digambarkan betapa sakit nya hatinya sekarang. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
"Dah lewat ni Syah. Kau tidur lah dulu. Aku pun nak balik dah ni. Nanti abang kau datang mampus aku kena marah. " sindir Dayang dengan ketawa kecil.
"Jangan lupa datang esok pagi! "
"Bereh bos! "
❤❤❤
"Apa hal nak jumpa aku ni? Macam hal serius je. " soal Ryan ragu ragu.
"Memang hal penting pun. Soal hidup dan mati kau. "
"Kau jangan main main. Apa hal yang penting sangat tu!? " Ryan sudah mula tidak senang duduk.
Kau bayangkan soal hidup dan mati!? Kau rasa?!
"Aku tak main main sekarang ni. Kau ada nampak muka aku tengah senyum. Gelak gelak. Ada? Takde kan. " perli Aarif.
Isyarat mata diberi kepada Luqman. Luqman yang faham akan isyarat itu segera membuka pintu yang besar lebih kepada dua buah pintu itu sebelum figura itu membolos diri kedalam office Aarif.
Ryan mengalih pandangannya. Kening nya bertaut apabila melihat figura itu. Banyak persoalan yang berlegar legar di fikiran nya.
Aarif dipandang untuk memberi keterangan kepada nya. Malah Aarif lebih kepada mengangkat bahunya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro