Main cast
꧁Lee Sangyeon as himself꧂
Lee Sangyeon merupakan anak lelaki sulung kepada keluarga Lee.
Salah satu keluarga yang agak berpengaruh di bumi salju tersebut dek kerana business turun-temurun mereka iaitu business perabot.
Bapanya berharap agar anaknya itu, Sangyeon dapat mewarisi syarikat mereka tersebut suatu hari kelak tetapi malangnya Sangyeon tidak berminat dalam dunia perniagaan.
Sebaliknya dia lebih tertarik dengan dunia psikologi. Dia lebih berminat untuk mendekati masyarakat dan mempelajari perilaku manusia. Jadi, perniagaan keluarga mereka bakal dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh adik lelaki tunggalnya, Lee Hyunjae iaitu anak kedua kepada keluarga tersebut.
Walaupun dia datang daripada profil keluarga yang agak berada tetapi sifatnya agak bersederhana dan peramah dengan semua orang. Sesungguhnya dia tidak memandang darjat seseorang yang ingin berkawan dengannya.
Dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis. Bukan kerana tidak menepati citarasanya, tetapi keutamaannya yang lebih menumpukan perhatian terhadap research studynya sehingga tiada masa untuk memberi komitmen terhadap dunia percintaan.
Sehinggalah suatu hari ketika dia mula bertugas di sebuah hospital sebagai pelajar pelatih dan bertemu dengan seorang gadis yang hampir putus harapan untuk meneruskan hidup bernama Ahn Deiji.
· · • • • ✤ • • • · ·
꧁Nana Komatsu as Ahn Deiji꧂ (Reader)
Ahn Deiji nama diberi.
Deiji atau Bahasa Inggerisnya bermaksud Daisy. Orangnya simple tetapi senyumannya sangat manis dan menawan seperti kuntuman beribu Daisy yang mekar di kala matahari terbit.
Tetapi harapannya untuk meneruskan hidup hari demi hari bak kuntuman beribu Daisy yang menguncup tika munculnya bulan.
Gadis polos yang dilahirkan dalam keluarga Ahn yang agak bersederhana itu mengalami komplikasi jantung sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.
Dia tidak boleh menjalani kehidupan normal sebagaimana insan lain yang bebas untuk berlari kesana kesini dengan teman masing-masing. Separuh hayatnya hanya dihabiskan di atas katil hospital ditemani wayar-wayar berselirat sebagai teman baiknya yang membantunya hidup selama dia bernafas.
Sewaktu kecil ibu bapanya sering bergilir-gilir untuk menjaganya di rumah sakit. Tetapi semakin menginjak usia, Deiji selalu keseorangan di wad kerana kedua ibu bapanya sibuk mencari wang demi membiayai kos rawatan Daisy yang semakin mahal.
Ya, Deiji tidak ada sesiapa selain ibu dan bapanya kerana dia adalah satu-satu mutiara hati mereka. Deiji tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Hanya hospitalschooling. Itupun dia hanya belajar kemahiran menjahit. Jika bosan di wad seorang diri dia akan menghabiskan masa dengan mengait. Bagaimana rasanya belajar secara formal dan ada teman? Dia tidak pernah ada teman rapat.
Disebabkan sering ditinggalkan seorang diri, tiada komunikasi. Dia merasakan dirinya tidak lagi berguna dan sering menyusahkan kedua ibu bapanya. Jadi dia tekad untuk menamatkan riwayatnya dan hilang daripada dunia ni buat selama-lamanya.
· · • • • ✤ • • • · ·
❥Side casts
Lee Hyunjae as
Sangyeon's lil' brother
Choi Chanhee as Sangyeon's friend who work as nurse at the same hospital.
■□■□■□■□■□■□■□■□
p/s: And... other watak yang tetiba muncul. Setakat ni... Tuje lah yang author plan.. Tapi kekadang gatal nak tukar plot so random pick je anyone. Sorrylah saya bukan oriented person. Semua tetiba je. Tak well draft pun plot😌and macam biasa penggunaan bahasa ff saya semua manglish. As percakapan kehidupan seharian saya. Saya tak reti nak pakai bahasa korea. Soryy. And macam biasalah ff saya sokmo sakit nak mati.. Ahhahaha author selalu tengok drama sakit-sakit kot dulu. Terbawa-bawa🤪 So, enjoy melalak🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro