Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

Kediaman keluarga Lee

Keluarga Lee sedang menikmati sarapan bersama-sama di ruangan bersebelahan dapur tetapi hanya tiga beranak.

"Hyunjae, abang kamu ada call tak? Dah lama dia tak balik rumah. Dia dah habis belajar kan? Dia masih marahkan papa lagi ke?" Hyunjae yang baru sahaja hendak menghirup secawan jus oren itu terberhenti serta-merta. Dia meletakkan semula cawannya itu dan memandang ayahnya. (dalam ff ni Hyunjae anak dan adik paling taat cehh)

"Tak ada lah pulak. Papa janganlah risau. Mungkin dia sibuk dengan study dia tu. Nanti Hyunjae pujuk dia supaya balik, ya." Nafi Hyunjae cuba menenangkan hati ayahnya itu. Ayah mereka semakin tua. Tidak boleh terlalu tertekan. Jika tidak serangan jantung menyerang.

Sebenarnya dia sering berhubung dan berjumpa dengan Sangyeon walaupun Sangyeon sudah tidak duduk sebumbung dengan mereka sekeluarga lagi. Setiap hari abangnya pasti mengirimkan beberapa voicenote di whatsapp mengingatkan Hyunjae supaya menjaga kedua ibu bapa mereka. Jika mereka di dalam talian, Sangyeon sering bertanya tentang khabar ibu dan ayah mereka. Sangyeon tahu dia bukan anak yang baik untuk ibu bapanya. Dia tidak dapat menunaikan hajat ayahnya untuk meneruskan legasi syarikat keluarga mereka. Dia tidak mahu Hyunjae mengikut jejak langkahnya. Mujur Hyunjae berminat dengan dunia business. Baru sahaja malam semalam Sangyeon menelefonnya yang hari ni dia akan mula bertugas di sebuah Hospital di Seoul sebagai seorang pelatih kaunselor.

"Abanglah ni, dah tau anak tu tak minat nak sambung business. Janganlah dipaksa. Biarlah dia nak buat haluan sendiri. Dia yang nak belajar, bukannya abang. Abang jugak kan yang halau dia keluar dulu dari rumah kalau dia nak sambung bidang yang dia minat tu. Tengok sampai sekarang dia merajuk dengan kita. " Bebel Puan Lee memarahi sang suami kerana perlakuan zaman lampaunya dahulu. Kemudian dia beredar dari situ sambil menahan air mata daripada jatuh. Sesungguhnya dia amat merindui anak lelaki sulungnya itu. Dia tidak mengerti kenapa suaminya itu tergamak perlakukan anaknya sendiri seperti itu. Ego sungguh suaminya itu. Semua kemahuannya harus diikuti.

"Tulah mak kamu, perempuan dia apa tahu? Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Aku lebih makan garam daripada dia." Ujar Tuan Lee menjeling pemergian isterinya itu seperti tidak bersalah langsung. Dia menyambung kembali pembacaannya yang tergendala.

"Tapi betul lah tu papa... apa yang mummy cakap tu. Papa tak sepatutnya buat abang macam tu. Di-" Ujar Hyunjae lembut tetapi kata-katanya itu pantas dipangkah oleh Tuan Lee."Kamu Hyunjae, nak jadi anak derhaka juga ke ikut jejak langkah abang kamu yang tak berguna tu?"

"Bukan macam tu..." Hyunjae diburu rasa bersalah kerana mengguris hati ayahnya. Dia hanya menunduk memandang meja. Tiba-tiba dia terpandang jam di tangan yang sudah pun menginjak ke angka 9. 'Aku baru teringat pukul 9.30 ada meeting.' Hyunjae kembali mengangkat muka dan memandang ayahnya dengan muka cemas. "Papa, Hyunjae dah lambat. Kejap lagi ada meeting dekat office. Hyunjae pergi dulu." Hyunjae bangkit daripada kerusi sambil mencapai suitcase di sebelahnya dan menyalam tangan ayahnya sebelum beredar keluar daripada rumah. 

"Hah, cepat. Baik-baik jalan. Make sure handle meeting tu okay." Tuan Lee menyambut salam anak lelakinya itu lalu menyambung bacaan.

"Jangan risau papa. Ini Hyunjae lah." Jerit Hyunjae yang tergesa-gesa mengatur langkah keluar daripada rumah.

(Baru borak dengan hanyounieee_ pasal typical malay drama. Last-last aku yang buat watak Hyunjae like typical malay drama lol🤣🤣🤣Sorry 🙏)

6 tahun lepas di kediaman keluarga Lee...

"Papa! Mummy! tengok ni? Sangyeon dapat offer sambung belajar bidang yang Sangyeon impikan selama ni dekat Seoul National University." Remaja lelaki yang memegang sehelai kertas putih itu berlari keriangan masuk ke dalam rumah selepas mendapat surat daripada abang posmen. (La ni online je lol) 

Remaja lelaki tersebut berlari masuk ke dalam bilik adiknya, Hyunjae. "JAEEEEEEE!!!"  Hyunjae yang sedang khusyuk bermain PS5 itu terus kalah. "ADUHH!!! KAU NI BISING LAH! TENGOK AKU DAH KALAH." Hyunjae meronta-ronta sedih. "Ala... sorry lah. Nanti repeat lah balik. Tengok ni, aku dapat sambung bidang yang aku nak." Sangyeon dengan terujanya menunjukkan surat tawaran tersebut kepada adiknya. "So? Tahniah lah." Jawab Hyunjae ringkas tak berminat lalu sambung bermain PS5. "Kau ni tak support betul punya adik." Sangyeon duduk di sebelah Hyunjae sambil menatap surat tawaran tersebut. Dia terasa segala titik peluh usahanya selama ini membuahkan hasil. 

Tiba-tiba... Tuan Lee masuk ke dalam bilik mereka tersebut merampas surat tawaran di tangan Sanyeon. Dengan mukanya yang amat bengis.

"ABANG!" Tak sempat Puan Lee nak menahan suaminya itu terlebih dahulu dia sudah memarahi anak sulungnya itu. Dia tidak boleh berbuat apa. Dia hanya berdiri di daun pintuberharap agar anaknya itu tidak ditampar oleh suaminya yang baran itu. 

"SIAPA SURUH KAMU MOHON BIDANG NI? PAPA DAH SURUH KAMU MASUK UNIVERSITI  YANG PAPA DAH TETAPKAN  AMBIL BUSINESS MAJOR. KENAPA KAMU DEGIL SANGAT JADI ORANG."  Tengking Tuan Lee pada Sangyeon sambil mengoyakkan surat tawaran tersebut sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. Hyunjae yang duduk di sebelah Sangyeon turut terkejut dengan tindakan papanya itu. Dia terus menutup gamenya diam seribu bahasa. 

"PAPA! JANGANLAH KOYAKKAN! SURAT TU PENTING!" Rayu Sangyeon sambil menghalang perbuatan papanya itu. Bajunya basah dek air mata yang mencurah-curah keluar tanpa henti merayu agar papanya tidak berbuat demikian. Yelah cer kau bayangkan... mood kau happy gila sebab dapat apa yang kau nak then tiba-tiba someone spoil tentang habis-habisan. Lagi-lagi orang yang kita sayang dan percaya bangkang impian kita. Sangyeon terduduk. Dengan pandangan yang kabur gigih dia mengutip semula cebisan-cebisan kertas yang sudah berterabur itu dan cuba mencantumkannya semula. 

Puan Lee tidak sanggup melihat anak lelakinya itu. Dia sedih kerana Sangyeon selalu bercerita tentang impiannya tetapi suaminya tidak pernah nampak potensi anaknya itu. Yang lelaki itu fikir hanyalah keuntungan syarikat sahaja. Sebab kan duit anak sendiri menjadi mangsa.Hyunjae pula sudah berpusing menatap dinding menahan geram dan air mata daripada jatuh. 

"SIAPA SURUH KUTIP?" Tuan Lee menepis tangan Sangyeon yang sedang mengutip cebisan-cebisan kertas tersebut tetapi Sangyeon hanya mengendahkannya.

"HEY, SANGYEON! KAMU DENGAR SINI." Tuan Lee mencengkam muka Sangyeon lalu menghadap ke mukanya. "PAPA BAGI KAMU LAGI SATU PELUANG. KALAU KAMU NAK TINGGAL DENGAN PAPA KAMU KENA IKUT CAKAP PAPA, PAPA AKAN TANGGUNG SEGALA PEMBIAYAAN BELAJAR KAMU ATAU...  KALAU KAMU MASIH BERDEGIL JUGA DENGAN PILIHAN KAMU TU, KAMU BOLEH KELUAR DARI RUMAH NI. PAPA TAKKAN TANGGUNG KAMU SE WON PUN. PANDAI-PANDAILAH KAMU HIDUP." Tuan Lee melepaskan cengkamannya kasar lalu beredar keluar daripada bilik tersebut. Sangyeon tersedu-sedan. Tak mampu dah nak berkata-kata even sepatah pun. 

"ABANG! APA NI? KENAPA CAKAP DENGAN ANAK SENDIRI MACAM TU?" Sempat Puan Lee menasihati suaminya yang baran itu.

"AH! KAU JANGAN MASUK CAMPUR. DUDUK JE DAPUR TU." Tempelak Tuan Lee.

Sangyeon kelihatan pucat sendu tak bermaya. Dia menyambung mengutip semula cebisan-cebisan kertas tersebut dibantu Hyunjae juga Puan Lee lalu dikumpulkan di dalam sebuah tin. 

Selepas selesai mengutip cebisan-cebisan kertas tersebut tanpa sebarang bicara yang keluar daripada mulut Sangyeon. Dia terus berlari membawa tin tersebut keluar daripada rumah untuk berjumpa Choi Chanhee sahabat karibnya itu. Choi Chanhee adalah orang yang tepat sekarang untuk dia meluahkan segala retakan yang berlaku antara dia dengan keluarganya. 

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

[Author rasa inspired nak buat ff ni lepas baca kisah budak yang telan 5 biji panadol sampai mati tu😭😭😭sedih gila baca member dia punya tweet. Korang kalau ada simptom-simptom stress or depress janganlah sampai buat macam tu tau. Ingat kita ada iman. Bunuh diri tu dosa besar. Haram! Sis sayang readers sis. If nak luah pape feel free to dm me😊]


Remember that kita tak pernah keseorangan. Kita ada dia untuk mengadu. Dia Maha mendengar. Mungkin kita tidak dapat seperti apa yang kita harapkan tetapi dia itu Maha Adil dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Paling penting jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain. Belajarlah untuk bersyukur terima kehidupan kita seadanya insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat. Aamiin✨

Tudiaaaa boleh jadi Iddin tak? 🤣 Sekian tazkirah malam ni. Selamat berpuasa Arafah esok and after Raya Haji sambung pub ff Q pulak. Esok dah  busy masak rendang ketupat😜Maklum lah tahun ni tak jumpa Aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

✶⊶⊷⊶⊷❍⊶⊷⊶⊷✶

Raya-raya gak yang penting #kitajagakita

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro