RJ. XXVI
━━━━━━R A N G E R J O H N N Y━━━━━━
Haera menemani ayahnya di klinik, membantu tugas harian ayahnya sebagai doktor veterinar. Pilihan yang dibuatnya ini adalah paling terbaik baginya, menjaga ayahnya dan memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran lagi.
Coat putih digantung belakang pintu, Haera berganjak hendak keluar, hari ini dia akan keluar bersama Soyeon, Jinyoung dan Dokyeom.
Namun, niatnya terhenti apabila pintu dibuka menampilkan sang ayah. "Haera, appa minta tolong kamu tengokkan anak anjing pelanggan setia appa ni."
"Pelanggan setia?"
"Ya. Appa nak keluar sekejap ambil dos ubat dekat farmasi, boleh kan?"
Haera mengangguk tanda faham, "Appa hati-hati dekat jalan."
Pintu ditutup dan dibuka semula. Haera terkejut kerana dia sangat kenal lelaki tersebut. Pelanggan setia itu, diakah? Appa maksudkan lelaki ini? Encik John─
"Awak apa khabar, Haera?"
Memang tidak salah lagi, ini betul encik Johnny yang aku kenal dulu. Haera mengangguk malu, bila teringatkan hari itu. Hari...
- flashback mode on -
Haera menampar-nampar wajahnya berkali-kali. Penat Yuju dengan Soyeon bertanya akan setan apa yang merasuki kawan mereka yang satu itu. Haera enggan memberitahu mereka.
"Tolong jangan lupakan apa yang saya buat tadi."
Macam mana Haera hendak lupakan sedangkan itu adalah ciuman pertama baginya? Sepatutnya ciuman pertama dilakukan dengan pasangan, tetapi?
Haera sendiri keliru dengan status dirinya di mata Johnny.
- flashback mode on -
"Encik John- ah, maksud saya ada apa dengan anak anjing encik ni? Ada sakit apa-apa?" Tanya Haera, sebaik sahaja terjaga dari lamunannya.
"Bukan dollar yang sakit, saya yang sakit."
"Tapi encik, ini klinik haiwan─ "
"Saya sakit tapi saya dah sembuh sebab ubatnya ada depan mata saya ni."
Tolong sedarkan Nam Haera dari fantasi meliar ini. Gumam Haera dalam hati. Tapi di salah, ini realiti. Buktinya, dollar kencing di lantai bilik tersebut.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro