RJ. XXV
━━━━━━R A N G E R J O H N N Y━━━━━━
Selepas beberapa bulan berlalu, Haera sudahpun graduate, begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.
Yuju dalam perancangan melanjutkan perjalanan ke luar negara, United States. Jinyoung pula akan berpindah ke Pohang, tinggal di sana bersama neneknya, dia lebih memilih untuk hidup di san menjaga nenek dan atuknya yang sudah lanjut usia.
"Yuju, kau jaga diri dekat luar negara tu tau! Ingat kita ni orang selatan, jangan terpengaruh sangat dengan budaya orang barat tu." Haera memeluk Yuju dan menasihati rakanny tersebut.
Yuju hanya mengangguk sambil berlinangan air mata. Memang mereka semua berkumpul di lapangan terbang antarabangsa Incheon sekarang, kecuali Dokyeom.
Si kuda gila itu masih belum munculkan batang hidungnya, ah aku kesah apa, pedulilah... Yuju menggumam sendirian, tercari-cari akan Dokyeom.
"Kau cari Dokyeom kan?" Jinyoung membuka bicara, sambil melipat lengannya di dada. Soyeon yang memerhatinya sudah cair tapi masih mampu menahan diri.
"Ah- eh, mana ada. A- aku... aku saja tengok sana sini, tengok tourist dari Perancis tu." Yuju menunjuk ke arah pasangan suami isteri dengan anak lelaki mereka yang kecil digendongan sang ayahnya.
"Dari mana kau tahu itu tourist dari Perancis?" Kali ini, Soyeon pula menyoal.
Nampaknya, Jinyoung dan Soyeon sudah sepakat berfikiran satu jalan untuk mengusik Yuju. Si gadis yang diganggu itu menyembunyikan wajah merahnya kerana malu dari dilihat oleh Jinyoung dan Soyeon.
"Haera, teman aku pergi tandas kejap." Soyeon menarik lengan Haera beredar dari situ meninggalkan Yuju dan Jinyoung.
Jinyoung juga berganjak ingin pergi, "Yuju, kau tunggu sini dulu kejap. Aku nak pergi beli makanan."
Yuju ditinggal sendiri. Ayah dan ibunya duduk memerhati dari jauh─ soalnya, tadi memberikan privasi kepada Yuju dan rakannya sebagai ucapan selamat tinggal kepada anak mereka.
Yuju berpeluk tubuh.
Bahunya disentuh dari belakang. "BOO!"
Si gadis menoleh ke belakang, tertangkap akan kelibat Dokyeom yang tersengih menampilkan baris giginya.
"Pabo-yah!" Rambut Dokyeom ditarik tanda geram. Si kuda itu tidak sah jika tidak buatkan dirinya sakit hati. Ada sahaja Dokyeom datang menganggu Yuju.
"Yuju.."
"Apa!"
"Tadi kau cari aku kan?"
"Eh- ma.. mana ada."
Yuju berdiam diri, Dokyeom tersengih macam orang gila ─ Lagi-dan lagi.
"Kau tak tanya kenapa aku datang lambat?"
"Bukan urusan aku pun."
Dokyeom mengisi kedua tangannya dalam kocek coat dufelnya. "Kau tak pernah ambil tahu sebab apa aku suka kacau kau?" Dokyeom memandang tepat anak mata Yuju, si gadis membalasnya bagaikan beradu kekuatan.
"Sebab aku suka kaulah bodoh!" Dahi Yuju dijentiknya. Yuju menyapu dahinya yang sakit. And act like she doesn't hear anything from that man.
Yuju berjalan meninggalkan Dokyeom diam di situ menuju ke ibu ayahnya.
Dokyeom bodoh! Kenapa baru bagitahu sekarang???
➳❥ tbc
thankyou for 3k reads!
maaf lambat update sebab saya sibuk ✊
korang rasa yuju dengan dokyeom akan end up together? if anyone betul, saya akan update lagi esok!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro