RJ. XXIV ⚠
yang bawah 13 tahun,
pegi main game cacing sana shuh! 😤😂
part ni taklah terlalu eksplisit tapi- tanggung sendiri kalau dah terbaca ya!
------
"Haera..." Panggil Johnny.
Mereka berdua kini duduk bersebelahan, Johnny turut melayan Haera dengan movie boboiboynya itu. Si gadis pula bertekuk lutut dengan berselimutkan mantel tebal sendiri.
"Hm?" Haera hanya berdehem.
"Tolong..." Johnny menjedakan katanya sebentar, Haera yang tertanya-tanya itu lantas menoleh.
Johnny mengikis jarak antara mereka sehinggakan Haera dapat merasakan deruan nafas lelaki itu menyentuh kulit pipinya. Apa yang encik Johnny nak buat─?
"Encik John- " Matanya terbutang luas apabila ulas bibir Johnny menekan bibirnya. Hanya sekejap, namun meninggalkan kesan yang hebat. Bagaikan kupu-kupu menari diperut─ Haera rasakan sensasinya.
"Tolong jangan lupakan apa yang saya buat tadi."
------
Haera dan rakannya sudahpun bertolak pagi itu. Dengan membuang pandangan ke luar tingkap kereta yang dipandu oleh unclenya Haera, gadis itu tetap mendiamkan diri.
Dalam fikiran Dokyeom, Haera itu bersedih kerana meninggalkan Johnny. Sebaliknya, berbeza dengan buah fikiran Yuju— bahawa Haera itu memikirkan keputusan tugasan mereka.
Dari sisi lain pula, Johnny merenung kawasan perhutanan Deokchweo dari atas menara cabin ditemani oleh Jungwoo.
"Kalau ikutkan penelitian yang aku dah buat, kayu balak dekat kawasan berdekatan sungai tu dah sesuai untuk ditebang sebab kayu tu dah nak rosak."
Johnny masih berdiam.
"Rasanya, kayu tu dimakan ulat." Lanjut Jungwoo lagi, namun tidak dilayan. Sebaik sahaja dia memerhati rakan bicaranya itu, oh patutlah. Mengkhayal rupanya...
"John." Panggil Jungwoo.
Johnny masih dengan posisinya seperti tadi.
"John!" Jungwoo menyiku kasar Johnny. Lelaki ranjer yang satu itu agak terkejut namun pandai menyembunyikan reaksinya.
"Apa!" Marah Johnny.
Marah untuk cover kecuaiannya yang kedapatan mengkhayal. Gumam hati Jungwoo. "Kau dengar tak tadi aku cakap pasal apa?" Tanya Jungwoo.
"Pasal apa?"
"Sahlah ni. Mengkhayalkan dia." Ujar Jungwoo dengan nada mengejek. Johnny pula hanya berdiam malas hendak melawan. Nanti ketahuan bahawa apa yang dikatakan oleh Jungwoo itu benar dan tidak patut disangkal.
"Kenapa tak ucap selamat tinggal dekat dia pagi tadi?" Jungwoo bersuara lagi.
Menyoal kebenaran yang dilihatnya pagi tadi, walaupun mereka— dia dan Yuta sibuk menghantar Haera dan rakannya pulang. Masing-masing mengucapkan selamat tinggal, Johnny pula menghilang entah ke mana.
"Dia? Siapa lagi ni Jungwoo..."
"Haera-lah!"
Johnny berdiam lagi, dan lagi. Akhirnya dia membuka bicara semula, "Setiap pertemuan tidak sepatutnya berakhir dengan perpisahan."
Jungwoo pula yang terdiam kali ini, masih memproses kata-kata Johnny. Menanti lanjut katanya.
"Perpisahan tanpa mengucapkan selamat tinggal itu, menjanjikan pertemuan semula."
➳❥ tbc
Johnny be like...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro