Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RJ. XXIII

━━━━━━R A N G E R  J O H N N Y━━━━━━

Hari terakhir.
Sebelum hari esok tiba.

Haera dan rakan kumpulannya yang lain sudah siap berkemas, tugasan juga sudah disiapkan, hanya perlu menghantar ke Professor sahaja dan mereka berlima akan graduate.

Malam ini, Haera duduk bersendirian di tower menara cabin— merenung masa depannya, sama ada hendak meneruskan pelajaran atau berhenti selepas bergelar sarjana.

Alasannya, Haera pastinya akan mendapat tawaran belajar ke luar negara. Bahkan sebelum ini, dia pernah mendapat tawaran belajar di Amerika dalam jurusan Paleontologi, di universiti ternama di negara barat itu.

Namun, Haera menolaknya dengan alasan— menjaga ayahnya. Ayah Haera sudah lanjut usia, namun masih sahaja mahu bekerja. Haera hanya tinggal ada ayahnya, ibunya sudah pergi meninggalkan mereka 5 tahun yang lalu kerana barah kanser.

Mungkin, Haera berfikir yang— cukupkah dia belajar sehingga ke tahap ini kerana dia patut sentiasa berada di sisi ayahnya. Ayahnya itu bekerja menguruskan klinik haiwan miliknya sendiri.

Haera juga berfikir, dia akan membantu ayahnya di klinik mereka tersebut. Menjadi seorang doktor veterinar bukan susah baginya, melainkan adanya tunjuk ajar sang ayah.

Suara kartun Boboiboy dan Gopal yang bertelagah dengan Adudu si kepala kotak itu hanya diabaikannya, padahal laptop yang menayangkan movie Boboiboy The Movie 2 itu menjadi layanan beberapa minit yang lalu. Fikiran Haera sudah melayang.

"Ekhem-!"

Lamunan Haera dikejutkan oleh suara orang berdehem, bila dipandangnya orang itu adalah Ranjer Johnny yang sedang berjalan menuju ke arah Haera.

Lelaki ranjer hutan itu mengambil tempat duduk di samping si gadis termenung tadi, "Belum masuk tidur lagi?" Tanyanya tiba-tiba.

Haera yang terkejut itu lantas mengangguk kekok. Sangat kekok. Bahkan, Johnny belum pernah membuka topik bila berbicara dengannya ─ selalunya, Haera sendirilah yang banyak mulut harus mulakan topik dahulu.

"Esok dah nak balik?"

"Y-ya." Haera mengetap bibirnya sendiri.
Kenapalah aku perlu gugup bila waktu macam ni?

Dia sendiri hairan, mungkin sebab malam ini adalah malam terakhir Haera bersua muka dengan lelaki yang mencuri hatinya selama berada di hutan jagaan lelaki ranjer ini.

Bahkan, Johnny bersikap acuh tak acuh dan menganggap Haera itu cuma main-main. Ya memang, kedengaran seperti guarauan. Tapi, itulah Nam Haera— tak pandai meluahkan cintanya sehinggakan dilabel sebagai sebuah gurauan senda.

Haera sebenarnya kecewa dengan Johnny.

➳❥ tbc

lamanya tak update 😢
bukan idea tak ada, tapi terlalu sibuk dan
banyak kekangan bila nak menaip.
lagi-lagi, saya baru sihat dari demam.

insha Allah, fanfic ni akan siap
sebelum masuk bulan September!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro