RJ. XXII
Johnny tiba-tiba datang ke menara. Dengan tiga cawan coffee dibimbitnya dalam beg kertas. "Ambil, seorang satu." Johnny meletak coffee itu atas meja dan duduk diantara Mark dan Haera.
Menjadi pengacau daun.
Mark mencebik geram.
"Uncle dari mana?" Tanya Mark.
"Bandar. Ada urusan sikit." Jawab Johnny pendek.
"Dah selesai?" Tanya Haera pula.
"Mm-hm." Johnny hanya membalas dengan berdehem kecil.
Mark pula sengaja membuka semula buku latihannya, minta diterangkan soalan chemistry pula.
"Noona, tolong Mark seimbangkan persamaan alkohol ni, bolehkan?" Mark dengan pout eyes lagi. Haera jadi lemah.
Johnny hanya memandang sekilas anak buahnya itu ekor mata. Naik menyampah dirinya, macam manalah Haera boleh survive dengan perangai Mark begini? Johnny sendiri bingung.
Johnny juga tahu yang Mark banyak meluangkan masanya di sini dengan Haera. Nampak sangat yang budak lelaki 14 tahun itu selalu berkepit dengan Haera macam belangkas.
"Boleh, apa sahaja yang tak boleh untuk Mark yang kiyowo ni!" Haera mencubit kedua pipi Mark. Johnny hanya memerhati dengan ekor mata tanpa perasaan langsung.
Gagal lakonan Haera mahu cemburukan encik Johnny. Lantas pipi Mark ditolaknya menjauh dan menyelesaikan persamaan kimia tersebut.
"Okay siap!"
"Thanks noona."
"Ya ya." Jawab Haera acuh tak acuh.
"I love you, noona."
"Ya, ya."
"Noona balas dulu, i love you too."
"I─ "
Belum sempat Haera bersuara, Johnny memintas. "Mark, jangan ayat perempuan yang lebih tua. Dia tu sesuai jadi aunty kamu berbanding girlfriend."
Diam. Suasana senyap seketika. Mark dan Haera masih memproses kata-kata Johnny tadi. Tahulah Haera itu sedar itu, gap umurnya dengan Mark ialah 9 tahun. Manalah Haera pernah terfikir suka dengan budak-budak.
Lagipula, Haera bukan pedofil macam Johnny.
"Tapikan..." Mark menongkat dagunya, berfikir sebentar. "Mark dah faham apa maksud uncle tadi." Dia bersorak gembira.
Haera terkejut, Mark ni kenapa pula?
Johnny mengangkat kening seakan isyarat, faham apanya?
"Haera noona sesuai jadi aunty Mark kan? Maksudnya, Haera noona mesti kahwin dengan uncle dulu barulah boleh jadi aunty Mark!"
Serentak Johnny dan Haera saling berpandangan. Mark sudah larikan diri turun dari tower tinggalkan mereka berdua.
➳❥ tbc
wat r u talkin bout john? 😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro