RJ. XVIII
Hari ini, Haera dan kumpulannya menjalankan pemerhatian ke atas tapak tinggalan dinosaur itu. Selepas sahaja dari sana, mereka bergegas pulang.
Itu kerana Dokyeom yang berkeras hendak pulang awal. Dia takut nanti Haera akan menghilang seperti hari itu, padahal Haera tiada niat pun untuk menyusahkan orang hari ini.
"Haera.." Soyeon menyiku Haera dari samping.
Gadis yang sibuk dengan kanta pembesar itu berhenti daripada membuat pemerhatiannya tadi. "Apa Yeon?" Tanyanya.
"Budak lelaki tu jatuh dari mana? Kenapa aku tiba-tiba nampak dia muncul dekat sini?" Tanya Soyeon straight to the point tanpa ditapis terlebih dahulu.
Macamlah Mark itu makhluk asing yang jatuh dari langit, atau hantu bangkit yang tiba-tiba muncul. Gumam Haera dalam hati.
"Dia Mark, anak buah encik Johnny yang baru datang kemarin." Jawab Haera pendek. Yuju juga memasang telinga dari sampingnya.
"Tapikan, aku selalu nampak budak itu asyik berkepit dengan kau kenapa? Jangan-jangan kau guna minyak dagu untuk santau uncle dia tapi budak tu yang kena─ AVV SAKITLAH! "
Yuju tidak dapat menghabiskan bicaranya. Dia menyapu kepalanya yang diketuk oleh Dokyeom dengan ranting kayu.
"Mulut tu mulut! Main tuduh-tuduh orang." Tegah Dokyeom.
"Suka hati akulah, aku cakap Haera bukan Dokyeom kuda. Jadi apa masalah dengan kau hah kuda!" Yuju masih menyapu kepalanya yang sakit.
"Awas kalau ada benjol keluar, aku suruh ranjer Jungwoo belasah kau." Ugut Yuju.
"Eleh tak heranlah setakat power ranger uwu tu. Ranjer apa muka inesen, harimau pun tak kecut tengok dia. Apatah lagi Lee Seokmin ini!"
Yuju sudah melarikan diri pergi ke arah Jinyoung yang mencatat pemerhatian mereka di buku nota. Malas melayan Dokyeom, jika dilayan nanti makin menjadi-menjadi drama sinetronnya.
Semua cerita dia mahu edit, dasar di tukang edit. Yuju bergumam sendiri dalam hati kerana geram. Jinyoung cuma menggeleng kepala tanda pasrah.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro