RJ. XIX
Haera duduk di pondok cabin tempat mereka menginap itu, ketiga lelaki ranjer sibuk dengan urusan sendiri.
Haera sedang menyusun lembaran kertas kerja mengikut muka suratnya. Tinggal beberapa laporan sahaja, assignment mereka akan siap.
Hanya perlu ditaip didalam laptop dan boleh menghantarnya melalui online. Namun, di tengah-tengah hutan begini manalah ada rangkaian. Tunggu satu minggu lagi, mereka akan pulang.
Di situlah, mereka akan menduduki semester akhir dan menjadi lulusan. Haera juga berfikir sama ada hendak sambung pelajaran atau mula bekerja sahaja.
"Noona!" Mark datang dengan exercise booknya. "Mark nak minta tolong, boleh?" Mark dengan pout eyes dan bibir dijuihkan. Boleh jadi penyangkut baju alahai~
"Boleh, noona pun dah habis kemas semua ni." Jawab Haera.
Jujur sahaja, kehadiran Mark disini sedikit menyedapkan hatinya. Mark itu lucu dan juga baik, berbeza dengan uncle Johnnynya itu.
"Ini latihan physics. Mark kurang fahamlah bab haba ni, nak cari muatan haba atau haba pendam dahulu?"
Haera memerhati soalan itu sekilas, dia bukankah pelajar sains namun dulu waktu sekolah tinggi dia pernah pelajari benda ini.
"Mark kena tahu beza muatan haba dengan haba pendam. Cuba perhatikan kedua rumus ni, huraikan setiap satu unitnya dulu baru Mark dapat cari apa soalan tu mahu." Terang Haera.
Seketika kemudian, Yuju dan Soyeon datang selepas bangun dari tidur petang mereka. Turut join Mark dan Haera di situ.
➳❥ tbc
nah kita belanja gambar dua ranjer hawt-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro