Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RJ. XI

"Ah, uhm- Encik, erm-- encik.. Johnny." Nafas dihela lega, Haera tidak tahu sejak bila di jadi gagap sebegini.

Apa tidaknya, mereka berdua duduk bersebelahan. Persetankan, jantung Haera yang berdegup seakan-akan hendak meledak itu. Memang Johnny itu tidak sihat untuk jantung orang perempuan.

"Terima kasih." Potong Johnny.

"Sebab apa?"

"Pagi tadi."

"Oh.." Haera kelu kata, dia hanya mampu tersengih sambil menggaru pipinya dengan jari telunjuk.

Jantung dan mulutnya tidak boleh diajak bekerjasama buat masa sekarang! Adakah ini tanda cinta—

"Satu lagi, jangan percaya apa yang Jungwoo cerita dekat awak." Kata Johnny. "Lagi-lagi, tentang saya." Lanjutnya lagi.

Haera hairan, mana satu dia hendak percayakan ini?
Memang perangai lelaki semua begini kah?

------

Sebaik sahaja majlis pada malam itu selesai, Johnny sukar untuk melelapkan matanya. Padahal, jam sudah menunjukkan angka 12 malam.

Sepatutnya, dia masuk tidur lebih awal kerana jadualnya esok akan melawat Chimpanzee di pusat pemeliharaan dan pemulihan haiwan liar. Chimpanzee itu adalah satu-satunya haiwan liar yang diemui di hutan jagaannya tersebut.

Chimpanzee bernama Goofy itu jinak dengan Johnny, dia kenal akan Johnny. Jadi, hari esok Johnny akan melawat Goofy di sana.

Badan digulingkan ke hulu ke hilir, di sisi lain — Haera juga tidak dapat tidur. Dia mengalami insomnia. Tiba-tiba sahaja datang penyakit itu tanpa diundang, terpaksalah Haera menunda kegiatan mereka untuk hari esok.

Masuk hutan semula untuk mengkaji kembali tapak peninggalan rangka dinosaur tersebut.

Haera menghidap anemia sel sabit. Kurang gizi atau kurang tidur menyebabkan dia mudah letih dan pitam. Harapnya, hari esok dia tidak akan menyusahkan orang lain.

➳❥ tbc

double update! ada deobi di sini?
saya ada buat fanfic project series baru.
cast, the boyz. jemputlah singgah okei!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro