RJ. X
hi :) long time no see.
------
Malam itu, selepas berjaya membanteras kegiatan pembalakan haram pada pagi tadi, ranjer Jungwoo dan ranjer Yuta merancang majlis kecil-kecilan untuk meraikan Haera si hero eh ralat — heroin, dan heronya pula, adalah ranjer Johnny.
Barbeku dan campfire. Mereka duduk di bawah pokok besar, bersebelahan dengan cabin tempat tinggal mereka itu.
"Cheers for Haera!" Dokyeom mengangkat tin sodanya menjulang tinggi. Disambut juga oleh yang lain turut mengikuti tingkahnya. Support member daripada di bluetick.
Jinyoung hanya berdiam diri, lelaki itu hanya akan bercakap bila ada perlunya. Suaranya bagaikan mahal sekali, mungkin satu patah mengeluarkan emas ckckck.
Soyeon dan Yuju makan barbeku sambil berborak dengan ranjer Yuta. Mata Dokyeom makin sepet memerhatikan kemesraan Yuju dengan ranjer Yuta. Siap bertepuk tampar lagi itu, meletuslah gunung beraninya Dokyeom!
Haera menunggu daging yang dipanggang itu cukup masak, dibantu oleh ranjer Yuta. Ranjer Johnny mengambilkan air minum tambahan ke dalam cabinnya.
"Haera, awak suka dekat Johnny, kan?" Soal Jungwoo dia memang tahu sebab Haera juga berkongsi soal perasannya terhadap Johnny pada Jungwoo.
Tanpa berlengah gadis kecil itu mengangguk laju.
"Serious?" Tanya Jungwoo memastikan.
"Dua-rious." Jawab Haera sambil tersengih lucu.
"Tapi, kalau saya cakap awak jangan ambil hati ya.." Jungwoo bersuara semula. "Saya tak jamin yang Johnny akan balas perasan awak, sebab— "
" —Soda dah habis, tinggal cola je ada. Ambil seorang satu."
Haera mencebik geram, Jungwoo menggantungkan ayatnya disebabkan oleh kedatangan Johnny. Panjang umur ini orang, sebut nama dah muncul.
Jungwoo berganjak berdiri, mengambil kayu api untuk ditambah pada unggun api sebelum api mati. Namun, Haera sempat menahan lengan lelaki ranjer itu.
"Awak hutang cerita dekat saya tau."
"Kalau awak nak tahu sangat, tanya tuan punya badan lagi senang." Jawab Jungwoo dan, Haera beranikan diri berjalan ke arah Johnny yang duduk bersendiri.
Dokyeom dan Jinyoung dengan dunia mereka sendiri — satu bermain dengan kelip-kelip, satunya lagi membaling batu ke dalam api.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro