RJ. VI
"Johnny, rasanya kayu balak dekat kem tu.." Jungwoo menelan ludah perit, dia risau hendak mengatakannya. Namun, dia patut beritahu Johnny. "Ada yang nak cuba tebang."
"Apa?" Johnny berganjak berdiri, dia menuju ke almari dan mengambil teropong untuk melihat ke arah kem yang dimaksudkan oleh Jungwoo.
Kem itu, adalah kem yang dilestarikan oleh mereka yang terletak 500 meter jauhnya dari tempat cabin mereka tinggal.
"Ha'ah. Pokok balak tu dah nak tumbang." Kata Johnny sebaik sahaja dia selesai memerhati.
Teropong disangkut pada batang lehernya, lekas-lekas Johnny keluar dari menara cabin itu menuju ke kem tersebut.
"Btw, Jungwoo. Macam mana budak-budak tu semua?" Tanya Johnny.
Dia tahu pagi tadi mereka semua sudah bertolak ke tapak peninggalan rangka dinosaur itu, bersebelahan dengan sebuah gua kecil.
"Ada Yuta, yang temankan dorang." Jawab Jungwoo ringkas.
Segera, walkie talkie dikocek baju vest seragam dicapai. Firasat Johnny tak baik kali ini. Bukan sebab dia risaukan orang-orang tak bertanggungjawab menebang kayu balak secara haram, tetapi....
Dia risau dengan budak-budak itu.
- flashback mode on -
Johnny duduk bersendiri di menara cabinnya. Menikmati suasana petang- matahari tenggelam sambil menghirup secangkir coklat panas.
"Encik Johnny!" Haera tercungap-cungap nafas, setelah berjaya mendaki tangga terakhir menara itu.
Cukup tinggi jugalah, sebab itu adalah tower untuk ranjer memerhati semua kawasan keliling hutan. Haeta kemudiannya duduk berhadapan Ranger Johnny.
Lelaki itu cuma memerhati sekilas dan sibuk dengan matahari tenggelam semula. Sejak 4 hari Haera dan kawannya di sini, hampir setiap hari jugalah Haera suka menggangu Johnny. Walaupun sudah diberikan peringatan awal, Haera tetap berdegil.
Sebab apa? Sebab Haera sudah nekad.
"Tolong jangan renung saya lama sangat macam tu." Tegur Johnny, dia masih tidak berganjak dengan posisi asalnya.
Haera menekup mulutnya, kedapatan dia curi-curi pandang akan Ranger Johnny. "Mana adalah, encik ranjer." Haera cuba berdalih.
"Simpan renungan tu untuk lelaki yang lagi kacak dari saya" Ujar Johnny, "Itupun, kalau awak jumpalah." Lanjutnya lagi.
Waktu itu juga, Haera rasanya hendak terjun lompat dari atas menara itu. Betapa gembiranya hatinya, ranjer Johnny berkata sedemikian.
Namun, dia cuba sembunyi reaksi dengan berfikir semula skripnya. Tujuan awal dia datang berjumpa ranjer Johnny petang itu adalah— minta maaf sebab ceroboh masuk bilik baby box itu, dan confess!
➳❥ tbc
ada nampak vibe haera ni macam arim dekat fic sir mark kan?
yup! haera jenis girl yang muka tembok dan moodmaker. so, jangan heran. samalah juga dengan arim yang confess dulu dekat semak dia 😂
mari baca fic jaehyun yang baru di publish, jemputlah ke acc -zkdlin 🙋🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro