Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RJ. V

[ Haera POV ]

Waktu malam. Aku, Yuju dan Soyeon tidur di cabin yang disediakan. Awalnya, kami hendak menawarkan tidur di khemah sahaja. Tetapi, abang-abang ranjer melarang.

Takut nanti, ada binatang buas tersesat. Habis kami dibaham.

Padahal, petang tadi Ranger Yuta mengatakan, binatang buas yang dihebahkan kononnya itu langsung tiada di hutan ini. Yang ada hanyalah serangga.

Sebab, hutan ini dipelihara. Lagipula, mereka menjaga hutan ini daripada pembalakan haram.

"Yuju, Soyeon. Korang nak tahu satu cerita tak?" Tawarku. Kami bertiga sedang berbaring atas katil single masing-masing. Aku berada di tengah.

"Apa? Ceritalah."       "Nak dengar jugak!"
Serentak jawab mereka berdua.

"Tahu Ranger Johnny kan?" Tanyaku.

"Tahu!" Sekali lagi serentak.

"Tadi, aku masuk satu bilik dalam cabin dia. Dan korang tau, aku nampak apa dalam bilik tu?" Semangat aku bercerita, mereka juga semangat mendengarnya.

"Baby box, dan banyak lagilah barangan baby dalam bilik tu." Lanjutku lagi.

"I think, Ranger Johnny dah kahwinlah." Soyeon menyuarakan pendapatnya.

"Nope. Dia belum kahwin lagi."

"Ataupun, dia duda?" Potong Yuju.

Aku menggeleng. "Ranger Johnny belum kahwin lagi, Yuju.." Ulangku.

"Atau, dia ada anak luar nik— " Belum sempat Yuju mengahabiskan bicaranya, aku memintas.

"—Yuju, Ranger Johnny belum kahwin lagi!" Tak sengaja, tindakan refleks aku bercakap dengan nada yang meningkat oktaf sedikit.

"Chill. Kenapa kau pula yang marah?" Soyeon menyampuk.

"Lagi satu, dari mana kau tahu Ranger Johnny belum kahwin lagi?" Sampuk Yuju pula.

Checkmate. Mati aku, lekas-lekas selimut ditarik menutup muka. Jujur sahaja, malu. Abaikan mereka berdua ini, dan masuk tidur. Sebelum mereka tahu yang aku sudah korek rahsia.

Sebab petang tadilah, aku sempat bertemu dengan Ranger Jungwoo dan bertanyakan soal Ranger Johnny. Dia mengatakan, Ranger Johnny belum berkahwin.

Di, waktu itu juga. Aku rasa ada peluang. Tak tipu lagi, aku suka dekat Ranger Johnny walaupun layanannya hari ini kadar denganku.

Membayangkan sahaja, dia mengangkat aku sewaktu ketiduran bawah pokok itu, argh ! kenapalah aku tak tersedar waktu tu!

Mungkin sahaja, bilik itu adalah privasinya. Tak apa Haera, ini Nam Haera lah! Tidak salahkan tersuka dengan abang ranjer???

[ End POV ]

➳❥ tbc

rasanya, baby box tu apa kaitan dengan ranger johnny?
do vomments tau! saya semangat nak siapkan ff ni cepat ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro