Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RJ : SC. I

maaf saya menghilang lama tanpa update special chapter merungkai misteri haha. thanks pada yg tunggu dan masih setia dgn fanfic ni, anyway enjoy it! vomment sekali yaww jangan baca serius sangat!

━━━━━━R A N G E R  J O H N N Y━━━━━━

Lea meneguk ludah kasar, dia kelu tanpa kata-kata. Checkmate-- menggambarkan situasinya sekarang. Segala rancangannya gagal, semua sudah terbongkar oleh Johnny.

"I beg you John, please don't do this to me..." Rayunya sambil merangkul lengan Johnny.

Si lelaki pula hanya memijat pelipisnya. Runsing dan bingung membuatkan kepalanya sakit, di tambah lagi dengan hatinya yang sakit dan membara.

Lea sudah menipunya hidup-hidup. Si wanita penyihir itu hampir menjerat Johnny ke dalam perangkap tipuannya. Mujur sahaja dia berfikir, dan menyiasat niat awal Lea pulang ke Korea.

Sebuah sampul besar dihentak atas meja, dan Johnny berdiri dari duduknya. Rangkulan si wanita penyihir itu dilepaskannya kasar. "Justin tu bukan anak aku!" Ucapnya dengan nada marah.

Segala pujuk rayuan Lea diendahkan, satu persatu lembaran kertas dalam sampul di buka oleh Johnny dan ditujukan kepadanya.

"Kau tengoklah sendiri bukti ni semua!"

Test DNA jelas menunjukkan Justin tidak sepadan dengan Johnny. Bermakna anak kecil itu bukan anaknya-- bukan berbapakan Johnny.

Hari itu, di bilikㅡ dia mengambil sehelai rambut Justin dan rambut Lea di sikat. Juga helaian rambutnya sendiri dihantar ke makmal untuk menjakankan ujian dna. Tindakannya itu wajar dan tengoklah hasilnya.

"Sorry John. Im so sorry... Awalnya i tak berniat pun nak buat macam niㅡ" Belum sempat Lea menoktahkan rayuannya.

Johnny memintas dahulu. "ㅡBagitahu aku anak tu anak siapa!" Marahnya.

Lea menunduk lemah. Dia mengalah. Terpaksa mengaku dengan perancangannya. Dia sudah kalah.

Kebenaran akan selalu menang tetapi perlu mengambil masa.

"Ten.." Lirihnya perlahan. Johnny serius memandang Lea kerana ridak dapat mendengarkan dengan jelas apa yang dikatakan oleh Lea tadi. "Justin tu anak Ten."

"Dengan siapa?" Tanya Johnny. Walau dia sudah tahu, tapi dia ingin memastikan si wanita penyihir ini tidak menipunya lagi.

Lihat dari reaksinya Lea yang terdiam seribu kata. Johnny seakan faham, benar sangkaannya. Menurut test dna itu juga Justin sangat padan dengan Lea. Bermakna Lea adalah ibu kandung kepada anak itu.

"Ten dekat mana sekarang?" Tanya Johnny lagi.

"Actually, Ten yang rancang semua ni sebab dia tak nak anak tu. We have a drink and i was drunk that night, I can't clearly remember... but, " Lea menangis lemah, walau Johnny tahu itu bukan lakonannya, dia tetap tak mahu tunjuk kasihan anak Lea.

"Tiba-tiba i pregnant.." Lanjutnya lagi. "Lepas saya lahirkan Justin, family Ten dapat tahu. Mommy dia jumpa saya dan berkeras tak nak kami bersama."

Mommy Ten tidak mahu masa depannya anaknya hancur. Beristerikan wanita penyihir yang hobinya pamer-pamer paha dan dada, serta berpakaian yang kurang bahan. Wanita seperti Lea tidak layak mendampingi Ten.

"Saya besarkan Justin seorang dekat UK dan Ten kirim wang belanja setiap bulan. Dalam setahun, boleh dikira berapa kali Ten jenguk anak dia."

Ten bukan tidak mahu anak itu, tetapi dia risau mommynya akan dapat tahu dia masih berhubungan dengan Lea, mata-matanya ada di mana-mana. Dia akan dilengserkan dari menjadi sebahagian keluarga.

Jadi, Ten dan Lea merancang untuk mempermainkan Johnny. Lea terpaksa akur kerana kasihan akan Justin yang membesar tanpa kasih ayah. Semua rancangan ini dikepalai oleh Ten sendiri. Sungguh kasihan nasib Justin berbapakan seorang lelaki yang tak bertanggungjawab. Apapun, Johnny tidak sepatutnya dijadikan mangsa, atau paling tepat bapa sanggup.

---

Lea mengatur pertemuan bersama Haera di sebuah cafe tertutup. Justin dibawanya bersama. Haera tidak sedar air matanya menitik sedikit mendengarkan cerita Lea.

Hati perempuannya gugur. Tidak disangkanya Lea yang kelihatan seperti wanita tangguh dan berdikari namun penyihir itu mengalami nasib yang sebegitu. Membesarkan anaknya sendiri tanpa kasih sayang dari Ten, ayah kandung kepada Justin.

"Lea, maafkan saya..."

"Sepatutnya, saya yang minta maaf dekat awak." Lea menggengam erat tangan Lea. Tanda dia betul-betul tulus meminta maaf, "Saya tak patut masuk dalam cerita kamu berdua."

"John-- Johnny nampak bahagia dengan awak." Ujar Lea sambil tersenyum. Justin digendongannya turut tertawa manja, "Saya nak minta tolong awak satu, Haera.."

Haera mendengar dengan fokus, Justin bermain dengan jarinya. "Jaga dan urus Johnny untuk saya. Kahwinlah dengan dia."

---

Di sisi lain, Johnny sangat puas dapat melepaskan amarahnya kepada Ten. Lelaki itu jatuh tersungkur di lantai, dek kerana tumbukan keras Johnny pada wajahnya.

Rahangnya mengeras tanda menahan amarah yang sama, namun dia pendamkan sahaja kerana dia tahu dia patut menerima ini. Ten sebangat itu harus menerima pelajaran.

Dia yang mencari gara-gara melibatkan Johnnyㅡyang sama sekali sudah tiada hubungannya dengan Justinㅡ walau sudah lama berpisah dengan Lea. Salahnya juga kerana rancangan busuknya itu.

Pipi disapu perlahan. Tumbukan Johnny bukan alang-alang, sakitnya bukan main kepalang. Tetapi, dia wajar menerimanya.

For what he have done to her and his sons, he should deserved it. He is a bastard for sure.

Johnny melangkah dari studio gym itu tanpa berkata apa-apa. Amarah yang dia tahan sudah dilepaskan.

---

A few weeks later.

Satu minggu. Genap sudah satu minggu lebih dua hari Haera mendiamkan diri, sibuk di klinik. Ayahnya juga hairan dengan perubahan sikap anaknya.

Johnny juga satu, sudah tiada khabar, mengunjungi klinik juga sudah tidak lagi. Mungkin sahaja mereka sudah tiada apa-apa lagi. Ujar lelaki tua itu dalam hati, tetapi susah untuk dia faham akan percintaan orang muda zaman sekarang. Rumit.

Berfikiran positive, mungkin sahaja Johnny sibuk menguruskan hutan. Yalah orang kerja ranger. Forest ranger bukan power ranger ya!

Dentingan notifikasi menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi line, Haera menjeling sekejap skrin handphonenya yang menyala.

Mark 🍉
| aunty,
| uncle John sakit.

Haera menggeser noti itu ke tepi, malas mahu ambil tahu. Mark ini bukan boleh percaya sangat orangnya.

Mark 🍉
| send a location.
read.

Selepas membaca chat berkenaan, Haera berfikir sejenak. Mark mungkin tidak menipunya kerana lokasi itu menunjukkan Hospital Besar Saesarang.

---

Haera memukul-mukul katil yang menempatkan Johnny. Sangat sakit hatinya dengan lelaki ini. Sudahlah tidak memberi khabar, perihal Johnny yang sakit ini juga dia rahsiakan.

Mark di luar wad pula mengusap-usap telinganya yang naik merah kerana ditarik oleh Haera. Mark juga satu, bersubahat dengan unclenya untuk merahsiakan hal ini.

Tangannya beralih mengusap air mata Haera yang jatuh perlahan, "Cengeng." Ucapnya. Haera masih dalam mood marahnya. Tapi Johnny ada pula masa untuk melawak dengannya.

"Yang jatuh pokok tu kan saya, awak pula yang nangis." Johnnya masih dengan perlakuannya seperti tadi. Beruntung pula Haera tidak menepis tangannya.

"Yalah, awak pun satu. Tak bagitahu saya yang awak dah lima hari kat hospital." Haera mula membebel dan marah, mahu sahaja dia menangis lagi melihat kaki kanan Johnny yang berbalut cement dari paras lutut ke kaki.

"Ini kan cuma jatuh pokok. Belum kena baham harimau ke, kena tanduk oleh babi hutan atau.." Kata-kata Johnny tertunda, perutnya berkeroncong menyampuk.

"Mark ni nak kena, uncle dia tak bagi makan lagi ni dah jam berapa?.. Ni ke anak buah yang jaga uncle yang sakit!" Bebel Haera lagi. Semenjak meningkat usia ni, Haera banyak marah dan bebel. Perubahan hormon kot.

Tanpa membuang masa, Haera memberi Johnny makan. Nasib sahaja dia ada membawa bekal dari klinik tadi, sekadar stew dan teh panas.

"Haera.."

"Hm?"

"Awak tak marah saya?"

Haera hanya berdiam, sambil menyuapkan mulut Johnny. Membiarkan pertanyaan itu tenggelam oleh suasana.

"Atu inggu.. aya ak umpㅡ"

"Habiskan dulu makan tu, baru cakap lagi."

Haera berdiam lagi. Dia tahu apa yang Johnny cuba sampaikan. Tapi sengaja untuk memancing suasana. Sebelum dia mengatakan sesuatu hal yang lebih serius.

"Satu minggu saya abaikan awak, awak tak marahkan saya?"

Haera menggeleng laju. "Awak sakit dan saya faham. Tapi, saya tak puas hatilah awak tak bagitahu pun awak sakit."

"Saya tak nak awak risaukan saya."

"Apa guna saya dengan awak, kalau saya tak bolehㅡ" Haera mendiamkan diri, memutuskan bicaranya. Dia patut straight to the point sahaja kali ini.

Johnny pula menanti lanjutan katanya dengan fokus.

"Seminggu sebelum Lea pulang ke UK. Dia ada jumpa saya," Haera memulakan bicara, "Dia dah ceritakan yang sebenar."

Air muka Johnny berubah menjadi tenang dan serius. Dia sebenarnya tidak suka menyebut hal yang bersangkut paut soal Leaㅡ masa lalunya yang kelam.

"Lea ada pesan satu dekat saya sebelum dia pergi, jaga dan urus awak." Haera mengatup bibir, Johnny mengangkat keningnya ingin tahu lanjutannya lagi. "Dan kahwini awak."

Johnny mencapai tangan Haera sambil menggengamnya erat, "Buatlah apa yang dia pinta, jaga dan urus saya."

"Uhmㅡ"

"Soal kahwin tu, memang saya dah lama ready tapi awak yangㅡ aduh aduh!" Haera mencubit perlahan lengan Johnny. Dia mengadu kesakitan sambil menyapu kawasan lengannya yang dicubit.

"Tunggu dulu awak recovery sepenuhnya, saya taknak bersanding dengan awak dan kaki awak yang cacat tu. Memalukan majlis saya, kahwin dengan OKU."

"Naughty girl!" Johnny menarik tengkuk Haera, menyatukan bibir mereka hanya sekejap. Haera agak terkejut dan tercalit rasa rindunya. Dia rindu akan sentuhan Johnny dan perlakuan lembutnya terhadap Haera.

"Uncle! Masa untuk makan tengahㅡ ah i don't see anything! I swear to  god, i don't see!" Mark menutup semula pintu wad, sambil menutup katanya dengan sebelah tangan. Lauk bekal ditinggal depan pintu. Sok innocent.

<jangan sok innocent pula nmpak pic kat bawah ni 😛😂 >

[ keys : 80 votes for 2nd spec chap ]

dah habis tulis tapi publishnya nanti XD
saya nak silent reader vote dulu!
jangan asal baca je tapi tak support saya 😛

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro