Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

RJ. IV

Haera menggeliat kecil, bangun sahaja dia sudah di atas katil. Seraya, semua tempat diteliti. Aku di mana? Haera pelik, tadi bukankah dia tidur bawah pokok?

Langkah kaki diatur menuju ke sebuah bilik yang gelap, entan kenapa dirinya tertarik dengan bilik tak berpenghuni itu berbanding pintu utama cabin yang memang terbuka.

Haera masuk ke dalam bilik itu, dan lampu dihidupkan. Bilik itu agak kemas, tapi peliknya ada sebuah baby box di situ. Juga permainan kanak-kanak yang banyaknya satu bakul. Tak lupa juga, tak lupa juga hiasan bilik itu seolah-oleh timezone untuk kanak-kanak.

"Siapa benarkan awak masuk bilik ni?"

Haera tersentak, dia segera menoleh ke belakang. Seorang lelaki berdiri depan pintu dengan vest warna hijau gelap. Pakaian ranjer hutan. Dengan tag nama, Johnny Suh.

"Mi- mian, saya keluar sekarang." Haera berjalan keluar. Jujur pandangan lelaki itu agak menakutkan.

"Kalau saya tahu akan terjadi macam ni tadi, saya takkan bawa awak masuk cabin saya." Ujar Ranger Johnny dengan nada agak dingin.

Haera menunduk, dia tahu dia salah. Kalau sahaja, dia boleh bagi alasan yang dia menyangka bilik itu adalah pintu keluar atau tandas. Alasan itu tak cukup kukuh lagi.

Haish! Haera buntu.
Baru hari pertama, dia sudah buat hal. Cari masalah.

Ya, Johnny membawa gadis yang ketiduran itu berehat sebentar di cabin miliknya. Sebab, cabin yang akan ditinggal oleh mereka sedang dibersihkan dan dikemas oleh rakan-rakan Haera.

Untuk tidak membangunkan tidur nyenyak si gadis, Johnny dengan niat baik tumpangkan rumahnya.

Tapi, malang. Rahsia dirinya hampir terbongkar, bahkan Haera itu orang asing bagi Johnny? Tak patut diketahui oleh Haera soal bilik rahsia itu.

"Lupakan apa yang awak nampak tadi, dan jangan cer— "

"—Ya, saya janji! Saya tak nampak apa-apa, saya tak cerita dekat orang lain!" Haera memintas, telapak tangan diangkat seperti gaya orang bersumpah.

Gila apa Haera tidak kecut bila dimarahi oleh ranjer, silap-silap dia ditembak dengan senapang gajah.

"Awak boleh keluar, dan jangan datang sini lagi." Ujar Johnny, tanpa pandang Haera.

Gadis itu terkebil-kebil berlari keluar — sebelum ditembak dengan senapang gajah kononnya.

"EEE SOMBONGNYA ABANG RANJER TU, MACAM TAHI EEE" Sambil berlari keluar, Haera membebel macam nenek yang kehilangan penyapu terbangnya.

➳❥ tbc

nah, triple update sebab otak lebih bekerjasama dengan jalan cerita fanfic ni! do vomments tau ❤

johnny : silent reader akan ditembak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro