RJ. I
this is my 6th fanfic nct as the series!
do show your support by vote and comment sampai fanfic ni habis.
jangan lupa baca as series yang lain okay!
------
"Choi Yuna, Nam Haera, Lee Seokmin, Jeon Soyeon, dan Woo Jinyoung."
Sebut Prof. Baek Palshik, memanggil nama setiap kumpulan yang telah dibahagikan olehnya sendiri. Dengan alasan, yang lemah harus sekumpulan dengan yang berkelebihan- iaitu pandai.
Buktinya, Soyeon dan Seokmin adalah pelajar lemah. Markah assignment selalu rendah. Sebab itulah, mereka perlu bimbingan rakan yang lebih pandai.
"Nam Haera." Panggil Prof. Baek.
Haera tersentak, tadinya dia memeriksa kasutnya. Kakinya sakit dan memerah. Sneaker yang dipakainya hari ini terlalu sempit sebab sneaker yang selalu diguna olehnya ke kuliah basah lencun kerana meredah hujan.
Tak kering, sebab matahari tak muncul-- musim hujan melanda bumi Seoul. Terpaksalah, Haera memakai sneaker simpanannya dua tahun yang lalu. Semakin sempit sebab si Haera itu berkaki gajah.
"Nam Haera." Prof. Baek mengulang kembali, "Kamu jadi ketua kumpulan satu, saya bagi tempoh selama sebulan. Lokasinya, "
Prof. Baek menjedakan sebentar katanya, dan melihat semula ke meja di mana ada peta terbentang dan buku catatannya menuliskan lokasi setiap kumpulan.
"Hutan Deokchweo."
"Cari bukti Dinosaur pernah hidup di situ,"
"Nae!" Haera akur.
Seraya dilihat rakan kumpulannya di belakang. Mereka semua tersengih risau, sebab apa? Sebab hutan itu pernah dihebahkan dengan cerita haiwan buas— harimau, helang, gorilla, dan mungkin juga ada dubuk.
Habislah mereka.
------
Mereka berlima sedang duduk bersila atas rumput berlapikkan tikar mengkuang di taman Sungai Han. Berbincang soal tugasan yang diarahkan tadi.
"Aku tetap dengan keputusan aku tak nak join korang!" Jinyoung melipat tangan di dada.
"Tak nak ikut, tak nak ikut." Yuju merengek. Penumbuk dihentak mengena rumput sebagai sasaran.
"Siapa yang nak jadi umpan harimau? Hoam~" Ujar Soyeon malas, dia menguap sebentar. "Aku tak nak." Lanjutnya lagi.
"Aku masih nak hidup lagi, hiks- " Dokyeom mula dengan drama sinetron tak berbayarnya. "Aku banyak dosa, kahwin pun belum lagi." Hingus meleleh disedut masuk semula.
"Ish, pengotor!" Yuju menumbuk bahu Dokyeom, dia geli.
"Alaa aku merayu dengan korang..." Haera dengan pout eyesnya, tanda dia betul-betul merayu dengan rakan pasukannya ini.
"Ini dah semester akhir kita. Lepas ni, mungkin kita dah tak berjumpa...."
"Ha yelah yelah." Jinyoung mengalah.
"Asal jangan aku yang jadi umpan bagi makan harimau, aku join." Soyeon membalas.
"Silap-silap kat sana kita kena babap dengan dinosau-" Kata Yuju terpintas.
Dokyeom menjentik dahi Yuju, "Dinosaur dah lama punah lah debab!"
Yuju menyapu dahinya yang dijentik Dokyeom itu, sakitnya hanya Yuju yang tahu.
"Kalau ya pun, jangan jentik dahi aku!"
"Tadi kau tumbuk bahu aku boleh pulak!"
"Kalau dibandingkan sakitnya ni. Kau jentik lagi sakit dari aku tumbuk!"
"Tak kesah, yang penting adil."
Yuju naik marah, Dokyeom ini memang suka menganggunya dan buatkan dia sakit hati. Apatah lagi mereka kali ini sekumpulan, tidak tahulah apa akan terjadi nanti.
Mungkinkah Halley Comet akan menjurus bumi semula atau T-rex wujud kembali? Kita tunggu dah lihat sahaja nanti.
Atau mereka menjadi santapan haiwan buas di sana? Oh, semestinya tidak! Abang 'power ranger' datang menyelamat!
➳❥ tbc
28, Johnny Suh as Himself
❛❛ apa awak ingat saya tinggal dekat hutan bermakna saya tak berminat dengan perempuan? you got it wrong, young lady! ❜❜ - Johnny si ranjer hutan.
---
23, Nam Haera as You / Reader
❛❛ Encik Johnny ni, ranger atau power ranger? ❜❜ - Haera si penggangu ketenteraman.
---
23, Lee Seokmin as Dokyeom
❛❛ sambil menyelam minum air, sambil buat tugasan aku pikat kaulah sekali. ❜❜ - Dokyeom si tukang ambil kesempatan.
---
23, Choi Yuna as Yuju
❛❛ aku lagi rela dimakan beruang, daripada satu khemah dengan Dokyeom gila tu! ❜❜ - Yuju si speaker.
---
23, Woo Jinyoung as Jinyoung
❛❛ buat apa kita kaji binatang yang dah punah ni? ❜❜ - Jinyoung si blank.
---
23, Jeon Soyeon as Soyeon
❛❛ walaupun kat sini banyak abang ranjer yang hensem, aku tak tahu kenapa aku lagi tertarik dekat lelaki rambut ungu tu.❜❜ - Soyeon si bingung.
------
abe johnny jadi abang ranger hutan kali ni hehe, saya saja nak cuba role baru 😂 sorry kepada yang mengharap Sargeant Johnny (berdasarkan komen readers di fanfic captain jaehyun nak fanfic johnny sbg Sargeant), role abang askar dah ada so kita mula dengan abang ranger ya?
[ next or delete? ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro