Chapter 9
Mata bundar gadis itu tidak henti melirik ke arahnya bagai mencari jawapan. Sepertinya gadis itu tidak dimaklumkan kenapa dia berada di situ.
"Bapak kau jual kau dekat aku." Ryan menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.
Membuntang mata Evelyn apabila mendengarkan kenyataan itu. Tegarnya ayahnya itu menjual anak sendiri kepada orang lain?
"I nak balik. Tolong lepaskan I." Dengan spontan gadis itu melutut di hadapan Ryan. Ternaik kening jejaka itu melihat Evelyn yang sudah pun melutut sambil merayu di hadapannya.
"I takkan kacau life you. I akan buat apa saja yang you nak. Tapi tolonglah lepaskan I."
Ryan mengherotkan bibirnya.
"Kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan kau?"
Evelyn mengangkat wajahnya yang dari tadi menekur lantai itu memandang tepat ke dalam anak mata Ryan.
"Apa maksud you?"
Ryan berjalan menuju ke katil lalu punggungnya direbahkan ke atas katil.
"Mulai hari ini, kau milik aku. Dan aku bukan milik kau. Kau kena tinggal dalam rumah ni. Tak boleh keluar tanpa kebenaran aku," tegasnya sambil meregangkan ototnya. Mata dipejam sebelum dia membaringkan diri.
Terkebil-kebil mata bulat Evelyn memandang lelaki di hadapannya itu.
"I bukan milik you," gumamnya perlahan. Kepalanya serabut memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada Ryan. Lelaki itu membuatnya tidak tenang.
"Aku dengar, Rose."
Ternaik kening Evelyn. Rose?
"Aku bukan nak buat apa pun dekat kau. Aku cuma..." Ayatnya digantung membuatkan Evelyn menunggu jawapan daripada lelaki itu.
Ryan bangun daripada posisi baring. Mata hijau itu redup memandang Evelyn. Tangan gadis itu dicapainya secara spontan. Tersentak gadis itu dibuatnya.
"...aku perlukan bantuan kau."
Evelyn masih lagi diam membiarkan Ryan menyambung ayatnya. Bantuan apa yang lelaki ini perlukan?
"Okay, kita buat perjanjian. Kau dengan aku. Kita kahwin kontrak."
"Kahwin kontrak?"
Ryan mengangguk kecil.
"Ya, kontrak. Kau kena lahirkan zuriat aku. Dan selepas bersalin kau nak pergi mana pun aku akan lepaskan kau. Tiada halangan. Aku cuma perlukan pewaris. Untuk Daddy aku yang kempunan sangat nak cucu. Boleh?" Tangan putih mulus Evelyn diusap. Mata gadis itu ditatap dalam-dalam.
'I know it! Kau bukan Vy. Your eyes more beautiful.' Ryan tersenyum kecil. Ya, gadis di hadapannya itu mirip bekas kekasihnya. Tapi jika diperhatikan daripada dekat, warna mata gadis itu berwarna coklat perang. Berbeza dengan mata bekas kekasihnya iaitu hitam pekat.
"Apa benefits yang I akan dapat? I tengok macam you sorang aje dapat benefit. It's not fair." Berkerut dahi Evelyn. Dia tidak berpuas hati. Memanglah dia untung dapat suami kacak, tapi selepas dia selamatkan melahirkan anak mereka, dia harus meninggalkan anak dan suaminya.
"Kau untunglah dapat suami hensem macam aku."
Evelyn mencebik.
"Tch! Iyalah. Kau akan terlepas daripada bapak kau. Aku akan lindungi kau. Seinci pun aku takkan bagi dia sentuh kau."
Evelyn memandang Ryan bersama bertindan tindih dahinya. Bagaimana lelaki itu tahu?
"Tu parut dekat lengan kau. Lain kali pakai baju lengan panjang. Kang tak memasal orang cakap aku yang pukul kau. Sekejam-kejam aku, aku tak pernah pukul perempuan."
Evelyn menunduk melihat lengannya yang lebam itu. Ya, itu parut lama. Namun, kulitnya yang putih mulus itu memaparkan lebam itu jelas di pandangan sesiapa yang melihatnya.
"Tapi you cengkam rahang I haritu." Perlahan dia berkata.
Ryan memagut dagu gadis itu untuk memandang ke arahnya.
"I thought you're her. Perhaps, you're not. Then, I'm sorry for that."
Evelyn menggaru kepalanya. Her tu siapa?
"Kita pernah jumpa ke? Atau I ada buat salah dekat you? Sebab I nampak you macam tak suka I."
"...atau muka I macam ex-girlfriend you?"
"You tengok muka I, you teringat..."
Mata Evelyn terbuka luas. Maknanya apa yang dia cakap tempoh hari adalah benar belaka. Patutlah marah si bapak singa di hadapannya ini. Rupanya dia yang tersalah cakap.
Ryan melepaskan tangan Evelyn. Lalu dia bingkas berdiri.
"Anything about me, kau boleh tanya Skye. Dia adik aku. Selalunya dia suka mengemis dekat ruang tamu rumah aku ni. Kalau kau nak pusing tengok kawasan rumah ni, pergilah. Cuma bilik bawah tanah, jangan jejakkan kaki kau dekat sana. Haikal ada dekat luar, dia akan teman kau ke mana saja kau pergi. Kecuali bilik air."
Ryan mencapai tuala mandi di penyangkut dan berjalan menuju ke kamar mandi.
"Kejap, Sir!" Entah bila si Evelyn ini mengejar langkah Ryan. Kini dia berada di hadapan Ryan sambil mendepakan tangan.
"Kau nak ikut aku mandi?"
Bagai darah menyerbu ke muka Evelyn. Habis merah wajah gadis kecil itu.
"Bukan. I nak tanya. Mana bilik I?" Dia menunduk menekur lantai.
"Inilah bilik kau."
Evelyn terus mengangkat wajahnya.
"Tapi ini macam bilik Sir aje."
Ryan memeluk tubuhnya. Matanya masih menatap wajah manis gadis itu.
"Tadi kan kita buat deal. So, kau dengan aku sebiliklah."
Wajah Evelyn berubah kelat bagai tercekik air liur sendiri.
"Kita kan belum kahwin. I tak selesa tidur dengan lelaki. Tambah-tambah kita tak ada ikatan."
Ryan mengangguk faham. Walaupun Evelyn tidaklah nampak alim dan pemakaiannya tidaklah menutup sepenuhnya. Tapi rasa malu dan segan itu masih ada dalam dirinya.
'You're totally different from her.'
"Okay, malam ni kita kahwin. Tepi sikit. Aku nak mandi." Ryan menolak sedikit tubuh genit Evelyn menepi dan terus masuk ke kamar mandi.
Evelyn masih terpinga-pinga. Malam ni? Mamat ni gila ke apa? Kahwin tu macam main pondok-pondok ke?
Kepalanya digeleng laju-laju. Dia mengeluh panjang. Mulai hari ini, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro