Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8

Dia sedang menunggu gadis itu tiba di bilik peribadinya. Sejujurnya dia tidak tahu nama dan rupa gadis yang dia beli daripada pemiutang yang mencagarkan anak gadisnya sebagai bayaran hutang. Ryan menghadap pintu apabila pintu bilik itu terbuka.

"Lion, they're here." kata pembantunya, Mario sambil berdiri di muka pintu.

Ryan melihat seorang lelaki tua yang lengan bajunya dipegang oleh anak perempuannya.

Ternaik keningnya apabila anak matanya bertentangan dengan anak mata gadis itu. Bibirnya mula melekuk senyuman kecil.

Gadis manis itu mempunyai rambut berombak hitam panjang, dan mata koko bersilau yang cantik. Dia memakai tank top putih dengan pull over kelabu dan seluar pendek denim. Dan sedikit pun Ryan tidak terkejut untuk melihat kecantikkan gadis itu.

"S-sir...."

Membulat besar mata Evelyn. Terpapar jelas riak wajahnya yang terkejut dengan adanya Ryan di situ.

"....Ryan?"

"Papa, apa kita buat dekat sini?" Gadis itu bertanya kepada ayahnya, dengan ketakutan di matanya.

"Diam!" jerit ayahnya.

"Lion, aku dah bawa anak perempuan aku untuk kau. Kiranya hutang aku langsai."

Tersentak Evelyn dengan omongan ayahnya itu. Segera dia menoleh ke arah ayahnya.

"Papa, cakap apa ni?!" Sedikit meninggi suaranya. Tidak sangka ayah kandungnya sanggup berbuat demikian padanya. Ayah apa yang sanggup menggadaikan anaknya sendiri untuk kepentinga peribadi? Mana perginya hati dan nurani ayahnya itu?

Ayahnya hanya mengendahkannya. Dia berlalu keluar daripada bilik itu dan meninggalkan anak gadisnya yang terpinga-pinga itu.

Lambat-lambat Evelyn cuba mengejar langkah ayahnya namun dia ditahan oleh beberapa orang lelaki.

Dia menoleh ke arah Ryan.

"Sir Ryan, tolong lepaskan I." Dia merayu lelaki beriak kosong itu. Lelaki itu hanya diam tidak menjawab mahupun berkata apa-apa.

"Sir Ryan nak apa daripada I? Berapa banyak hutang Papa I? I akan bayar." Air mata Evelyn tidak henti-henti mengalir. Dia takut. Taku dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.

"Mario, take her to the room," arah Ryan kepada anak buahnya. Dia masih memeluk tubuh dan merenung gadis itu.

"Follow me, Miss." Mario menundukkan separa tubuhnya kepada Evelyn.

Evelyn menggeleng lemah. Bibir bawah dikemam sambil tangannya menggenggam hujung bajunya. Jelas dia sedang ketakutan.

Ryan mengeluh kecil sebelum berdiri dan mula berjalan mendekati gadis itu.

"Bertenang, aku takkan sakitkan hati kau, aku cuma nak cakap dengan kau," kata Ryan sambil menarik gadis itu ke biliknya, dia menutup pintu di belakang mereka dan melepaskan tangan Evelyn.

Lelaki itu sempat menyeka air matanya dengan hujung jarinya. Keadaan mereka seketika itu menjadi agak kekok.

"Sit down."

Dek kerana taku diapa-apakan, Evelyn mengikut arahan Ryan.

Kini mereka saling bertatapan. Berbagai soalan bermain di fikiran Evelyn. Siapa lelaki ini sebenarnya? Dan apa yang lelaki itu mahu dengannya?

Ryan memakai baju hitam tidak berbutang penuh, bersama seluar jeans putih itu dipandang. Dia mempunyai tatu di seluruh lengannya. Dia kelihatan gelap dan misteri, seperti dia tidak peduli apa yang orang fikir tentang dia.

"Sir nak apa sebenarnya?" Evelyn bertanya, mencari jawapan. Sejujurnya dia tidak selesa dengan cara pandangan Ryan itu. Dan dia juga masih trauma dengan apa yang berlaku tempoh hari.

Bibir Ryan mengukir senyuman senget, "Kau."

Evelyn meneguk liur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro