Chapter 7
Evelyn tersedar apabila cahaya matahari terang yang terpancar masuk menerusi tingkap biliknya, dia kemudiannya mengeliat kecil. Bangun sahaja dari katil dia menuju ke bilik air. Dia memulakan dengan mencuci muka, dan rahangnya yang masih lebam itu diusap perlahan. Dia melihat kesan lebam itu melalui pantulan cermin sebelum melepaskan keluhan kecil. Walaupun warna lebam itu sudah mula memudar, namun kesakitannya masih dirasai.
Dia tersenyum kecil melihat wajahnya sendiri.
"Kau kuat, Eve. This is not your first time." Lalu dia berjalan ke bilik mandi. Semasa dia merasakan air suam pada tubuhnya yang tegang, dia merasakan agak tenang. Dia menarik nafas dalam-dalam.
Otaknya teringat soal kesan parut di belakang tubuhnya. Dia sudah pernah merasai jauh lebih sakit berbanding apa yang Ryan buat padanya sebelum ini. Kadang-kadang dia sendiri merasa putus asa dengan hidupnya. Apa gunanya untuk dia terus hidup lagi? Sejak ibunya meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun, ayahnya mula berubah. Lelaki itu sering minum arak dan mengambil dadah. Hutang keliling pinggang. Dia dan kakaknya sentiasa menjadi mangsa pukul ayah mereka. Disebabkan Evelyn kuat melawan, dia yang selalu didera dengan teruk sekali. Berbanding kakaknya yang sentiasa mengikuti arahan ayah mereka.
Dia mula didera seawal usia lima tahun, dan disebabkan itu dia pernah mengalami kemurungan pada usia empat belas tahun.
17 tahun telah berlalu, ayahnya masih juga pulang dalam keadaan mabuk setiap malam dan apabila Evelyn cuba membantunya, dia hanya memukul anak gadisnya itu dan menyalahkan Evelyn atas semua yang berlaku kepada arwah ibu. Dia meletakkan segalas kesalahan di bahu Evelyn.
Di awal usia remaja, Evelyn sudah mula bekerja sambilan di kedai runcit berdekatan rumahnya kerana ayahnya tidak lagi pergi bekerja, jadi dia yang perlu bekerja keras menyara mereka sekeluarga. Kakaknya? Kakaknya seorang pelajar yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke universiti antarabangsa. Kakaknya itu berjaya mendapatkan biasiswa.
Jadi, untuk menyara mereka sekeluarga, dia yang harus korbankan waktu belajarnya dengan mencari wang. Sehinggalah dia bertemu dengan Sein Gerald, seorang pereka fesyen terkenal dengan sikap bersederhananya.
Sein yang menawarkan Evelyn menjadi model untuk memperagakan pakaian yang direka khas olehnya. Setiap kali ada majlis pertunjukkan fesyen, pasti dia menjemput Evelyn untuk menyertainya.
Sejak daripada itu, hidupnya mula berubah menjadi senang berbanding dahulu. Ayahnya masih sama. Berhutang keliling pinggang. Dan dia yang menjadi mangsa untuk langsaikan hutang-hutang tersebut.
Sejujurnya dia juga tidak tahu kenapa dia masih belum berpindah dari sini. Mungkin kerana dia tidak sampai hati untuk meninggalkan ayahnya di sini seorang diri untuk menyara diri dengan keadaan ayahnya yang masih belum berubah itu. Kadangkala terlalu baik boleh berubah menjadi kelemahan.
Evelyn melangkah keluar dari bilik mandi dan menyarungkan tuala. Dia cepat-cepat menukar pakaian dan turun ke tingkat bawah dan mendapati ayahnya berbalam-balam lebam sedang duduk di atas sofa.
"Papa, apa yang berlaku?" Dia bertanya, risau.
Dia berjalan ke arah ayahnya dan cuba menyentuh bahu ayahnya yang hanya diam itu untuk bertanyakan keadaannya, tetapi apabila tangannya mendarat di bahu kanan ayahnya, pergelangan tangannya direntap kasar sehingga membuatkan dia meringis kesakitan. Kemudian dia mula diheret keluar dari rumah.
Dia meronta-ronta minta dilepaskan.
"T-tunggu, kita nak pergi mana?" Dia bertanya sambil cuba melepaskan diri dari genggaman ayahnya, tetapi lelaki itu memegang tangannya dengan terlalu kuat. Berkali-kali dia meronta untuk dilepaskan. Air matanya mula bergelinang.
"Tiada soalan, sekarang kau kena ikut aku!" jerit ayahnya tanpa menoleh ke belakang ke arah Evelyn.
"Bolehkah Papa sekurang-kurangnya lepaskan pergelangan tangan Eve, Papa sakitkan Eve!" Evelyn merayu.
"Diam!" Ayahnya menjerit lagi. Dia menolak kasar tubuh Evelyn ke dalam perut kereta di tempat penumpang belakang.
Evelyn kehilangan diksi. Kepalanya ligat memikirkan di mana akan dia dibawa. Dalam hatinya, hanya berdoa agar dia tidak diapa-apakan. Bibirnya dikemam agar tidak mengeluarkan sebarang tangisan. Dalam kira-kira sepuluh minit mereka tiba di sebuah rumah agam yang besar.
"Papa, kita dekat mana ni? Eve nak balik. Tolonglah. Eve tak nak datang sini." Dia merayu lagi, matanya memandang segenap rumah agam itu. Naluri hatinya menyatakan akan ada sesuatu buruk akan berlaku kepadanya. Meremang bulunya memandang pegawal yang menjaga rumah itu sedang berdiri tegak bersama senjata di tangan masing-masing.
"Turun," tegas ayahnya. Perlahan-lahan anak gadis itu turun mendapatkan lengan sang bapa. Setakut-taku dia dengan ayahnya, takut lagi dia melihat pengawal di sekitar kawasan itu.
Evelyn memegang lengan baju ayahnya, "Papa, Eve nak balik."
Dia hanya mengendahkan anaknya itu dan menekan loceng rumah. Seorang lelaki tinggi lampai, berambut perang dan mata hazel membuka pintu.
"Masuk, ikut aku, Lion sudah menunggu kau di dalam." Dia berkata, sambil mereka mengikutinya masuk. Eve menggenggam erat lengan baju ayahnya. Matanya masih lagi memerhatikan segenap bangunan itu. Debaran memukul dadanya.
"Papa, kita dekat mana ni?" Sekali lagi dia bertanya. Baginya tempat itu menyeramkan. Tiba di sebuah pintu bilik yang agak besar, mereka berhenti. Pintu itu dibuka oleh lelaki berambut perang tadi.
"Silakan."
Terbuka saja pintu itu, terpapar seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa bersama dengan beberapa orang lelaki di kiri dan kanannya. Bilik itu kelihatan agak gelap, hanya lampu di tempat lelaki di sofa itu sahaja yang bernyala. Dengan itu, mukanya terpamer jelas.
"S-sir...."
Membulat besar mata Evelyn.
"....Ryan?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro