"Oi, kenapa senyap? Kau tak tahu malu ke hah? Aku takkan maafkan apa yang kau buat dekat aku. Sampai mati pun aku akan ingat. Jantan keparat!"
Ryan langsung meletakkan panggilan itu. Terkejutnya apabila tiba-tiba dijerkah sedemikian rupa.
"Eh, kenapa kau diam? Letak pula tu. Penat-penat aku dapatkan nombor telefon Evelyn Rose untuk kau. Aku lesing juga kau ni," bebel Skye. Bukan main susah payah dia mencari nombor telefon Evelyn Rose untuk abangnya.
Ryan menggaru keningnya.
"Dia macam...."
Skye mengerutkan dahinya.
"Macam apa?"
Ryan mengusap pangkal lehernya. Bibir bawahnya digigit. Kepalanya ligat memikirkan ayat yang sesuai.
"Macam....ala yang merah-merah tu."
Makin berkerut dahi si adik. Apa yang mamat ni nak sampaikan ni? Tak berapa nak sampai ni.
Ryan mengeluh, "Yang bulan merah tu..."
"Bulan apa yang merah? Persatuan Bulan Sabit Merah?" Skye mengusap dagunya. Itu saja bulan yang berwarna merah yang dia tahu.
Abangnya itu berdecit.
"Period."
"Hah?!"
Ryan menjeling adiknya itu.
"Macam mana kau tahu dia period? Dia bagitahu kau ke?" Naik hairan Skye dibuatnya. Bagaimana abangnya tahu tentang akan hal kewanitaan seperti itu.
"Taklah. Dia marah-marah. Aku rasa dia masih belum maafkan aku." Ryan teringatkan peristiwa di mana dia mencengkam rahang gadis itu. Pasti gadis itu trauma dengannya.
"Eh, kau buat apa dekat dia?" Selagi boleh dikorek, selagi itulah seorang Skylar akan mengorek rahsia.
Ryan meneguk liur kasar.
"Kan hari tu aku palau dia dekat bilik mesyuarat tu."
Skye mengangguk faham. Lega hati Ryan. Untung saja dapat adik yang lembab.
"Tak ada orang lain ke? Aku tak bolehlah dengan minah tu." Ryan mengeluh. Melihat wajah Evelyn saja pun sudah membuatnya teringatkan Elvyna. Kenapalah mesti gadis yang mirip wajah bekas kekasihnya itu juga yang menjadi cadangan Skye?
"Eh, dia cantik. Orang kata apa tu... ha baiki keturunan. Kau tak adalah hensem sangat. Aku lagi hensem. Jadi, ini saja solusinya. Nak tak nak, kau kena terima takdir yang aku lagi hensem."
Ryan memutarkan bebola matanya ke atas. Tidak kuasa melayan adiknya yang suka sangat memuji diri sendiri itu. Entah di mana dia membeli keyakinan itu.
Sedang mereka berborak, datang seorang lelaki bersuit hitam ke arah mereka.
"What is it, Haikal?" soal Ryan penuh tegas. Wajahnya kembali dingin memandang pekerjanya yang bernama Haikal itu.
"We got him!" jawab Haikal bersama muka bekunya.
Ryan segera berdiri daripada bangku yang dia duduk bersama Skye itu.
"Great! Let's go now," tegasnya sebelum menuju ke ruang bawah tanah. Skye dan Haikal mengekori daripada belakang.
Haikal menghidupkan lampu, untuk mereka melihat seorang lelaki berusia dalam pertengahan lima puluhan tahun terikat pada kerusi, dia kelihatan seperti baru sahaja dipukul, dan sedang kemabukkan. Bau arak yang datang daripadanya itu begitu kuat sekali.
"Wake up, oldman!" jerkah Ryan sambil menampar mukanya.
Lelaki itu mencelikkan matanya. Pandangannya kabur. Entah di mana dia berada sekarang juga tidak dia tahu.
"Where the hell am I?" soalnya dalam keadaan separa mabuk itu.
"Where's the three hundred million that you owe me?" Ryan menengkingnya dan itu membuatkan dia tersentak dari nada tajam Ryan.
"I um, give me some more time and I'll get it, I swear!" rayunya. Dia merayu agar Ryan memberinya sedikit masa untuk membayar semula hutangnya.
"Why should I trust you? You told me that more than once already, so why should I trust you now? I should just kill you!" Ryan ketawa sinis sebelum mengambil pistol yang dihulurkan oleh Haikal di sampingnya. Pistol itu diacukan di tepi kepala lelaki tua yang diikat itu.
Lelaki itu menggeleng ketakutan,
"Wait, wait!" jeritnya.
"I'm sorry, are you begging me now?" tanya Ryan sambil terbentuk sengihan sinis di wajahnya.
Lelaki tua itu mengangguk, "Yes, I'll give you anything you want, just don't kill me!"
Ryan memagut naik dagu lelaki yang menunduk ketakutan itu untuk melihat wajahnya.
"And what can you give me?" Ryan bertanya dalam keadaan yang masih memegang pistol ke kepalanya.
Haikal membisikan ke telinga Ryan. Senyuman penuh makna mula terbentuk di bibir Ryan
"So, you have a daughter around my age, what if I pay you for her to marry me?" Ryan mengangkat kening.
"Easy, I'll give you my daughter for five hundred million!" ujarnya dengan yakin. Ryan ketawa kecil. Dasar ayah tak guna. Anak sendiri pun sanggup jual.
Ryan menyunggingkan bibirnya, "Deal!"
Skye menggaru kepalanya. Situasi apakah ini? Mengalahkan drama Wattpad.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro