Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 5

Evelyn menilik dirinya melalui pantulan cermin. Rambut ikalnya itu disisir dengan sikat. Jauh dia mengelamun mengingat semula tentang peristiwa dicengkam rahang oleh Ryan tempoh hari.

Dia meletakkan sikat ke atas meja solek sebelum tangannya beralih mengusap kesan lebam pada rahangnya. Dek kerana kulitnya yang putih mulus itu, kesan lebam itu tersangatlah jelas terpapar. Sempat dia ditegur orang kerana kesan lebamnya itu.

"Kenapa macam ada sesuatu sangat mamat mata hijau ni? Dia nampak benci sangat dengan aku." Dia mendesis kesakitan apabila dia menekan sedikit kesan lebam itu. Walaupun sudah beberapa hari berlalu, sakitnya lebam itu masih ada.

Dia mengeluh kecil.

"Kalau inilah caranya, adalah lebih baik aku jauhkan diri daripada dia." Dia menuju ke katilnya. Di birai katil itu, dia melabuhkan punggung.

Wajah tampan Ryan bermain di ruang fikirannya. Tidak dapat dinafikan bahwa Ryan memang memiliki rupa paras yang agak tampan. Berbeda dengan adiknya, Skye. Skye pun boleh tahan kacak. Cumanya aura Ryan lebih memikat hati. Mungkin sebab dia nampak lebih matang berbanding Skye.

Laju kepala Evelyn menggeleng, menepis segala pemikiran tentang Ryan itu.

"Eve, ramai lagi lelaki lain. Bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum."

Dia terus merebahkan tubuhnya. Baru sahaja dia mahu melelapkan mata. Bunyi notifikasi mesej telefonnya menjengah ke telinga. Langsung dia mencelikkan mata.

Dia mencapai telefon di rak bersebelahan katilnya itu. Nama yang tertera itu adalah 'Ahmad Syaikhul'.

Membulat mata Evelyn. Kenapa tiba-tiba bekas kekasihnya itu muncul semula?

Dia perlahan-lahan membuka ruangan mesej yang dihantar oleh Syaikhul itu dengan penuh debaran di dada. Apa lagi mamat Syaikhul ni mahu daripadanya? Tidak cukupkah dua tahun lalu sudah melukakan hati dan perasaannya? Kenapa perlu muncul semula?

Adakah lelaki itu sedang merencanakan sesuatu?

Ternaik kening Evelyn dengan mesej itu. Budak Syaikhul ni tengah buat lawak antaranegara ke? Atau dia harapkan gelak tawa daripada aku?

Masalahnya nak gelak pun tidak bernafsu sekarang ini. Nak muntah pelangi lagi ada.

Evelyn tidak membalas mesej tersebut. Baginya lelaki seperti Syaikhul tidak layak langsung mendapat mesej daripadanya.

"Dulu bukan main tinggalkan aku. Kononnya aku terlalu comot untuk dia. Hei, tengok sekarang siapa yang mengensot cari siapa? Huh! Mati hidup balik mati balik pun belum tentu aku nak terima kau. Jantan keparat macam kau patut pupus sekali ikut dinosaur dulu." Evelyn melempar telefonnya ke sisi katil.

Kini, bunyi deringan telefonnya pula mengganggu dia untuk melelapkan mata. Dia mengetap bibir, geram.

Deringan yang berterusan itu membuatkannya naik rimas. Dia terus menjawab panggilan itu bersama hati yang membara.

"Hello, kau nak apa lagi hah? Tak cukup ke dulu kau buat macam-macam dekat aku? Kau ingat aku tak ada hati dengan perasaan ke?" marahnya tanpa henti. Geram pula dengan si Syaikhul yang tidak faham bahasa itu.

Namun, tiada balasan di hujung talian. Eh, mamat Syaikhul ni dah lama sangat hidup ni

"Oi, kenapa senyap? Kau tak tahu malu ke hah? Aku takkan maafkan apa yang kau buat dekat aku. Sampai mati pun aku akan ingat. Jantan keparat!"

Tutt.....

Talian dimatikan. Evelyn melihat semula skrin telefonnya. Eh, ini bukan Syaikhul. Ini siapa? Syaitan?

"Adeh. Punyalah aku gigih marah dia. Ingatkan si Syaikul. Nasib kaulah. Siapa suruh kacau waktu tidur aku." Sekali lagi dia melemparkan telefon ke sisi katil. Dan kali ini dia dapat melelapkan matanya dengan tenang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro