Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 4

Hanya bunyi penyaman udara yang menghiasi keheningan bilik itu. Di tengah-tengah bilik itu ada dua beranak yang saling bertatapan tanpa membuka mulut.

Si bapa mengeluh besar.

"I think you know why I called you here." katanya, apabila menyedari bahawa sudah lama mereka hanya berdiam diri sambil bertatapan. Memang lambat lagi anak sulungnya itu akan membuka mulut.

Ryan berdehem kecil sebelum mula membuka mulutnya, "No, I actually don't know why you called me."

Riccardo mencapai secawan teh di atas meja, "As you are aware, you are a feared and powerful mafia boss who is 25 years old, but you haven't gotten married yet. In order for you to carry on our family name, I want you to be married as soon as possible and to produce an heir."

Lalu air teh itu dicicipnya.

Ryan mendengus kasar.

"I told you, I don't want to get married!" bentaknya. Berkali-kali dia memberitahu ayahnya, masih saja orang tua itu mahu dia berkahwin. Cukup pernah mencintai dua wanita sebelum ini membuatkannya untuk takut untuk bercinta lagi. Walaupun cinta pertamanya harus dia korbankan demi adiknya, Sergio. Tidak pernah terfikir olehnya bahawa gadis yang dicintai mereka adalah orang yang sama. Kerana terlalu sayangkan adiknya, dia korbankan hati dan perasaannya.

Dan cinta keduanya juga tidak berhasil. Hasilnya adalah kecurangan kekasihnya itu. Dan dia? Sentiasa menjadi orang yang tersakiti.

Riccardo mengeluh panjang. Sudah dia duga dari awal bagaimana reaksi anak sulungnya itu. Degil sepertinya ketika masih muda. Biasalah bapa borek, anaknya rintik.

"No, Ryan. Kali ni aku nak kau kahwin. Kau tengok aku makin muda ke? Aku nak tengok anak-anak aku kahwin. Skye kalau tak kahwin pun tak apa, dia tak laku." Riccardo menyilang tangannya ke dada. Walau apa pun yang berlaku, hari ini dia tetap akan memaksa Ryan untuk berkahwin kerana itu janjinya kepada Madam Alexia. Kalau dia tidak berjaya mempengaruhi Ryan untuk berkahwin, dia bakal tidur bersama Skye malam ini. Itu syaratnya untuk pulang malam nanti tidur bersama isteri tercinta.

Skye tersedak apabila namanya disebut. Dia menjeling ayahnya yang duduk di sofa sebelahnya itu. Suka hati cakap kita tak laku, hm.

Ryan menggeleng laju.

"No. I don't want!" tegasnya lagi. Keputusannya masih sama. Dia tidak mahu berkahwin.

"You have to, and you will do as I say, because I am your father!" jerkah Riccardo sebelum menghempas tangannya di atas meja, membuatkan Skye sedikit tersentak. Beberapa kali dia meneguk liur. Gerun melihat wajah bengis milik Riccardo. Jarang sekali melihat ayahnya garang seperti ini. Selalunya Riccardo hanya diam dan tidak mengendahkan kehidupan anak-anaknya.

Skye mengusap dagunya. Sepertinya ada yang ngak beres di sini. Akan dia buka kertas siasatan nanti.

Ryan memejamkan matanya. Rahangnya diketap.

"Dengar ke idok? Aku nak kau kahwin. Tak kiralah dengan sesiapapun. Kalau kau tak kahwin, kau tahu kan apa aku akan buat dekat cinta pertama kau tu?" sinis Riccardo. Kalau Ryan, bapak singa. Ini dia Riccardo, si bapak Dinosaur.

Badannya besar,
Tangannya kecil,
Kalau mengaung,
yang lain langsung mundur,
T-rex T-rex T-rex,
Itu namanya.

Mahu atau tidak, kali ini Ryan pasti mematuhi arahannya. Mana mungkin Ryan membiarkan Riccardo mengapa-apakan gadis pertama yang mencuri hatinya itu.

"Fine. Now may I leave?" soal Ryan, keningnya dijongket naik.

Riccardo tersenyum bangga. Rasanya seperti ketika pasukan bola sepak JDT memenangi piala FA 2022. Hardwork pays off.

"Yes, you may leave now, and I want you to bring me a girl to marry in less than a week."

Ryan bangun dari kedudukannya dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sakit hatinya dipaksa berkahwin begini. Sekarang ini dia masih buntu untuk mencari calon isteri selama seminggu.

Seperti yang anda lihat, Ryan sentiasa perlu mendengar cakap ayahnya, sama ada dia suka atau tidak, walaupun dia tidak mahu ada kaitan langsung dengan perkahwinan, kerana perkahwinan di matanya hanyalah suatu perkara yang membuang masa, di mana anda bersumpah kepada pasangan anda untuk setia sehingga hujung nyawa. Padahal masa depan tiada siapa yang tahu. Berjanji semua orang boleh buat, tunaikan janji itu susah sama sekali.

Skye menoleh ke arahnya Riccardo.

"Daddy, tak boleh ke bagi masa lagi dekat Ryan? You know right, he..."

Riccardo menjeling tajam wajah Skye. Sibuk ajak si bocil ini.

"Kau diam. Aku tak cakap dengan kau. Jadi, jangan cakap dengan aku. Yang kau ni, tercegat apa lagi dekat sini. Pergi sambung kerja," marahnya.

Skye mencebik.

"Select siak, Daddy ni. Malas kawan." Makin memuncung bibir Skye.

Riccardo bingkas berdiri. Dia mahu menyusun langkah untuk pergi. Sekarang ini dia di bilik pejabat Skye. Kalau dia duduk di sini lama-lama, pasti budak Skye itu takkan mula menyambung tugasannya. Hanya tahu berfoya-foya saja itu anak.

Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Bahagian korus lagu 'Swipe' nyanyian Alyph itu dinyanyikan oleh Riccardo sambil meninggalkan Skye sendirian. Sengaja dia mahu mengusik anaknya itu.

Skye menjeling Riccardo yang semakin menjauh itu. Tiba-tiba dia teringatkan Ryan.

"Macam mana dia nak kahwin? Kalau dengan perempuan pun berat mulut." keluhnya sendirian. Jatuh kasihan pula dengan nasib abangnya itu.

"Jadi I ada peluang?"

Ternaik kening Skye.

"Ahaaa, she is!" Dia memetik jarinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro