Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 3

Iris hijau itu tidak berkelip memandang ke arah wajah cantik yang kini berdepan dengannya. Dengan sedaya upaya dia cuba menyembunyikan riak wajahnya yang jelas terkejut dengan raut wajah gadis itu.

Gadis itu berdehem, "Hi, my name is Evelyn Rose. You may call me Eve. And you must be Sir... Ryan? Am I right?"

Tangan halusnya dihulurkan. Wajahnya itu terlakar dengan senyuman mesra. Dia juga berasa agak kekok dengan pandangan terus menerus daripada Ryan itu.

Ryan hanya memandang sepi huluran tangan itu. Dengan segera, Evelyn menyimpan semula huluran tangannya yang tidak disambut itu.

"Sorry. I just..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Ryan memintas.

"Start the meeting, please don't waste my time." Terus dia berlalu ke kerusinya yang tersedia di dalam milik mesyuarat itu.

Terkebil-kebil mata bulat Evelyn memandang Ryan.

"Sombongnya." gumamnya sendirian.

"Dia memang macam tu."

Evelyn terus menoleh ke arah suara yang menyampuk itu. Terkejut dibuatnya apabila wajah lelaki di sebelahnya itu sangat hampir dengan wajahnya.

Lelaki yang membongkokkan badan bagi menyamai ketinggian Evelyn itu tersenyum manis.

"By the way, Hi Lyn. My name is Skylar. You can just call me, Skye. If I'm the sky, would you be my clouds? Because the sky and the clouds are always together."

Evelyn hanya tersenyum janggal. Segan pula apabila lelaki setampan Skye menegurnya. Pipinya berona merah.

Skye ketawa kecil memandang gadis yang sedang menunduk malu itu. Baru sahaja dia mahu membuka bicara,

"Skylar!"

Dia mengeluh besar apabila namanya diseru oleh Ryan. Abangnya bukan boleh bagi dia hidup tenang walaupun sesaat.

"Jomlah, Lyn. Bapak singa tu marah nanti. Dia tu period aje manjang. Sebab itulah dia jadi antertu." Skye memutarkan bebola matanya ke atas. Sudah acap kali dia dimarahi oleh abangnya itu. Walaupun itu salahnya, tapi baginya Ryan lagi salah dan lagi patut dipersalahkan. Setiap kali Skye melakukan kesilapan, pasti Ryan memarahinya. Untuk lelaki berjiwa lembut sepertinya mana boleh dimarahi terus.

"Antertu??"

Skye mengusap pangkal lehernya.

"Anak Teruna Tua." Lantas dia ketawa kecil. Bukan main dia mengutuk abangnya itu. Buatnya nanti dia pun membujang sampai ke tua. Tak ke karma namanya?

Evelyn mengangguk faham.

"Oh, dia masih single?"

Skye mengangguk tanpa ragu-ragu.

"Jadi, I ada peluang?"

Sekali lagi dia mengangguk. Jeda. Dia kembali memandang Evelyn dengan riak terkejut. Dia tidak salah dengar kan?

"You nak try abang I ke?"

Evelyn mengangkat bahu sebelum berjalan meninggalkan Skye yang melopong di muka pintu bilik mesyuarat itu.

"Perempuan ni gila agaknya nak masuk sangkar singa?" Dia menarik muncung. Lalu kaki diayun masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Hatinya hancur. Gadis idamannya kini mahu mengejar abangnya.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, Evelyn mencuri-curi pandang ke arah Ryan. Baginya lelaki itu memiliki aura tersendiri. Dingin dan....

Menggoda!

Ryan yang sedar dirinya diperhati itu berdehem perlahan. Dia mengangkat tangannya untuk bertanya soalan kepada pembentang.

"Why don't we hire other famous people to promote this product? Like BTS? Blackpink? Bruno Mars or Justin Bieber?"

Tersentak Evelyn dengan soalan yang diutarakan oleh Ryan itu. Aku tak layak ke?

Pembentang itu tersenyum kecil.

"Evelyn Rose was a suggestion from your own younger brother, Sir Skye. For your information, Miss Evelyn is now a famous model in the world. Although she is new to the modeling world, her name is now on the rise. With her potential, this woman who with mixed from Malaysia-France will be the best candidate to promote this product," jawab pembentang itu dengan tenang. Semua yang hadir dalam mesyuarat itu mengangguk setuju dengan jawapannya.

Itu adalah taktik perniagaan. Setiap perniagaan mesti mengejar keuntungan. Siapa saja yang berniaga untuk rugi? Pasti setiap peniaga mahukan keuntungan lumayan. Untuk mendapatkan keuntungan, peniaga perlu melaburkan duit untuk mempromosikan produk kepada pelanggan. Jika tiada pelanggan, siapa yang mahu beli produk? Jadi, inisiatif peniaga mengambil model terkenal sebagai model bagi mempromosikan produk ini adalah untuk menarik minat pelanggan.

Ryan menoleh ke arah Skye yang mengusap pangkal leher apabila namanya disebut sebentar tadi. Sememangnya dia yang mencadangkan Evelyn Rose sebagai model untuk projek mereka kali ini. Tak sangka pula cadangannya disetujui dua pemilik syarikat yang lain.

"Ala, Ryan. Santailah. Model mana pun sama aje. Projek kita tetap berjalan macam biasa. Lagipun aku tengok Evelyn ni sesuai untuk lariskan jualan produk kali ni. Mesti ramai generasi Z berlumba-lumba nak dapatkan." Thariq menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Melihat wajah bengis Ryan sambil menatap Skye itu sudah dia duga bakal ada letusan gunung berapi sebentar lagi. Dia sudah masak dengan perangai panas baran sahabatnya itu.

Apatah lagi sebaik sahaja melihat wajah model terkenal, Evelyn Rose itu secara bersemuka. Selalunya dia hanya mendengar nama gadis itu meniti di bibir anak buahnya sahaja. Kali ini dia siap bertentang mata dengan gadis itu.

Tidak hairanlah kenapa emosi Ryan begitu dingin pada hari ini. Gadis bernama Evelyn itu sememangnya mirip dengan bekas kekasih sahabatnya itu. Mungkin Ryan masih belum melupakan Elvyna ataupun dia masih berdendam dengan Elvyna itu.

Pembentangan itu diteruskan lagi apabila tiada lagi soalan daripada mana-mana pihak.

Evelyn mengangkat wajahnya memandang ke arah Ryan. Kecut perutnya melihat tatapan tajam jejaka itu. Dia tertanya-tanya mengapa jejaka itu sepertinya tidak begitu senang dengan penglibatannya atau lebih tepat dengan kehadirannya di situ.

Panahan mata jejaka itu penuh dengan aura gelap. Seperti ada sesuatu yang berselindung di sebalik pandangan tajam itu. Berasa ada yang tidak beres di sini.

Sebaik sahaja pembentangan selesai dan sesi mesyuarat kali ini berakhir dengan lancar, masing-masing meminta diri. Tidak pula bagi Evelyn. Dia menunggu masa untuk berjumpa dengan Ryan. Dengan penuh kesabaran, dia menunggu semua pihak beransur.

Skye jangan cakaplah. Sudah tentu mamat selenga itu adalah orang pertama yang angkat kaki. Bukan tipikal Skye untuk duduk lama-lama dalam bilik mesyuarat. Mesyuarat masih berlangsung pun dia sudah mula angkat kaki. Bosan katanya hidup sebagai ahli koprat ini.

Ryan membuka langkah untuk meninggalkan ruang mesyuarat itu namun laluan dihalang oleh seorang gadis. Dia mengetap rahangnya sebelum mengangkat wajah memandang gadis itu dengan tajam.

"Move." Sepatah perkataan keluar daripada mulutnya.

Evelyn meneguk liurnya melihat wajah dingin yang ditayangkan oleh Ryan. Dan kini dia rasa menyesal kerana menahan lelaki di hadapannya itu.

"I nak tanya you something." Sedaya upaya dia mengumpul kekuatan untuk menyatakan hasratnya. Soalan yang sedari awal tadi berlegar di benak fikirannya. Soalan yang menjadi tanda tanya dalam hati kecilnya.

Ryan mendengus geram.

"Shoot." Dia memeluk tubuh sambil merenung gadis itu. Kenapa berani sangat gadis itu menghalang seorang Ryan? Dia tidak sedarkah dengan siapa dia berdepan?

Evelyn menarik nafas dan menghembus. Dia cuba tenangkan diri terlebih dahulu sebelum melontarkan pertanyaan.

"Kita pernah jumpa ke? Atau I ada buat salah dekat you? Sebab I nampak you macam tak suka I."

Ryan membisu. Dia masih lagi merenung gadis itu.

"...atau muka I macam ex-girlfriend you?"

Ryan mengepal penumbuk sehingga timbul urat-urat hijau di lengannya. Semakin tajam renungannya terhadap gadis itu.

"You tengok muka I, you teringat..." kata-kata Evelyn tergantung apabila Ryan mula mencengkam rahangnya. Membulat besar matanya. Lelaki itu mendorongnya ke dinding sehingga tiada langsung jalan keluar untuknya.

"Be careful with your words. Or else you might be cannot see the world anymore." Rahang gadis itu dilepaskan dan dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu terkebil-kebil.

Evelyn memegang rahangnya yang masih terasa sakit itu.

"What was that?" Terkejut. Terkesima. Terpempan dia dibuatnya apabila melihat usahawan muda dan terkenal itu baru sahaja mencengkam rahangnya. Dan baru sahaja mengugutnya.

"Apa masalah mamat mata hijau ni? Salah ke apa yang aku cakap?" gumam Evelyn Rose sendirian. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro